14 March, 2016

#kitchenmelin - Resepi Sizzling Yee Mee

Baru jer buat tadi ni ha. Kena dengan tekak. Tu yang nak share.


Source : Google


Bahan-bahan (3 serving)
Bawang putih 6,7 ulas. Ketuk or hiris nipis. Ikut suka.
Halia 2 inci
1 ketul kiub pati ayam
3 sudu kicap cair/manis
4 sudu sos tiram
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu minyak bijan
3 biji lada kering. Rendam dulu sampai kembang.
2 sudu tepung jagung. Bancuh dengan air.
Segenggam cendawan shitake kering. Sama jugak, rendam dulu.
Sayur sebagai perencah. Ikut suka nak guna apa. Sawi boleh, kubis ker, bayam ke. 
1 peket yee mee. Ada dalam 3 sanggul. Cukup.
2 ketul ayam. Aku belah kecik, dapat dalam 12 bite-size.

Optional : 3 biji cili padi. Buat cili potong. Nyumm



Cara-cara
1. Tumis garlic tadi dengan halia and lada kering sampai naik bau.
2. Masukkan ayam, cendawan bersama 2 cawan air. Ikutlah nak lebih kuah ke apa.
3. Dah boleh masukkan segala kicap, sos, garam sikit, minyak bijan and kiub pati ayam. Biar kejap sampai mendidih.
4. Agak-agak dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung tadi and sayur korang. Takyah lama.
5. Optional, kalau nak tambah telur, boleh masukkan sebelum tutup api. Kalau tanak campur, buat macam aku. Amek sikit kuah dia buh dalam kuali, masak asing telur tadi tu. Faham tak?
6. Curah kuah atas mee yang dah dicelur. Tanak celur pun takpe kot sebab yee mee ni jenis mudah kembang. Pada yang minat mee rangup, korang takyah celur.

Siap sedia untuk di makan! kacang kan? baru ku tahu. Selama ni dok makan kat food court, kemain menggila. Rupanya buat sendiri jer. Rasa pun terangkat beb.














2 comments:

Nisa' said...

Sizzling, one of my favourite food to order bila tibanya di medan selera! Never disappointed with the taste and the ingredients they use. Might try it whenever free then! Thank you for sharing the recipe :3

amElyn said...

Nisa
same here!! simple ingredients but never fails you. hihi my pleasure dear, u should try xx

 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T