23 January, 2012

The miracle of Air Zam Zam.

Last week, me and baby Adri ikut Munchkin gi buat job kat area Bahau. Gerak Jumaat, we stayed in hotel murah apekejadah entah nama dia, which is atas Pizza Hut and KFC (konon senang aku nak gi tapau bila Munchkin gi shoot, sebab aku malas ikut takut baby meragam panas tak selesa nak tido bagai so better aku lepak kat hotel ada air cond tapi mendapat.. whole day aku terperuk kat bilik melayan baby yang nangis tak benti sampai aku panik.)

Ok, sambung balik.
Cut in short, dari Sabtu petang sampai nak gerak balik KL (Ahad) pastu balik Melaka (Isnin), dia kalau nangis, menjerit macam kena cubit kena pukul. Non stop! Susah betul nak pujuk sampai kadang kadang mommy naik give up pastu leleh air mata. Sobs.
Kesian tahu tak? Bila dia terlelap penat, lega sikit. Dapat lah mommy and daddy rehat tapi kejap jer. Lepas 5 minit, terperanjat celik mata jerit sekuat hati.
Nak gi mandi, takleh.
Bunyi berdetik sikit, takleh.
Yang pasti, memang takleh tinggal dia sorang sorang. Nak bagi dia tido lama, kena pangku atas riba. Tu pun kalau kau tahan kejang sampai naik sarang semut semut kaki.

Takleh jadik.
Masa kat Melaka, aku ngadu kat mak. Story pasal perangai dia sejak dua menjak ni. Mak pun perasan anak aku asek nangis jer. Pagi petang siang malam. Mata sampai bengkak kuyu sebab tak cukup tido. Suara?? takyah cakap lah. Serak macam rockstar. Hilang suara dia. Kau bayang lah, nangis nak dekat seminggu. Sobs lagi..

Lagi satu perangai. A few times jugak, dia LANGSUNG tanak breastfed. Tengah malam mamai pun, dia tahu itu tetep so dia akan mengamuk and aku terpaksa pump dan dan tu jugak (sebab malas nak gi panaskan EBM) untuk kasi dia minum. Sedih gila nak mati bila anak sendiri tolak tetep mak dia. Sobs sobs lagi.

Sekali mak aku bunyi,
Dia ni kena 'kacau' agaknya.
Eh mak ni, boleh ke gitu?
Apa tak nya?? Budak budak macam ni lah dia suka! Kau gi kawasan kampung, tempat ceruk hari tu.
Abes tu cane ni? Nak buat apa?
Cuba try berubat.
Ishh, tanak lah. Ingat daddy dia suka menda menda gitu? Ngarut katanya.
(tapi dalam hati aku, nak gak usaha mana tau boleh baik)
Dah tu??
....

Adoi, apa nak buat ni?
Tetiba Munchkin teringat ada balance air Zam Zam aku, guna masa nak bersalin dulu. Dia suruh campur sikit buat syarat buh dalam EBM sambil selawat and baca ayat Kursi. I was like,
Ishhhh... boleh ke baby campur minum air selain susu ibu???
Alaa, sikit jer. Dalam 5 ml.
 
Aku tak berani nak buat. Aku prefer daddy dia yang buat. Aku redha and tawakal.
Lepas minum sebotol, dia senyap terus tido. Soundly.
Subhanallah, it works like magic! Kalau tahu gini, lama dah buat.

Tapi memang betul, until now dia takde lagi nangis macam hari tu. Alhamdulillah. Dengan izin-Nya. (atau mungkin kebetulan) Kalau nangis pun, mild jer. Behaving just like normal baby. Aku letak dalam 4 5 botol jer, so beberapa hari tu, total dia minum air Zam Zam dalam 20 ml. Now dah tak bagi dah.

To mommies, kalau rasa anak macam cranky jer, try lah bagi anak air Zam Zam sikit. (eh eh mengajar plak!)
tak salah cuba kan?



Quick updates of my little Pumpkin
Next week dah nak masuk 4 bulan. Kejap jer rasa!!
Kalau sayang cepat besar, nanti mommy kena shopping baju lagi (eh) nanti mommy kena tambah baby lagi. (eh eh)

Baru mengiring secara comel-comelan.

Makin kuat menyusu. Sekali minum maximum 5 ml tu sayo sayo jer, tutup sebelah mata. Kadang tu nak tambah lagi, tapi mommy dia catu. Ewahhh


09 January, 2012

More Reasons To Get Pregnant

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Source : Here

*Rindu nak pregnant lagi. (ya Allah, dengar baby Adri ni mau dia merajuk!)

 

m e l i n n n © C O P Y R I G H T