31 December, 2013

Current obsession

Dari kecik sebenarnya, aku tak suka menjahit.
Rasa macam tak cool langsung pegang jarum benang bagai ni.
Kalau kat sekolah dulu kan ada projek mata pelajaran Kemahiran Hidup, ERT semua tu kena jahit buat sarung kotak muzik lah.. Baju kurung kedah la.. Kan?
Mana penah aku usik? Semua mak yang settlekan. Yang aku tau aku dapat A. Hewhewhew

Tapi..tapi..
Since dah kawen ni.. Since dok umah lama sangat ni... Specifically, since now aku stay umah mertua ni...
Aku macam geram je nengok mesin jahit dia tu. Tangan macam gatal je nak buat itu ini.
Alter baju kecik jadik besar.
Alter baju besar jadik kecik.

So as starter, last July aku nekad nak try jahit baju raya sendiri. Haha tinggi cita-cita!
Padahal pegang mesin pun tak penah ni!!!!
Carik kain kat Jakel, zass terus projek.
Dapat basic dari MIL sikit how to use the sewing machine, usya contoh design, study kat Youtube sikit.. Siap!!! Aku plak, ada satu pe'el yang bila tengok je, dah boleh buat/tiru.

Contoh,
Aku tak penah masak asam pedas.
Tapi bila dah rasa and tengok, aku jadik tau macam mana nak buat and apa ingredients dia.

Contoh,
Aku tengok gambo baju kurung, aku terus boleh agak cara nak buat dia macam mana.

Something like that la.

So bila dah siap depan mata, hmm takdelah susah mana pun. Huhu kerek gila bunyi. Tapi serious cakap, Sewing is fun! and addictive. Nyesal tak belajar dari dulu. Kalau tak, mesti now dah jadik fashion designer, sama macam Hatta Dolmat. Ekekeke

So nak dijadikan cerita, aku ada banyak sangat baju. Stended ar pompuan, kuat shopping. So bila dah bertahun beli beli dan beli, bilik jadik semak. Padat dengan baju, sampai takde tempat nak letak.
Bila baju dah banyak sangat, konfem-konfem ahh husband tak kasik shopping lagi. Lain lah korang yang punya wang sendiri, boleh beli sesuka hati, anytime anywhere. Hehe Aku lak jenis beli banyak pastu banyak tak pakai. Langsung.

Stended ar pompuan. Heh

So last year, aku bukak ati untuk letgo and jual most of them. Sayang sangat sebenarnya tapi kugagahi jua. Unexpected, more than 50 items terjual. Pakcik kayo lah sekejap. Huhu

Makanya, baju-baju yang paling sayang tanak jual and yang tak terjual tu.. Aku alter and refashion.

Itulah puncanya aku start menjahit. 
Baju aku yang dah ketat, kujadikan baju anak aku. Baju papa dia yang dah tak muat, kujadikan baju aku. Huahuahua

Ni bawal Aidijuma plain. Aku gatal tambah lace and handmade 3D fabric flowers.

Ni romper Adri yang plain stripes. Aku geram tambah kitten, made from kain felt.


Ni plak my old skinny jeans. Aku alter jadik size dia.

Tak ingat apa lagi yang aku dah buat. Lagipun malas nak take pictures.


Now my current project is, buat shirt for Adri from kemeja lama husband. Leceh sikit, part collar tu. Bagi aku lah. Tapi normally aku siapkan within 2 or 3 days je. Sebab tak sabar nak tunggu hasil, nak siapkan cepat-cepat. Hewhewhew

Okaylah, panjang dah celoteh. Nak selongkar baju dalam bilik, carik idea for next project. This time, for the new baby plak. Hehe. Daa



10 comments:

Kyla Pearlisha said...

Hobby yg best jugak kan sis.hmmmm Tp klu minat semuanya mnjadi.Pasni slowly da blh buka butik plk :)

Melin Fork said...

Kyla Pearlisha:
Yup, lambat discover. Hehe that's true. Woww, insha Allah, ada pasang niat gak tu. Hihi

juneHalim said...

syok la tgk je blh tiru..aku ni tgk dan terus tgk je la mampu hahhaha...
bgs babe..teruskan..bkn semua tau blh buat cam tu. gunakan kelebihan yg ada :)

Melin Fork said...

Thanks babe. Aku rasa kalau xde mesin, aku macam ko je. Tgk dan terus tgk!!! Haha

LisaLisut said...

Wowwwww. I mmg fail mcm u!! Siap upah tailor or adik i utk projek jahit ert lol. Still xtbukak hati nk nljr jahit. Rs mcm loser lak ttbe haha. Tererrr laaa

Melin Fork said...

Hahaha. Don't be. Kalau xde mesin of course la terasa loser. Kalau dah depan mata, rugi le tak guna. Huhu

Chekgu Azrine said...

happy new year sis

salam perkenalan dari http://azrinzfamily.blogspot.com/

Zihan Zamberi said...

Bila turn akak dik nak menjahit bagai...my mesin jahit tu dah berabuk pun...nak jahit sarung kusyen yg simple pimple pun x sompek ni hah...tp seriously I'm jelessss hokay. Dah..g kiss anak ko yg cheeky tu bg pihak guwe.. =)

Melin Fork said...

Hi. Happy new year. Thanks sudi singgah sini.

Melin Fork said...

Hahahaha. Rugi kak oii terbior je mesin tu. Nanti dah start projek sarung kusyen roger2 ye. Huhu

 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T