28 July, 2011

Berpuasa ketika hamil

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur.

Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan. Antaranya:
buah-buahan segar,
kurma,
jus buah-buahan segar, 
kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (seperti apam beras, popia basah), 
yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar,
telur rebus atau ayam yang dipanggang,
kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.

Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti:
roti bijirin yang berintikan telur dan tomato,
ayam rebus atau panggang dengan salad, 
keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.
pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, 
bebola daging dan salad, 
mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, 
nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran,
laksa Penang dan sayur-sayuran, 
mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam/daging dan sayur-sayuran.

Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.

Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan peluh baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin.

Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lain. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda.
Jangan minum air dinginsejuk atau berais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air sejuk.
Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. 
Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin.

Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat.
Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut. Diet paling mudah is nasi, kurma and susu. Take daily. Mari kita cuba yer!!




22 July, 2011

Cara Membuat Selusuh

Sumber : 
- Air selusuh yang paling baik adalah dari air zamzam, kalau tiada cari air suling, air hujan malam Jumaat atau air hujan biasa. Air biasa yang telah dimasak juga boleh digunakan jika air berkenaan tidak diperolehi.
- Minyak selusuh pula sebaik-baiknya yang diperbuat khas daripada kelapa dan seeloknya dibuat sendiri.

Langkah-langkah untuk membuat selusuh:

Cara A

1. Al Fatihah
2. Surah al Hasyr ayat 21
3. Selawat Syifa (Penyembuhan)
4. Bacakan doa : 
"Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". 
Kemudian ditiup pada air/minyak dan perlu di minum 7 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
5. Sapukan air/minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7x)
6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin.

Cara B

1. Beristighfar (3x)
2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya.
3. Al Fatihah (1x)
4. Selawat (11x)
5. Alam Nasyrah (7x)
6. Al-Ikhlas (3x)
7. Al Falaq (3x)
8. An Naas (3x)
9. Al Fatihah (1x). Kemudian berdoa apa yang dihajati.

Cara C

1. Al Fatihah. 
Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalah hati memohon dimudahkan bersalin sebanyak 3x.
2. Selawat Syifa (7x)
3. Surah al Hasyr, ayat 21 (3x)
4. Surah al-A'raf ayat 54 (3x)
5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Kalau air akar fatimah???
Sama jugak fungsinya, cuma rendam dalam bekas berisi air sehingga kembang kemudian minum airnya. Boleh mula minum seawal kandungan 7 bulan, namun ada yang kata bila dah minggu ke-36 baru boleh minum. Wallahua'lam.

Semua kuasa Tuhan, tak salah kita ikhtiar.


P/S: Air selusuh = Air bacaan doa yang dibuat oleh ustaz/suami moga senang bersalin.





07 July, 2011

Of Baby Gender.

Kes 1.
A : Pompuan, kau ni asyik makan seafoods jer.. konfem anak laki!
Aku : Iye???

Kes 2.
B : Perut kau terjojol ke depan, tengok dari belakang memang tak tau kau pregnant. Ngandung anak laki ni.. Kalau anak perempuan, lebor ketepi..
Aku : Tu ahh.. siap ada curve lagi nehh! ( sambil tayang body macam model )

Kes 3.
Aku dengan family balik kampung last month, Pakngah ada buat kenduri. So, jumpa lah little cousins and anak-anak buah.

i) Main dengan Que aka Bulat (14 months baby boy)
Aku : Cane, Bulat?? Gaya ''Kita bakor jer, kita bakor jer''..
Bulat : ( Takde respon, buat muka toye. )
Ziqah (adik aku) : Bulat, buat gaya ''Kita bakor jer, kita bakor jer''..
Bulat : ( Terus tersengih sambil buat gaya Usop Wilca menari zapin. )
Aku : Ouhhhhh, sombongnya dengan akak!!!
Bulat : ( Takde respon. )
Aku : Sabar jelah aku dengan budak ni.. Buat tak layan jer dia!
Mak Bulat : ( Gelak. ) Ko tengok, Bulat tanak dengan ko, ngandung anak laki la tuh!
Aku : Gitu eh??


ii) Main dengan Fatihah (8 months baby girl)
Aku : Nak dukung Fatihah!!
Mak Fatihah : Dia melalak kang. Dia dah kenal orang. Dengan sape-sape pun dia tanak, kecuali mak ayah dia.
Aku : Takpe, nak dukung jugak. Geram, comel sangat! 
Aku terus amek dia dari tangan mak dia, elok jer. Tak nangis. )
Mak Fatihah : Eh, nak pulak dia! Sah, kau ngandung anak laki, Long..
Aku : Ishhh, yeke?? 
Ziqah : Meh, nak try plak!
( Fatihah terus nangis. )
Aku : HAHA. Fatihah tanak dengan ko!

Kes 4.
Sepanjang hidup, aku tak penah sentuh wasabi and half boiled eggs. Since pregnant, kemain menggila pulak makan. Kalau boleh nak makan hari-hari. Terikut selera munchkin.
Adakah ini petanda aku pregnant baby boy sebab suka TELUR?? 



P/S: Aku?? Tere gak derang ni main teka-teka..



06 July, 2011

 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T