14 February, 2014

#THROWBACK : Pengalaman berpantang.

Aku belum story lagi kan kisah berpantang bersalinkan Adri dulu?? That's also the best moment after delivery. I enjoy being pampered by my mom. Hehe

If you still remember, I've decided to berpantang di rumah my parents yang waktu tu di Melaka. That was about 3 years ago, back in 2011. I think, about 2 months before Hari Raya. Aku dah merengek kat husband, nak stay di rumah mak abah sementara menunggu hari, and kebetulan juga, tahun tu adalah giliran balik raya sana. Hehe ambek peluang kau! At first, dia macam tak berapa agree sebab lama sangat, lama-lama mengalah juga. Hihi

Based on researches and reviews (and budget, hehe)  I picked a whole Set Bersalin NR, without the bengkung sebab bengkung mak aku buat sendiri je. Taktau la nak komen apa about the set, sebab first time guna kan. So, tak boleh nak compare. Apa yang aku leh kata, minyak berubat tu ada lagi sampai la ni. Hehe aku jarang pakai. Dia punya pilis and ubat-ubat herba tu abesla aku makan. Orang kata, bagus untuk breast feeding mom. Betul kot, sebab the next day after delivery, aku dah start consume. Baby pun Alhamdulillah, takde masalah jaundice. At the same time, aku dah mula rasa bengkak susu. Dan dan time tu jugak, beli Spectra 3 online. Aku tak reti manual express. Failed, haha keluar beberapa drops je. Dengan sakitnya time tu, perghhh. Aku tak ingat husband beli kat website mana, sebab esoknya posmen dah depan rumah.

Back to the story.
Makanan berpantang sangatlah sedap, I tell you. Kalau ingat balik, boleh meleleh ayaq liuq. Haha tapi yang pasti, memang menu yang sama setiap hari. For lunch and dinner. Breakfast je mak kasi makan apa-apa, like karipap ke nasi lemak ke or soto ke.

My menu is as usual, nasi panas, lobak putih masak air, together with lada hitam untuk tambah susu and panaskan badan, sup ikan haruan masak rebus halia untuk pulihkan luka and buang angin dalam badan, also with ikan bilis kunyit apa entah resepi yang mak aku buat, plus kopi panas. Ya Allah, hari-hari aku makan dengan berselera. 

Masa berpantang, aku strict sikit bab-bab makan ni, aku tak minum langsung air sejuk. Lagipun lepas bersalin badan kan sejuk, pakai sweater and socks dari pagi sampai malam, so hari-hari minum air panas. Sedappppp je. Baby pun Alhamdulillah, tak pernah bangun nangis malam sebab kembung perut ke hape. Tido je lepas aku sumbat susu. Senang sangat jaga Adri Ezzul Haq ni. Syukur Alhamdulillah. Pastu plak, lepas bersalin aku dah mula menyusu and pump, minum banyak air suam and air manis. Hihi cukup je 40 days, aku dah minta izin husband and mak, nak keluar pi makan pizza. Tak tahan. 

Gi Jusco kau! Haha

Alhamdulillah juga, susu aku melimpah ruah. Rezeki anak. Adri bangun nyusu every 2 hours, every day without fail. Aku kosongkan breast before and after breastfeed. Anak aku plak kuat nyusu, you know boys. Dia minum 5 oz each feed. Kalau bagi 2, 3 oz dia akan nangis, tak cukup. Bila dia makin besar, I still remember masa dia around 4 months. Aku kena standby 8 botol x 5 oz untuk dia satu hari. Just imagine, how la nak menampung keperluan banyak tu? Alhamdulillah, kena stay positive, jangan stress. Insya Allah ada rezeki. 

Nak cerita pasal makcik urut plak? 
Aku suka sangat. Dah la best, murah lak tu tapi kena jemput hantar dia sebab tak pandai drive. Anak-anak dia keje, dia pun busy dengan urusan bidan kat klinik kerajaan. Macam-macam program kalau dengar dia bercerita. Orang-orang dari KL pun ada datang rumah dia, nak berurut tapi kena buat appointment. 
Aku amek pakej 7 hari berurut sekali mandikan baby, RM250. Dia jugak ada buat bedak sejuk and jual barang-barang traditional. Oh bestnya kalau dapat berurut dengan dia lagi. 

Tentang penjagaan luka Episiotomy plak, aku sapu Iodin je dengan ubat tradisional yang makcik urut bagi. Aku tak ingat serbuk apa, dia kata just bancuh sikit dengan air pastu sapu kat luka. Alhamdulillah, cepat baik since aku pun kena jahit sikit je pun.
Baru 3, 4 hari berpantang, aku dah rasa macam sihat and tak sakit apa-apa. Jalan pun nak laju tak terkepit bagai, berjalan satu rumah sana sini, berak pun senang. Mak marah sebab berpantang, kena lah betul-betul. Badan orang pompuan ni, nak pakai lama. Heh baiklah mak.

For this time, kena carik makcik urut baru, carik set bersalin baru, carik pump baru. Eh no lah, so far aku suka Spectra 3 tu. Berkhidmat dengan jayanya, pagi petang siang malam. Haha tapi bila dengar orang kata Avent best la, Medela terbaik la, macam teringin tapi macam takpela. Rasa membazir plak, sebab I have both electric and manual pump. Yang manual tu, aku tak pakai pun. Konon nak standby bawak sana sini, since Spectra 3 tu bukan battery operated. Tapi tulah dia, biar membazir ada, daripada takde kan? Hewhewhew



 

9 comments:

MyRule said...

Salam dear, nak tanya pasal makcik urut tu? Melaka area mana ye? Ada ni dia x? Tia ya

Melin Fork said...

Phone no dia dah hilang la dear. makcik tu kat bukit rambai.

MyRule said...

Ok..takpe..thanks ya :)

Chooyaya! said...

lepas tiga tahun baru cerita. melampau ni kan? hahahaha

Melin Fork said...

U betul2 nak ke? Sebab my family dah xstay di melaka. So kena tanya balik kt jiran lama sebab dia ada no makcik tu. No jiran tu pun we all takde. Wuwuwu

Melin Fork said...

Hahahahaha. Throwback kaksu. Ni kan dah nak berpantang lagi, mengimbau ler. Hewhewhew

MyRule said...

Boleh juga..kalau x menyusahkan u la

Melin Fork said...

Nanti kalau we all ada rezeki ke Melaka, bole lah singgah rumah jiran tu. tapi entah bila la plak kan? huhu

Anisah Husna Ismail said...

Throwback... saya pon mcm nk tulis pengalaman berpantang anak pertama dulu la. hihih.

Jemput singgah ke blog saya
www.husnanetwork.com
dan
www.dcerdas.blogspot.com

 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T