16 March, 2016

#kitchenmelin - Resepi Nasi Ayam Simple & Sedap

Aku try buat semalam for the first time. Not bad. Aku ikut bulat-bulat apa yang Kaksu ajor.


Source : Google


Bahan-bahan (Sup)
Bawang besar hiris nipis
Bawang putih hiris nipis
Halia hiris nipis
Sup bunjut
Rempah tiga beradik
Daun sup
Garam
Ayam potong 8

Mula-mula, tumis semua rencah dulu. Masukkan ayam, tunggu sampai air kering and bawang dah naik kuning. Pastu dah boleh masukkan air, tunggu sampai masak. Bila dah siap, baru boleh masak nasi sebab kita nak guna sup ni tadi.

Bahan-bahan (Sambal)
Cili besar
Cili padi sikit kalau nak extra pedas
Bawang putih
Garam
Gula
Sos cili

Tumbuk semua sekali sampai lumat. Bila dah siap, baru tambah sos cili. Simple

Bahan-bahan (Ayam goreng)
Ayam yang dah direbus buat sup tadi
Sos tiram
Kicap manis
Garam 

Perap semua pastu goreng jer.

Bahan-bahan (Kicap)
Lebihan sos perapan ayam tadi
Tambah sikit sup
Tambah sikit kicap

Ulaman : Salad and tomato


Disebabkan nak buat tu berkait antara satu sama lain, so aku suggest korang kena be careful. Hahahah bukan apa, kalau silap dari awal memang spoil sampai ke hujung. Aku dah kena dah. Hahahaha. So aku nak korang take note, i learned from my mistakes.

1. Bila aku tumis bawang (buat sup) tu over kuning, hampir kehitaman so kuah sup jadi warna coklat sikit. A bit turn off for me. Nasi ko nanti pun tak berapa putih. A bit brownish..tapi rasa tak efek la. Sedap jer. 
2. Aku potong ayam besar, so dah rebus dah goreng pun kat belah dalam dia kemerahan ada darah sikit lagi. Adehhh fail. So aku suggest ayam belah kecik, kalau nak besar rebus lama sikit.
3. Kalau ikut kaksu, dia masak nasi tambah garam. Aku lupa, tapi takpe. Ok jer rasa dia sebab dah digabung dengan sup and sambal power.
4. Kalau ikut Kaksu lagi, goreng ayam paling last makan panas-panas sedap. Aku makan time sejuk, suap anak aku makan sekali. Sodap ajer. Hahaha 













14 March, 2016

#kitchenmelin - Resepi Sizzling Yee Mee

Baru jer buat tadi ni ha. Kena dengan tekak. Tu yang nak share.


Source : Google


Bahan-bahan (3 serving)
Bawang putih 6,7 ulas. Ketuk or hiris nipis. Ikut suka.
Halia 2 inci
1 ketul kiub pati ayam
3 sudu kicap cair/manis
4 sudu sos tiram
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu minyak bijan
3 biji lada kering. Rendam dulu sampai kembang.
2 sudu tepung jagung. Bancuh dengan air.
Segenggam cendawan shitake kering. Sama jugak, rendam dulu.
Sayur sebagai perencah. Ikut suka nak guna apa. Sawi boleh, kubis ker, bayam ke. 
1 peket yee mee. Ada dalam 3 sanggul. Cukup.
2 ketul ayam. Aku belah kecik, dapat dalam 12 bite-size.

Optional : 3 biji cili padi. Buat cili potong. Nyumm



Cara-cara
1. Tumis garlic tadi dengan halia and lada kering sampai naik bau.
2. Masukkan ayam, cendawan bersama 2 cawan air. Ikutlah nak lebih kuah ke apa.
3. Dah boleh masukkan segala kicap, sos, garam sikit, minyak bijan and kiub pati ayam. Biar kejap sampai mendidih.
4. Agak-agak dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung tadi and sayur korang. Takyah lama.
5. Optional, kalau nak tambah telur, boleh masukkan sebelum tutup api. Kalau tanak campur, buat macam aku. Amek sikit kuah dia buh dalam kuali, masak asing telur tadi tu. Faham tak?
6. Curah kuah atas mee yang dah dicelur. Tanak celur pun takpe kot sebab yee mee ni jenis mudah kembang. Pada yang minat mee rangup, korang takyah celur.

Siap sedia untuk di makan! kacang kan? baru ku tahu. Selama ni dok makan kat food court, kemain menggila. Rupanya buat sendiri jer. Rasa pun terangkat beb.














 

m e l i n n n © C O P Y R I G H T