18 November, 2013

Nama anak.

Nama anak, Justin Haziq b. Aron Ajis
Nama mak dia Rokiyah bt. Selamat.

Nampak macam tak kena, tapi takpelah. Semua orang ada hati nak namakan anak canggih-canggih eventhough nama mak pak kampung abes. Baru rasa macam artis. Puiii. 
Sekarang ni, yang lebih penting nama tu membawa maksud yang baik. Bukan sekadar nak berlumba-lumba, tiru bagi nama anak sedap-sedap sampai tak membawa maksud apa-apa.

Ada jugak kononnya nama yang memang membawa makna yang baik tapi tak berapa elok untuk dibagi kepada anak, dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang. Sebabnya adalah jin suka dengan nama-nama tersebut. Wallahu alam.

Adri Ezzul Haq.

Nama tu dah lama kitaorang plan nak bagi. Since zaman bercintan kat U dulu. Haha gedik gila je bunyik, time bercintan dah fikir nama-nama anak. Takpe, orang kata think of the future. Hewhewhew  
Yang best tu, standby 3 nama boys and 3 nama girls. Yelah, masa tu plan nak 5 orang anak. Elok je bahagi laki pompuan. Kelas kau, besar selera. Bila dah kawen, takda maknanya. Nak 3 orang jer kot. Kalau dapat lebih, pun alhamdulillah. Hehe

Aku suka nama Adri tu. Plus, a bit gabungan from our names. Makna pun elok, so it's perfect for our babies. Pastu plak, nama tu agak rare. Laaaaagi aku suka. Sebab?? Aku benci tak suka nama anak aku sama or tersama dengan sesape yang aku kenal or penah dengar. Voley?

Ingat lagi masa tengah carik nama. Husband ada sebut few names.

Ali? Tanak, tu nama jiran lama.
Sherry? Tanak, tu nama kawan orang masa sekolah menengah.
Talib? Tanak lah, tu kan nama pakcik awak?
Senah? Ishh, tanak la. Tu nama anak Paklong.
Mamat? Tanak. Nama tu anak Cik Liza sebelah umah atok tu dah pakai.
Haikal? Tanak. Tu nama cikgu Aziqa (adik aku) masa kat Melaka dulu.
Ok, ni best. Kamalia? Hello? Lagi tanak, bukan tu nama ex awak ke??????????

Hahaha, lagi kau nak bagi nama-nama yang sensitip, memang tak ahhh kan?
Aku pun of course ada propose few names, nak make sure nama tu betul-betul rare, jarang orang pakai.

Awak ada kawan nama Izzat tak?? Ada, masa kat matrik dulu. 
Ok, cancel.
Syasya pernah dengar tak? Alah, bersepah masa kat sekolah orang dulu. 
Ok, cancel jugak.
Haaa, Khalis?? Hmm, ada. Nama anak kawan orang.
Adoi. Hmm. Alia? Bukan tu common ke?
Tapi best.

So, memang boleh buat gaduh masa nak pilih nama. Makan berbulan gak lah, pick A, later bila terjumpa nama baru, nak gabung dah tak sedap, amek B. Pastu esoknya, dengar nama C, B dah takleh pakai. Guna balik A. Cenggitu ler jadiknya.

Nama untuk anak kedua, dah tak serabut nak cari-cari lagi. Pakai and pilih mana yang dah ada dalam list. Cuma masa yang pertama dulu, ada perubahan sikit. Papa dia ngada nak tambah Haq tu sebab cerita Haq ke Hulk. Boleh?? So kena adjust balik.

Tapi rasanya kena tukar sikit-sikit kot, sebab nama yang kitaorang decide tu macam dah trending, dengar sana sini. Back 7, 8 years memang nama tu rare. Now dah tak exclusive. Saddd.

Makanya, drama pencarian nama baru mungkin akan berlaku. Kita tunggu.


P/S: Nama-nama kat atas tu aku main petik jer. Jangan ada yang terasa plak. 


 
 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T