03 March, 2011

SHORT TRIP : Legend Water Chalets, Port Dickson, Negeri Sembilan




February 16th
Meh ler jamu mata dengan interior designs in our room.
Hehe.. Puas hati. Siap ada day bed lagi..
It's a wedding gift from Munchkin's uncle actually. Free 3D 2N package plus breakfast. Munchkin asyik postpone tukar tarikh. Busy katanya. Last-last we all confirm pegi on February 16th. 
Lepas settle both reception events. Syiokk pegi weekdays. Tak padat sangat orang.. =)


cover cover perut dulu..



We all sampai sana petang. Lepas check in, Munchkin terus nak campak fish rod kat verandar. Mendapat. Nasib umpan belum beli.
Chillax jap layan tv, then sesiap nak gi dinner. Dalam kepala dah teringat ayam kepsi padahal all the way nak sampai PD tak benti remind Munchkin, orang nak makan pari bakar.
Ape la anak ibu ni.. nak makan ayam kepsi lak. Kita kat tepi laut, makan ikan bakar lah! Baru feeling....

Nampak tak rose kat atas bath tub?
Masa we all baru baru sampai, lepas tengok tv semua tu.. Aku siap siap nak mandi.. 
Kan nak gi dinner.. Munchkin keluar time tu nak beli snacks for supper! So aku pun mandi la dulu..
Masa mandi, aku memang tak tutup pintu. Sebab? First time masuk shower room tu, aku tak boleh bukak pintu. Panik! Ingatkan pintu rosak, rupanya aku yang tak kuat bukak pintu tu balik. Hampeh! Lembik! 
So aku just biarkan pintu tu terbukak sikit.. Hehe.

Cut it short, aku dengar Munchkin balik. Dan dan dia terus tutup pintu shower room. 
Woiii, apesal tutup??? Susah nak bukak balik!!! 
Lepas jer aku bukak, aku nampak Munchkin letak ros kat atas sinki. Kantoi!
Padan lah keluar lamaaaaaa.. Rupanya gi carik fresh flowers kat pekan.
Alahai, romantik jugak laki aku ni.. Meow meowww..


Lepas mandi, aku nampak lagi bunga ros kat atas meja sebelah katil.
Sian Munchkin, tengah feeling honeymoon tapi aku mabuk loya.. Takde perasaan sangat.
Sorry sayang! I love you soooo much okay!
Before keluar, Munchkin sempat tanya kat receptionist mana kedai ikan bakar paling sedap.
That guy cakap deret Maybank. So yes, highly recommended to y'all!

Ikan bakar with air asam
Tomyam Campur (kaw gila gila sedap)
Kailan Ikan Masin.
Limau Ais
Sirap
Total : RM 52.50

Murah pun murah, 
Memang menggila gila makan! Bertambah moncett perut yang dah tersedia moncett tu..
Abes jer makan dah tak pikir apa, sampai bilik nak terus tidur. Munchkin kata gitu.
Tapi tak sampai 5 minit tengok tv (dah sampai bilik), dia dah selongkar plastik cari Potato Chips. Hihi. Demok!

Demok. i love youuuu!


February 17th
Bangun pagi, gosok gigi mandi... Siap siap nak gi breakfast! First thing yang tangkap perut aku is nasi lemak!
Sedap gils. Tak sia sia amek. Sekali dengan French Toast, fresh fruits, roti, baked beans and fresh orange. lepas makan terus melabur, nekmat! 
Plan nak gi swimming pool lepas breakfast, around 10 am. Dah siap dengan swimsuits, tapi macam segan plak bila tengok perut agak terbonjol, dulu pakai selim melim jer. *ok sungguh vain!*
So tak jadik berendam, just sunbathing. Ala ala minah saleh gitu.
Munchkin mandi sorang.
Masa munchkin dah puas swimming, so dia gi kat counter nak pulang towel.
Aku nampak rabbits dalam open cage. It's like pagar jaring jaring jer kat mini garden.
Comel yang amat!! Angora kot. Jinak lak tu! Kalau kita panggil, hulur hulur tangan dia akan datang dekat. 
Aku tak tau nak bagi makan apa sebab aku tak penah bela rabbit.
So aku pun kutip lah makanan dia yang bulat bulat tu. Dia datang tapi tanak makan.
Dia cium cium jer pastu bau tangan aku.
Tak puas hati, pesal dia tanak makan ni?? Pa, asal dia tanak makan???
Munchkin senyum jer.
Ishhh, budak ni. Orang tanya serius ni, dia senyum senyum plak! (cakap dalam hati)
Aku tak puas hati lagi, makanan dia dok tergolek golek jatuh dari tangan, aku kutip banyak kali but still rabbits tu tanak makan. 
Majok ahhhh. Aku pikir, dia tanak makan kot, dia nak bebas... 
Hmmm takpelah..
Bila Munchkin ajak balik, nak berendam dalam bath tub plak katanya, aku pun ikut..
Pasrah sebab rabbits tanak makan...


On the way balik bilik, Munchkin tanya. Awak tau tak tadi awak pegang apa???
Aaaaaaaaaaaa, awakkkkkk.......... Jangan cakap tadi orang pegang taik arnab!!!!
Aku macam tiba tiba dapat tangkap bila munchkin tanya gitu. Arghhhh padanlah rabbits tanak makan!!!!!
Tak puas hati lagi, sebab benda tu tak lembik pun. Pastu macam banyak berterabur dalam cage. Mesti makanan dia, bukan taik... Hmmmmmm..
Aku tanya munchkin. Dia kata, ''Kalau tak caye sangat, japgi Google..''
Sampai bilik aku terus type tahi arnab.


Yes, mendalah ini lah yang aku cuba sedaya upaya nak bagi rabbits tadi makan.



SHIT! Aku pegang taik!!! *Malu dengan diri sendiri yang sungguh jahil tentang rabbits*
Uwaaaaa rasa nak nangis.. Macam mana boleh tersalah ni??
Munchkin gelak pecah pecah perut. Sabar jelah...
Takleh watpe. Benda dah jadik. Kalau bukak balik cerita ni, munchkin mesti gelak macam orang gila. Nyampah aku! =D

OK, dah merajuk tanak sambung cerita. 
Petang tu we all pegi mandi pantai. Best sebab lama tak mandi laut!
Malam tu we all dinner kat KFC (Yayy!)
Pastu tapau pari bakar, makan kat bilik. Sekor 30 hengget! Mahal gak. Kedai dia exclusive sangat kot!
Biar lah. Janji dapat pari bakar.. =)
Before masuk bilik, we all gi mandi pool malam malam. Syiok! =)


Muka pun lemau, memang takde mood.

February 18th
As usual, bangun pagi nak gi breakfast! This time takde nasi lemak, pasrah..
Makan bihun goreng, fresh fruits gak,  and macam macam... Kali ni tak melabur! Hehe.
Arini nak check out dah, so balik breakfast terus packing.
Plan nak gerak awal sebab munchkin ada hal kat KL. 
Lepas check out, aku ajak munchkin tengok rabbits jap. Nak bagi makan rumput plak. Hehe
ya Allah, laaaaju jer dia makan!!! Aku cabut rumput tu banyak kali, 2 3 ekor sekali datang!
Yela, rabbits makan rumput sebenarnya. Dia tak makan taik dia sendiri.. tskk.
So, that's it. 3 wonderful days at Port Dickson. We had so much fun there!
Nanti kita gi honeymoon lagi eh! Tak puas 3 hari. Dah lah time tu tengah mabuk. So tak fully enjoy. =)

Ok dah abes. Babai..




14 comments:

aDieyZa said...

best kan stay kat the legend international water homes tu.. sbbnya ada private pool.. hihihi

patutlah arnab tu xnak makan, rupanya sebab tu.. zana ingatkan arnab tu dah kenyang.. hahahaha..

elle's laaa~ said...

best nye!! ni yang tak sabo ni nk p honeymoon.. hahaha... btw, mesti comel je kan u pegang taik arnab tuu . ahahaha :)

farahfatihah said...

wahh jalan sakan! heheheh a'ah la murah la....biasanya kalau mkn 2 org sure 80++

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

ouch.. bunge ros itew!! i loikkkeee! romantic yaw! hehehe.

rizalridzuan said...

warrrggghhhh!!! hahahahahhahahahahahahhahahahha
eeeiiiiwwwwww pegang tahi arnab!!
hahahahhahahahhahahah
kahakhakhakahakhakahkahakhakha

*gelak guling2..kah3..jgn buat blog plsss..jgn buat blog plsss..jgn buat blog plssss..remind untuk diri sendiri..


sambung balik

warrgghhhh!!!! kahakakhakahkahkahkahakhkahakhak

lupe letak

love u!
ur hubby

Atiqah Adnan said...

qah pun nk pi honeymoon ni.. sabar jelaa ade bb dlm perut sempat kn nk honeymoon lagi.. heee~

amElyn said...

adieyza:
best! tapi bilik i takde private pool tu.. =)
hehehe. malu..

ella:
best! cepat2 gi honeymoon ye!
have fun!!
comel?? HAHA. ntahlah. pegang dengan tanpa rasa bersalah!!! =D

FF:
murah kan?? padahal i amek ikan mahal. cuak2 gak if derang charge mahal. nasib baik ok! hehe.

0sh!Nz d' sen0r!ta:
romentik eh?? hihi. kadang2 jer. buli i her selalu!!! =P

munchkin:
jahat! di sebabkan awak paksa orang publish komen ni, saya menuntut sushi dari anda!!! yeahhhh!!!

atiqah adnan:
cepat gi sementara sempat! nanti dah lembik tak larat jalan dah tak syiokk! =)

fati said...

EH EHHH!! cop cop!!!
I pon pg situ that day... rasa macam nampak u time bfast... tgk pic u pakai baju pink tu.. btollaaaaaa!!!

missbutterfly said...

asal aku tak jumpa tempat mkn best?? tensi.

rini.borhan said...

best kan kat sane..kt pon baru blik dari sane tdo 1 mlm je..sgt tak puas..sbb just tman hubby keje x sempat honeymoon lagi..rabbit kat situ mmg nmpak sgt kelaparan kan..

amElyn said...

fati:
HAHAHAHA.biar betik???
i tak kenal u. apesal tak tegur??
hihi

mek jaja:
HAHA.ko tak tanya!! =D

rini:
kena seminggu baru puas! hihi.
bukan kelaparan, jinak gila. tu yang best!!! =D

fati said...

nak tegoo, tp cam was was... dalam hati da tdetik dah, macam blogger neh, tp tak igt nama :))

missbutterfly said...

hahaha..tu la..silap la tak p tanya receptionist tu kan..haishh..our bad..

amElyn said...

jaja:
kikikikiki. takpe.next time okeh! =D

 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T