28 July, 2011

Berpuasa ketika hamil

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur.

Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan. Antaranya:
buah-buahan segar,
kurma,
jus buah-buahan segar, 
kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (seperti apam beras, popia basah), 
yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar,
telur rebus atau ayam yang dipanggang,
kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.

Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti:
roti bijirin yang berintikan telur dan tomato,
ayam rebus atau panggang dengan salad, 
keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.
pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, 
bebola daging dan salad, 
mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, 
nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran,
laksa Penang dan sayur-sayuran, 
mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam/daging dan sayur-sayuran.

Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.

Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan peluh baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin.

Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lain. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda.
Jangan minum air dinginsejuk atau berais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air sejuk.
Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. 
Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin.

Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat.
Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut. Diet paling mudah is nasi, kurma and susu. Take daily. Mari kita cuba yer!!




2 comments:

Melissa said...

Thanks for sharing this. Semoga kita boleh meneruskan puasa macam normal (well, for me until I give birth lah, hehe). Ameen !

Risau gak, because nowadays mulut asyik mengunyah je. Haha.

Rosie Rose said...

selamat berpuasa darling! tp tu ar... puasa time preggy ok lagik. yg breastfeed ni, punyala dugaan, sbb selalu dahaga... uhuhuhuhh...

 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T