29 January, 2013

#kitchenmelin - Eggless Tiramisu Recipe

Ni antara dessert paling senang di dunia. Takyah tunggu depan dapur or oven, dok ngadap depan meja, buat layer then masuk fridge. Dah la senang, nikmat plak tu!! Rugi kalau tak try.

Source: Google


Bahan-bahan (serves 8) 
1 pack of Lady Fingers. 
Serbuk Nescafe (ikut instinct nak bancuh banyak mana) 
600 ml Whipping cream 
500-600 gm of cream cheese (aku guna balance Mascarpone yang ada kat rumah)
Milo (untuk tabur) 
Half cup of sugar 


Tu je? Yup, sikit je kan? Aku tak tahu la nak kata ada telur sedap takde telur tak sedap, sebab bagi aku kalau dah nama tiramisu..sedap aje! Tapi orang kata kalau pakai telur, hanyir sikit sebab tiramisu ni kan takde masak segala. Macam makan mentah. In fact, based on apa yang husband cakap, texture of the cream cheese tu pun lain. Bagi aku, dia berat and macam eskem. Wahh giteww. Takde telur kan? 


Cara-cara 
1. Pukul cream cheese, gula, whipping cream sampai kembang. 
2. Sementara tu, celup the Lady Fingers dalam air bancuhan Nescafe (without sugar) then susun dalam caserole. 
3. Pastu, layerkan dengan cream cheese--tabur Milo--Lady Fingers--cream cheese sampai 3 lapis (macam buat lasagna). 
4. Lepas tabur Milo on the top layer, dah boleh terus masuk dalam fridge. Chill overnight or at least 12 hours.





 

16 January, 2013

#kitchenmelin - Homemade Lasagna Recipe



Source Google

Lama tak share pasal resepi. This is my version. Have a try!

Bahan-bahan 


1 box of Instant Lasagna (aku guna San Remo, ready sheet takyah rendam) 
700g daging kisar (balance ayam and daging kisar, so aku campur je) 
Half bottle Prego sauce (aku beli yang besar punya) 
1 tin kecik tomato puree (tak jumpa tomato merah ranum so aku pakai ni) 
1 tin button mushroom
*1 biji bawang besar 
*5 ulas bawang putih 
200g butter 
3 sudu tepung gandum 
1 liter susu full cream 
Half block Cheddar cheese 
Oregano, Basil, Black pepper
Mozarella and Parmesan cheese untuk ditabur. 
Garam secukup rasa 
Oilve oil

*Bawang dicincang kasar.


How to: 

Make the meat sauce. 
Cara dia macam buat kuah spaghetti je aku rasa. 
1. Tumis bawang sampai naik bau guna olive oil. 
2. Masukkan daging cincang dan kacau. 
3. Tuangkan sos prego (dan tomato puree) gaul sehingga sebati. 
4. Masukkan garam, oregano, basil, and black pepper secukup rasa. 
5. Masukkan cendawan butang dan kacau lagi. 
6. Tunggu sampai masak, pastu tutup api. Settle! 

White sauce. 
 1. Dengan menggunakan api kecil, cairkan butter. 
2. Masukkan 3 sudu besar tepung gandum dan kacau sebati. 
3. Masukkan susu, keju cheddar dan garam. 
4. Kacau sehingga sebati. Pastu siap. 

Nak susun pulak?? 

1. Preheat your oven 180'c. 
2. Sapu butter kat dulang caserole. 
3. Cara aku, tuang meat sauce dulu pastu curah white sauce banyak. Nyum! 
4. Pastu baru lapik dengan kulit lasagna, menutupi permukaan daging tadi. 
5. Curah lagi meat sauce--white sauce--kulit lasagna until 3 layers. 
6. Make sure the top layer is white sauce, then you can tabur the Mozarella and Parmesan penuh satu dulang. Lagi banyak, lagi sodap. 
7. Then, bakar dalam oven around 20-30 minutes. Done!
Oh lupa, aku wrap the caserole with foil sebab tanak cheese kat atas tu keras terbakar sangat.

Sonang kan? Resepi aku ni dapat 2 large caserole tau! Up to 8 serving.



 

03 January, 2013

Picknik, 28th and Alhamdulillah.

Today we go makan special sikit, celebrating my birthday. Yay! First time we had our fine dining (more like casual dining actually where you can comfortably eat wearing office attire or shorts or t-shirts) at Picknik. (Lepas kawen ko.. baru nak beromentik bagai. Tu pun birthday/anniversary baru merasa. Laki aku kan romentik, sangattt!)

It is a nice cozy place, located at Publika, Solaris Hartamas. It was obviously terpampang kat tepi jalan but when you go into the building, berpusing gak cari this cafe. Haha Munchkin dah mula nak hangin sebab we all sampai lambat, around 9 pm camtu (baru nak dinner, dengan laparnya, dengan signage semua takde) so takut la if tertutup awal. After been directed by 3 (or 4) pakgad kat situ then baru jumpa. Kelakar tak? Dahla pakgad kat situ semuanya aBangla punya style, cakap pun aku tak paham. Aku cakap pun dia tak paham. Azab.. Memang tak kelakar langsung. 

Dapat je seat, dengan pantas terus order. Nak salad dengan spaghetti please! Lapar okay! Dalam kereta lagi dah pikir nak makan apa. (Hah, tamak haloba nafsu gajah gitu kan? Pedulik apa aku. Birthday girl, kena la makan banyak. Eh. Lagipun aku share dengan Adri. Dia kan antu spaghetti.) 

Picknik serves Western foods ye kawan-kawan. So kalau rasa nak carik sushi ke, kuehtiaw kungfu ke..Durian Crepe ke.. haa memang nan ado lah. Sila ke kedai lain. Oh lagi satu, for your information, the owner is Nik Michael Imran. Dia ada masuk Masterchef Malaysia's first season. Aku pun tak tahu tu cafe dia, kenal pun tak. Tengok pun tak. Dah sampai situ, baru perasan..macam pernah nampak dalam tv. 

Munchkin yang suggest, nak try makan situ. Saja nak ubah selera tekak. Okla, mohla kita layan gambar 5,6,7,8 keping. Hihi. 




Caesar Salad with Grilled Chicken. 
Spaghetti Bolognese with Meatballs. 
Sirloin New York Cut with Peppercorn sauce. 
Cranberry juice, Mineral water and Red Velvet cake. Pleasure enough. 


Complimentary gift.
Brownie, soaked in salted caramel & topped with vanilla ice cream.
Nengok? Sape yang sebok nak tiup lilin? nyampah tau!

The foods are superb. Rasa nak order lagi 3, 4 kali makan sampai gemuk. 
(ya Allah, teruknya nafsu makan. Pang diri sendiri. Tskk) 


Another one thing you have to familiar with is the ambiance there. Kiri kanan depan belakang, ada retis. Glemer nok. Maybe sebab owner dia pun selebriti kot.
Overall, out of 5, Munchkin bagi 10 stars. Hover tak? but I do agree. Sedap gila kot! Must try and come over and over again. Seriously worth the money. Aku dah berangan dah ni, pasni nak makan apa plak. Ngahahahaha



The more candles, the bigger the wish.
Another year older and another year wiser.
With each year I love you more and more. Thank you husband. xx




 
 

m e l i n n n © C O P Y R I G H T