12 April, 2012

Talking about Breastfeeding Part #1

Ingat lagi budak ni?

Fina dah 5 tahun but still breastfeeding. Ngada tak? Susu mak dia bukan banyak mana dah pun. Dia kurang makan, susu formula memang tak penah minum. Macam-macam mak dia try, tapi semua tak sesuai. So tu yang banyak bergantung harap pada susu badan (sahaja).

Last weekend masa aku balik Melaka, kebetulan dia dengan mama dia pun ada balik Melaka. Datang visit atuk, sebab atuk kan tinggal dengan parents aku.
So aku saje tanya dia, hisap tetek lagi tak? Dia cakap kita dah besar, kita dah tak hisap dah.
Aku pun haa baguslah. Malu tau dah besar hisap nenen lagi. Dia gelak jer.
Sepanjang 2 3 hari tu, aku memang langsung takde nampak dia hisap nenen.
So aku pun tanya mak dia, macam mana Fina tiba-tiba stop nenen? Boleh plak?
Mak dia cakap, bila masa dia benti?? Hisap lagi!! 
and I'm like, hahaha yeke? dia cakap dah tak hisap.
Dia malu dengan hang la tu. Hang kan selalu sakat dia. Kau tau apa dia cakap dekat acik hari tu?
Tite tungguuuuu jer takyong balik tey-ell. Dah lama ni tite tak gentel.

HAHAHA. Bertuah punya budak!


07 April, 2012

Suami, mak dan anak saya yang comel

Munchkin busy join wedding expo kat PWTC start Jumaat sampai Ahad (b2b gi lah terjah!), so dengan menghantar anak bini dia ke Melaka adalah satu tindakan yang sangat brilliant! Memang itu yang di nantikan oleh bininya. Dapat bermanja dengan mak pak dia. Heh

Tadi baby Adri bangun nak susu. Biasalah, nangis manja gitu tapi suara kuat so satu rumah boleh dengar. Maknya belum sempat nak netekkan, dok selak baju, nenek dia yang tengah tidur kat bilik, dengar jer laju laju masuk bilik sebelah tengok si cucu. Konon nak dukung, nak pujuk. Maknya cakap, eh takpe. Dia nak susu jer pun. Bila dah dapat susu, senyaplah dia. maka tak sempatlah nenek nak kelek walaupun tangan nenek dah dok hulur hulur nak angkat. Hihi comel tau mak ni pagi pagi buta cenggini. Rindu sangat lah tu.

Sekarang aku tengah batuk teruk, so asal aku batuk jer mesti si Adri ni akan datang and kiss pipi muka aku semua. Kalau time tengah tidur, dia akan tersedar and datang landing kepala kat tangan or peha aku or mana mana body part aku yang asal boleh dia nak mengimpit. Pandai tau, dia tahu aku demam and dapat batuk dari dia. *terharu*


05 April, 2012

Amalan ketika anak sedang tidur

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

  • Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif  100x ke ubun-ubun kepalanya atau sebanyak yang mungkin.
  • Membaca surah al fatihah 1x, alam nasyrah 1x. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. 
  • Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. 
  • Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. 


Source : Here.


Info baru, lepas ni boleh practice.




04 April, 2012

Wordless Wednesday - Sunday morning with Dr. Nadir Khan

Klinik Wangsa, Wangsa Maju
Very recommended. Such a nice friendly person. And funny too.


 

m e l i n n n © C O P Y R I G H T