source : Google
Bila ada kat rumah, teragak nak makan pape, terus gi pasar, Giant or Tesco yang paling dekat, beli barang untuk masak pastu simpan buat stok seminggu.
So, hari ni rajin sikit nak share, if korang google pun boleh, yang aku buat tadi ni tak banyak beza pun dengan kat internet punya, cuma this is my version.
Gigih gak ar tadi aku menyiang siput tersebut, dah la kotor berlumpur, kalau ikutkan hati tadi memang nak termuntah, tapi ku tahan.. teringin punya pasal. Nak tunggu balik Melaka mak buatkan, entah bila masa nak balik.. so sendiri buat jelah.. First time try ni!
Bahan-bahan
1 plastik siput sedut. (beli kat pasar, RM6)
*2 ulas bawang besar.
*2 ulas bawang putih.
*15 biji cili api. (aku prefer pedas, kalau tak pedas aku cepat loya)
*sedikit halia
*sedikit kunyit.
sedikit serbuk kunyit. (aku tambah bagi colour dia kuning sikit)
1 cawan santan.
2 asam keping
1 helai daun kunyit (koyakkan)
2 biji lada merah (aku potong tengah, buat hiasan jer)
1 batang serai (dititik)
garam secukup rasa
sedikit gula
*sila blend bersama yer
Cara-cara
1. Letak air hingga setengah periuk dan masukkan bahan bertanda *.
2. Masukkan santan, lada, asam keping dan serbuk kunyit. Masak dengan api sederhana supaya tidak pecah minyak.
3. Masukkan garam dan gula, kacau sampai mendidih.
4. Masukkan siput, daun kunyit dan kacau lagi 2-3 minit. Then, siap.. Senang gila kan???
Tambahan:
Aku tumis tanpa minyak, so tak rasa oily sangat.