28 August, 2013

Rough days 2.0

Anak demam time raya, tapi nasib lah dah nak abes. Hehe 

Sabtu - 18 Aug 2013 
Ada tiga open house kena pegi tapi pegi dua je. Last rumah, lepak paling lama sebab ada gathering kawan sekolah. Anak-anak dah bosan, so main lari-lari depan rumah. Tepi jalan, panas-panas petang. 
Balik tu, ada perasan badan si Adri macam nak mula panas. Aku suspect aktif sangat main panas, pastu minum air sejuk time panas-panas. Contact ramai orang. Masuk air cond, panas balik. So cenggitulah. Sampai malam, badan dia macam panas. Still lagi aktif. Thermometer tak bawak pulak, tinggal kat rumah, cause now kami di rumah mertua. Hmm

Ahad
Pagi tu rasa badan dia panas gila. Aiseh, dah agak dah. My instict kata, dia nak demam tapi takpe. Rilek je. Merengek sikit-sikit, tapi main tetap main. Handal.

Isnin
Badan still lagi panas gila, sampai dia menggigil. I'm start worrying about it sebab this is our first time experience. Basahkan towel and kepala dia every 2 hours. Kemain susah, dia tak suka. Masa ni dah kurang main, lembik je badan. 

This time takde muntah..takde batuk..takde cirit..takde flu. Senang keje kan? Monitor suhu je. Hehehehehe

Selasa
Still the same. Makan, susu semua tak selera. Asal masuk mulut je, dia keluarkan balik. Bukan muntah, tapi dia luahkan, tak telan. Sakit tekak agaknya. Takleh jadi, mengalah jugak bagi makan syrup 2 ml.

Rabu
Alhamdulillah, panas dah kebah. Masa nak mandi, aku perasan badan dia naik rashes. Sikit je kat bahagian atas belakang, tepi telinga. Last time demam misteri HFMD pun cenggini gak pattern dia, CUMA rashes dia je yang lain. Last time, macam berair and bulat-bulat berkuping. Now, macam kena gigit ulat bulu. Biji takde air. Then aku rilek lagi. Ngadu kat sister in-law (doctor), dia kata maybe demam campak. Then I said okay. Kalau macam makin teruk, aku ajak husband gi KK Bandar Putra sini. 5 minit je sampai. Nak amek ubat free. Hewhewhew


See?? See??

Khamis
Rashes makin penuh satu badan. Depan, belakang, kepala and kawasan diaper. Aku bajet ruam biasa sebab panas dalam keluar tapi macam risau. Alang-alang dekat, gi jelah KK. So, pagi tu angkut Adri gi jumpa doctor. Dengan tak mandinya dia. Haha belasah. 

Doctor tengok rashes, macam demam campak. So kena check darah. Adehh, budak tu dah lah penakut, macam mak dia. Aku dah panik, kena buat jugak ke? Procedure demam campak katanya. Oklah oklah.

So, ameklah darah. Banyak pulak tu. Aku pun tak pernah buat seumur hidup, dia dah merasa. Kesian sangat. Lima minit gak lah bertarung, bersilat bagai. Then, tunggu kejap for the results.

Results kata, bacaan platelet rendah, 36. Tahap bahaya. Doctor suspect je dengue sebab dia kata kena dua bacaan yang rendah, tapi dia punya satu je yang rendah. Aku tak ingat pebenda nama satu lagi. So katanya kena emergency masuk ward, dia takleh lepas patient balik. Ahh sudah, aku dengan tak masak lagi (time tu dah pukul 12 tengahari, Adri tak berbaju tak mandi, pebenda semua tak bawak. Sebab dekat dengan rumah kan, kejadah nak bawak semua benda. Time tu, mula lah rasa menyesal datang jumpa doctor KK. If not, mesti tak kena tido spital, mesti tak kena tahan ward, mesti tak kena amek darah, measti takkan tau platelet dia rendah. Mesti...mesti punya.. Hmm 
Kalau nak diikutkan, pagi tu Adri sangat aktif, badan tak panas dah. Aku just nak doctor tengok rashes dia aje.

Panik, kitaorang mintak hold kejap, nak amek barang sikit. Derang kata tokleh, husband je pegi. Amboi, strict kemain. Aku hilang gi nursing room pun mengagau derang cari. Alah bukan nak lari pun. Plus, bukan ada benda nak kena buat, tunggu driver ambulance je. Hmmmmmphh

Around 3 pm after lunch hour, Adri dah kena drip. Standby untuk ke Hospital Serdang. Naiklah aku ambulance tu, husband drive sebab nak bawak kereta ke sana. First time wooo naik ambulance!!! Hah

Tukang cucuk, bagus keje dia. Perfecto

On the way, Adri tido dalam ambulance, penat nangis. Kesian sangat. Sakit benor la tu. Pagi tu je dah dua kali kena cucuk.

3.30 pm sampai Hospital Serdang, straight away masuk emergency ward. Penuh, kena tambah bed. Mostly kat situ elders and newborn babies with Jaundice. Aiseyman, kena tunggu lama lagi sebab kat ward pun full, so kena tunggu katil kosong.

Tertidur lagi sementara dalam Emergency Ward.

I think almost 4 hours kitaorang kat situ. Yup, you heard me. Rasa macam nak lari je, tapi what to do. Hadap jelah.
Lepas dah timbang berat and checkup semua, baru dapar rehat kat katil dalam ward. 4 patients in a room, not bad la. Dalam tu pun budak dah 4,5 tahun so senang sikit Adri tidur. Hewhewhew
Every 4 to 6 hours, nurse akan datang monitor his temperature and BP. Memang takde demam panas, as they all know we came just because of the rashes. Tak sangka plak platelet rendah tu. Hmm

At 10 pm, kena cucuk lagi. Procedure for Dengue, kena ada 2 drip berasingan for darah and drip masuk air. Gitulah lebih kurang. Doctor tu plak agak ampeh, cucuk sampai 4 lubang, semua takleh pakai. Adri dah nangis meraung macam apa, tambah lagi dua orang nurse tolong pegang. Memang tawakal je aku nengoknya. Lastly buat kat kaki sebab kat tangan dah hancussss. Kus semangat!

Lepas settle, aku umpan dia dengan susu, terus lelap. Aku pun join naik atas baby cot dia. Haha, dah takkan nak tidur atas kerusi? Kang dia nak susu, aku kena naik turun. Alang-alang, baring jelah sekali. 


So the next day, early morning ada this one young Chinese doctor datang buat review. Dia kata boleh discharge sebab platelet dah normal. 180 and no Dengue. Just a viral infection. I knew it. I'm like, woww bagus gila. Naik 5 kali ganda, and lagi best dah boleh balik rumah! Tapi dia kata kena tunggu Adri's Paed datang finalize bagi full result and cakap memang dah boleh balik. Fuhh, lega.

Masa Paed datang, aku pun macam tanya la ada kemungkinan ke result salah masa kat KK tu? Dia kata tak jugak, cuma dia cakap result from hospital is more accurate. Gittew. Baiklah, after all the q and a session, we all pun tunggu surat kebenaran untuk discharge. See? Macam sia-sia je kan tido spital?  Hewhewhew





 
 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T