16 July, 2010

Hari ini dalam sejarah!

Ayuh kawan kawan, hari ini kita belajar sejarah! (ok.boring!)

Time time nak dekat raya ni, aku dah mula sibuk tanya mak bapak aku, dekat mana rumah saudara mara? Senang nak beraya and hantar kad jemputan walimatul urus. (wahh, puasa ganti lagi 2 hari belum habis, kad pun belum gi order, berhenti berangan sekejap boleh takk?? OVER!) *marah diri sendri*

Since abah asal Negeri Sembilan and my mom pulak jati Johor, so memang takde masalah nak round beraya
kutip angpow. Majoriti kat KL, Seremban and Johor Bahru. Alhamdulillah, save budget! (Ok. My auntie sorang jer nun kat Perak, baru pindah ikut husband dia)

Nak dijadikan cerita, korek punya korek (tiada istilah lucah di sini), masa muda muda dulu (dalam belasan tahun), my dad tak duduk dengan ayah dia (which is atuk aku). Dia bersekolah di Gemencheh and lived with his pakcik saudara. Yang ni aku tak berapa pasti, pakcik saudara or datuk saudara. Bab bab susun galur ni aku lemah sikit, and my dad pulak jarang bercerita pasal asal usul keluarga dia. Bukan apa, nama pun lelaki.. tak banyak cakap. Lain lah perempuan. Mende ni pun aku tau dari mak aku. Bila nakkan kepastian, baru aku tanya abah! =)

So, cerita tu memang sahih. Bila dikorek lebih dalam, rupanya datuk saudara aku ni dulu mati kena bunuh. (jeng jeng jeng!!! macam drama dalam tv!) Aku memang tak penah jumpa dia, sebab masa dia meninggal, aku belum diberanakkan lagi.

Adegan korek mengorek berlaku lagi, so dalam kepala aku dah ligat pikir macam macam.. 
Dia tu orang jahat ke? (yelah, sebab kena bunuh. mesti ada unsur unsur dengki.) 
Dia tu kaya sangat ke sampai perompak bunuh dia sebab nak curik peti besi dia kat dalam bilik? (yelah, orang sekarang berani gila bunuh manusia macam bunuh nyamuk) 
Ke dia ni jadik mangsa keadaan??? 
(mana tau, muka dia macam muka penjenayah terhebat kat Gemencheh. wanted punya!)

teeetttttt! mahap! tekaan anda salah! 
Mak aku cakap, dulu dia ni main politik. OK no wonder lah........
Ramai musuh dalam selimut. Bahaya woo!
Mak aku sambung cerita lagi, ada orang bawak dia naik kereta, then bunuh tempat lain, pastu campak mayat dia depan rumah. (nak tahu lagi??? try klik
sini.)

Tragik betul. So, sekarang teratak dia yang sebesar besar alam kat Gemencheh tu takde siapa tinggal, kecuali isteri dia. anak anak semua dah ada family sendrik, rumah sendrik.. mana nak duduk rumah mak bapak. EH. and nenek saudara aku ni pulak, tanak duduk rumah anak anak, nak duduk rumah sendIri. nasib baik dia sihat walafiat lagi. Kuat lagi lah nak berjalan.

So, moral of the story????? 
Jangan main politik? jangan menetap di Gemencheh? or jangan bernama Taha?
korang pikir lah sendiri! *bak kata nabil* 
eh, aku benci lah nabil tu sekarang! ntah hape hape jek. 


P/S: Tak suka politik. aku tak pernah amek port pasal politik. aku tak kenal siapa menteri yang pegang jawatan sekarang. pada sesape yang kerja gomen tu, mesti kena amek tau wey. kang korang dah kira derhaka! aku takpe! miyahahahh. tapi kalau korang tanya aku sape PM kita sekarang, dengan pantasnya aku jawab. Najib kan kan?? kann?
(sumpah aku tak tau nama penuh dia!) ye. pathetic! -___-''


12 comments:

mysarah said...

hahaha. sama la u kita. berangan nak keje gomen tapi nama menteri sorg pown tak tau. yg i tau samy vellu sorang jer (tu pown dh bersara). haha

p/s: i hate sejarah T___T

mysarah said...

i dh baca kesah dato u kena bunuh tu. macam seram jer idop dlm dunia politik ni. sebab tu smpai sekarang i tak daftar mengundi lagi. muahaha

amElyn said...

mysarah : hihi.klaka lah u! betul3.samyvellu i kenal.n dah bersara dah pun! =P
i hate sejarah tooooooo! humm.tu lah.seram kan? kesian gak.apa daa manusia jahat macam tu.kalau tak silap i, my datuk saudara tu tengah giat berkempen n bakal2 pegang kerusi, tapi nyawa tak panjang..kena tembak u~ =(
harap2 kat sini takdelah waris2 Mokhtar Hashim.kang tak pasal2 i plak bunuh cucu dia! hihi.

Qaseh Qidzizie said...

Hi Amelyn,
Nice blog...
:)

amElyn said...

qaseh Qidzizie : hi Qaseh! sedapnyaaa nama.. =) thanks dear.nanti datanglah lagi.kita share sama2 eh... =)

SyimaSyaz said...

eh jgn la sbb org2 berpolitik kita pulak tanak mengundi...gi la undi...bkn untuk sapa,utk bangsa kita jugak....nak pangkah parti mana2 un pangkah la...

arwah atuk dulu pun kuat berpolitik tapi 'membantu' je la,bkn masuk calon nak jadi wakil rakyat pn...alhamdulillah nasib isteri dia terbela skrg...

mrs zach said...

OMG! i do remember about this case. during my final year in law faculty, this is one of the main case for the criminal procedure. Dato Mokhtar Hashim & Anor v. PP. teringat hal bulan mengambang-peneroka yang jadi saksi tak datang-also the pistol yang hakmiliknya memang milikan tertuduh.

amElyn said...

mrs zach : OMG! u are freaking me out dear! what actually happened that time eh?

mrs zach said...

ni yang i ingat la ye..kes ni memang havoc dan kitorang teringin sangat nak baca notes of proceeding sebab ada banyak isu.memang datuk taha kena 'culik' & ditembak dalam kebun getah dan mayatnya pastu diorang campak kat depan rumah datuk taha. ramai ok geng yang buat keje ni, bukan datuk mokhtar sorang je. yang pasal bulan mengambang tu, sebab hal tu berlaku dalam pukul 1-2 pagi, so ada cahaya bulan tapi saksi tak nampak datuk mokhtar hashim tu ada dlm kebun getah or not. just nampak bayang orang. yang kuatkan kes ni sabit kesalahan pada tertuduh ialah sebab sorang saksi yang boleh beri sokongan alibi pada tertuduh tak datang masa perbicaraan dan juga peluru yang dijumpai pada badan datuk taha adalah sepadan dengan pistol milik datuk mokhtar. serious me ada lagi copy of the judgment. kalau you nak, give me your email address..nanti me send a copy of the judgment to you. my lecturer cerita, siap ada gaduh2 juga dalam court masa kes ni.

amElyn said...

mrs zach : u make me shiver like hell. u got the copy?? oh sweet of u,darl!! yes, i would love to.
bubbles_star85@yahoo.com
thanks a million.mmmuahhh3!!!
hehee.

mrs zach said...

amelyn..me dah send. ada 2 cases..1 masa peringkat pendakwaan, 1 masa rayuan. selamat membaca. nanti lepas u baca, mesti u faham kenapa me cakap kes ni best + byk isu.

amElyn said...

mrs zach : yes! i got it! will do! will do! thanks again n again dear. hehe. *eksaited gila gila*

 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T