19 October, 2012

Mulai sekarang, saya adalah Melin Fork. Awak Mr. Spoonder saya.


A fork and a spoon, always end up on the same plate, yet they always try to find the perfect partner, the better one, silver one, but at the end of the day they always perfect for each other doesn't matter the spoon is not shining or the fork is a bit shorter.
People always find it perfectly on their hands, I hope I would be your spoon for the rest of my life, to perfect us, happy 2nd year anniversary sayang. I love you!



Short, simple and nice. 
Husband gave this, on my Facebook wall post. Romentik ler sangatttttt kan?
Last year nak celebrate tapi dalam pantang bersalin. This time plak tak rasa nak mintak apa-apa. 
(Bajet husband kasi surprise tapi bermohon lah dia sangatttt romentik untuk berbuat sedemikian). Haha.

Takpe.
Rasanya lebih bahagia bila dapat pegi playground and bawak Adri ke Aquaria. Tu pun dah cukup bahagia dah. Gi Aquaria jer. Tengok fish. Kan Adri kan??


Love you too fat spoon!!!


P/S : I thought he copy-pasted from somewhere then gave it to me. U know lah him macam mana kan? but it's totally wrong. He told me yesterday that he got the idea masa tengah basuh pinggan, during our dinner time and I'm like whattt? It's really from you?

Haha. Ok that's romantic to me now!



 

08 June, 2012

Perihal Anak.

Tak payah lah kau nak dengki anak aku still a fully breastfeed baby. Tu rezeki dia, biarlah. Kalau lepas ni dia kecut pun, yang kau nak sebok sangat kenapa? 

Tak payah lah kau nak larang aku bagi anak aku makan ayam. Takut obesiti katanya. Eh kau penah tahu tak, aku dulu masa kecik, memang bulat badan semangat tapi bila dah besar sikit baru badan hot slim shady (gittew)? penah tahu? tak kan? Kau dah tengok daddy dia besar mana? 

So, senang cakap, anak ni, perkembangan fizikal dan mental dia lain-lain. Faktor jantina, usia, peer, surrounding, baka semua kena amek kira. Kau tak boleh nak samakan anak kau dengan anak aku. 
Anak kau, anak kau. Anak aku, anak aku.
Cuma kau kena tahu, setiap anak tu ada kelebihan dia tersendiri. Bersyukurlah dengan nikmat yang Tuhan dah bagi tu, jaga amanah Allah tu dengan baik. Tak payah lah kau nak dengki dengan aku sangat sebab aku pun

tak penah kesah anak kau tak pandai crawl.
tak penah kesah anak kau halus.
tak penah kesah anak kau .... eh kau takde anak lagi.

Walaupun pumpkin omey aku ni baru 8 bulan, slightly bigger than others (or some older ones) he is a brainy little baby. Mungkin lebih bijak and tak pemalas macam anak kau. Okbai





16 May, 2012

SHORT TRIP : Kuching, Sarawak

It was a 5-day nice getaway for us, and our first time to be there! Munchkin je dah penah pegi tapi when he was in Standard 4 macam tu. Actually, dia ada job photography kat sana. So mommy and baby apa lagi? Jalan makan angin lah. 

Yang best-nya
1. Cheap yummy seafoods.
Dah nama dekat dengan laut, so kena lah layan seafood yang memang murah. Udang sotong ikan ketam, tu semua dah common kan? Kat sini, please try sayur Midin, Siput Buluh and Umai. Humakhaiiii, sedap gila, terliur dah ni. Rasa nak makan lagi. Cano?
Umai, the nyum nyum jellyfish!
RM 10/plate

My recommendation is Topspot. Other than that, boleh try dinner kat Barok, naik perahu (bayar RM1 pegi balik) ke seberang. Masa tu kitaorang takde rezeki, stok banyak habis so pegi Topspot 2 kali. Kat Barok tu, boleh lah borong kek lapis sekali. Heaven, poning nak pilih. Macam-macam flavor and colour yang ada, tapi tekak aku rasa sama jer semua tu. HAHA

Kalau masih nak carik selera Semenanjung, boleh try RJ Ayam Bakar. Ayam penyet dia terangkat habesss! Ada 2 choices, nak ayam bakar or ayam penyet (goreng).


For lunch, aku recommend Greenhouse Cafe. Menu dia yang famous is Nasi Ayam penyet and Nasi Ulam but I prefer the Ayam Penyet.  Yummy!

orang Sarawak memang suka minum air campur-campur eh? This time aku order Blackcurrant Sprite. Kat Topspot, ada air Tebu Lemon. Sedap gak, try lah!

For breakfast plak, korang kena singgah Pak Amit Cafe. Dia punya Mee Kolok dengan Laksa Sarawak terbayekk. This is my first time experience. Memang sedap. Kedai ni pun famous, penah masuk JJCM, ramai orang tapi good service. Dont worry. Heh.
Mee kolok yang sedap, rasa macam megi tapi lagi sedap!

2. Many must-go interesting places.
Ada Kampung Budaya (tak sempat pegi, sobs), India Street (tempat shopping barang murah), Jalan Gambir tempat shopping souvenirs, museums, Semenggoh Wildlife Centre (tengok semi-wild Orangutan, best!!!), Pasar Satok (macam downtown uptown jer aku rasa, jual telekung baju and hasil kraftangan yang memang murah, tapi kena pandai pilih kedai and bargain.)



Must-have photo

3. In the middle of town.
Senang kalau nak carik barang or beli apa-apa. 7-11, shopping malls, fast food restaurants semua dekat, senang nak carik. Hotel, taxi pun senang. No problem. 

4. Nice people, bad drivers.
My experience, masa kat toilet Boulevard Shopping Mall, si Adri poo poo. Pastu boleh tertinggal towel and tissue lah plak kan. Ingatkan dah ada. Hmm, so dengan terkial-kial aku cuci dia kat sink, ada auntie sorang ni dok tadah and curahkan air (pakai tangan) sambil aku gosok montot dia. Ouh senangnya keje! hehe, pastu dia hulur satu paket tisu untuk lap-lap. Baiknya hati dia, suka tau! Tapi bab-bab bawak kete, Sarawakians memang failed! Tu apa yang kawan aku selalu complain laa.. Heh

5. Such a nice place to sight see.
Memang tak rugi kalau datang sini. Nak bandar, ada. Nak mandi laut, ada. Nak masuk hutan? pun ada. Macam macam ada. Next year? Kita pegi KK plak. Tiket dah beli. Yeeeha!

Yang tak best-nya
1. Toilet takdak air!!!!!
Paling aku benci bila toilet takde pili, paip, getah, air pancut segala. Tak suka tau pakai tisu-tisu ni!!!! Most of the shopping malls memang cenggitu. Geram jer. Tu yang aku terkial-kial cuci montot Adri!!! Unless kalau gi toilet kat petrol pump, then okay. haha aku rasa lah sebab aku tak pegi pun. Balik hotel baru aku kencing berak.

2. Show me the money!
Sedia maklum, barang kat sana memang a bit expensive. For example, aku beli magazine kat sana RM13.50 (kalau kat Semenanjung, RM10 je) Makanya, sediakanlah duit manyak-manyak untuk anda bershopping.

3. Safety and security.
Bahaya kalau jalan sensorang. Ada tempat-tempat 'gelap'. Orang asing orang Iban Melanau bagai pun banyak, non-muslim muka ganas-ganas pun ramai. Aku ni penakut sikit, nak pandang sebarang pun risau. Takut kena pukau. My friend penah kena. Jalan sorang (siang), ada orang tepuk bahu dia. Dia terus jadi macam orang bodoh, gi ATM and cucuk keluarkan semua duit. Nasib baik dia dah keluarkan duit pagi tu, so rugi almost RM1000. Lepas tu, baru dia macam tersedar. 

4. Lupa bawak Moby wrap.
Paling disaster. Atas kecuaian diri sendiri, aku (and Munchkin) terpaksa dukung anak sepanjang kitaorang berjalan, shopping and backpack. Sakit badan pinggang semua. Nak bawak stroller? memang tak lah kan! Kau hengat nak jalan dedekat, nak angkut segala benda naik belon?


Penat backpack. Sangatt

5. Be careful in search of halal foods.
Kat sana, Malays adalah kaum minority. Lagi-lagi orang Semenanjung, derang anti sikit. So kadang, kau akan jumpa daging babs jual gantung-gantung jer kat tepi jalan. Kedai cina memang banyak, nak carik kedai melayu (and sedap) susah sikit. Kalau nak senang, gi makan fast foods jer, takpun masak sendiri. Heh

P/S : actually banyaaaaaak sangat gambar, tapi tak mampu nak upload semua. haha

Satu Hari di Klinik Kesihatan. Part #2

Kalau nak baca Part #1, kat sini.

Tengahari tadi gi monthly checkup si Adri kat KK Bandar Putra. Best sebab tak ramai orang. Bulan ni takde cucuk, tapi saje nak dapatkan second opinion or suggestion dari doc/nurse tentang milk booster. Gittew. My milk production takde masalah, alhamdulillah. Cukup segala, cuma risau bila dia hanya bergantung pada susu badan, so bila ada obat nanti, susu melimpah ruah macam time dalam pantang dulu, senanglah hati aku. Dia dah lah makin ligat, makin lasak. Patut dah nak makan, ni tak.

At 7 months, he weights 9.3 kg. Aku ingat bila dia tak makan, kuat main, berat tak naik. Semua kata dia dah ringan, dah kurus, dah susut, dah kurus.. semua lah. Risau jugak ni tapi alhamdulillah, maintain pejal dan handsome. Bravo sayang! Janji awak sihat dan bijak, tu yang ibu nak! Heh.

Ok, that's another story. So aku pun tanya lah pasal milk booster. Konon kalau dapat membantu.
Dia gelakkan aku sebab katanya, susu ibu ni bergantung pada pemakanan ibu. Kena makan nasi, minum banyak air. 
Tu aku pun tau, aku dah gali dah. Sekarang ni, aku nak tau pasal pil yang boleh buat tambah (lagi) susu sebab aku ada baca tentang kewujudan pil tu. Belum berani nak mandai try, kang tak memasal susu langsung tak keluar.
KK kan support bf, so aku tanya derang lah. Mesti lah tau pasal milk booster or anything related to bf tapi nan ado.

Pastu ada nurse lagi sorang, dia tengok aku atas bawah. 
Awak ni diet ni, jaga badan. Kena banyak makan nasi.
I'm like, wadefak? Aku makan nasik 2 kali kot sehari, roti, biskut, gedebuk gedebak.. Semua demi susu and yes, susu memang maintain. tapi tu lah. Aku yang overcautious kot. Tamak (tak jugak), (yang sebenarnya) takut anak tak cukup khasiat, padahal kalau nak diikutkan, kuantiti susu ibu memang cukup bila anak selalu stimulate. Tuhan dah bagi semua cantik dah tu. Tinggal lagi berkualiti atau tak, jaga makan atau tak, penuh zat lemak berkrim atau tak. eh. Drama punya mommy!

Haihhh, asal balik dari KK mesti saaaakit hati. puii



12 April, 2012

Talking about Breastfeeding Part #1

Ingat lagi budak ni?

Fina dah 5 tahun but still breastfeeding. Ngada tak? Susu mak dia bukan banyak mana dah pun. Dia kurang makan, susu formula memang tak penah minum. Macam-macam mak dia try, tapi semua tak sesuai. So tu yang banyak bergantung harap pada susu badan (sahaja).

Last weekend masa aku balik Melaka, kebetulan dia dengan mama dia pun ada balik Melaka. Datang visit atuk, sebab atuk kan tinggal dengan parents aku.
So aku saje tanya dia, hisap tetek lagi tak? Dia cakap kita dah besar, kita dah tak hisap dah.
Aku pun haa baguslah. Malu tau dah besar hisap nenen lagi. Dia gelak jer.
Sepanjang 2 3 hari tu, aku memang langsung takde nampak dia hisap nenen.
So aku pun tanya mak dia, macam mana Fina tiba-tiba stop nenen? Boleh plak?
Mak dia cakap, bila masa dia benti?? Hisap lagi!! 
and I'm like, hahaha yeke? dia cakap dah tak hisap.
Dia malu dengan hang la tu. Hang kan selalu sakat dia. Kau tau apa dia cakap dekat acik hari tu?
Tite tungguuuuu jer takyong balik tey-ell. Dah lama ni tite tak gentel.

HAHAHA. Bertuah punya budak!


07 April, 2012

Suami, mak dan anak saya yang comel

Munchkin busy join wedding expo kat PWTC start Jumaat sampai Ahad (b2b gi lah terjah!), so dengan menghantar anak bini dia ke Melaka adalah satu tindakan yang sangat brilliant! Memang itu yang di nantikan oleh bininya. Dapat bermanja dengan mak pak dia. Heh

Tadi baby Adri bangun nak susu. Biasalah, nangis manja gitu tapi suara kuat so satu rumah boleh dengar. Maknya belum sempat nak netekkan, dok selak baju, nenek dia yang tengah tidur kat bilik, dengar jer laju laju masuk bilik sebelah tengok si cucu. Konon nak dukung, nak pujuk. Maknya cakap, eh takpe. Dia nak susu jer pun. Bila dah dapat susu, senyaplah dia. maka tak sempatlah nenek nak kelek walaupun tangan nenek dah dok hulur hulur nak angkat. Hihi comel tau mak ni pagi pagi buta cenggini. Rindu sangat lah tu.

Sekarang aku tengah batuk teruk, so asal aku batuk jer mesti si Adri ni akan datang and kiss pipi muka aku semua. Kalau time tengah tidur, dia akan tersedar and datang landing kepala kat tangan or peha aku or mana mana body part aku yang asal boleh dia nak mengimpit. Pandai tau, dia tahu aku demam and dapat batuk dari dia. *terharu*


05 April, 2012

Amalan ketika anak sedang tidur

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

  • Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif  100x ke ubun-ubun kepalanya atau sebanyak yang mungkin.
  • Membaca surah al fatihah 1x, alam nasyrah 1x. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. 
  • Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. 
  • Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. 


Source : Here.


Info baru, lepas ni boleh practice.




04 April, 2012

Wordless Wednesday - Sunday morning with Dr. Nadir Khan

Klinik Wangsa, Wangsa Maju
Very recommended. Such a nice friendly person. And funny too.


31 March, 2012

Nikmat Seorang Ibu Sepenuh Masa

Hari ni baby Adri betul-betul genap 6 bulan. Waduh waduhhhh, how time flies really fast eh? Rasa macam baru jer lepas beranak, baru jer lepas shopping baju baby. jer... hewhewhew

Makin besar ni, makin panjang akal dia.
Mulut? makin becok. Pandai jer ajak orang berborak. Orang tua bercakap, sebok nyampuk. Boleh pause lah time nyusu, dengar kita borak. Punya dasat.
Tangan? Ehhh cepat kita, cepat lagi dia capai itu ini. Sabar jelah. Nasib baik belum pecah pinggan tumpah air bagai.
Kaki? Dari umur 4 bulan dah ligat melonjak. Orang kata, timang. Entah. Just imagine, lenguh tak lenguh lah tangan. Berketak dah ni, tumbuh dua bijik muscle. Ok tipu je. Makin gemuk ada lah.
Lasak? ya rabbi, pasni nak baby girl pulak lah. Kurus aku layan hyper dia (kurus ke?). Kawan-kawan pegang maximum setengah jam jer, pastu dok wondering macam mana aku jaga dia. Haaa, wondering lah kau sampai pagi. Haha

Lately I'm facing a gangguan emosi. Super unstable. Mana tak? Dengan segala penat lelah, tekanan bertimpa-timpa buat aku moody all day long. Nak menempuh bulan ke-enam ni, tiba-tiba milk production macam decreasing. Sangat panik, dah lah anak aku ni makin kuat minum, and alhamdulillah masih berkesempatan untuk fully breastfeed. Aku lak jenis dah tak buat stock sebab dia dah refuse botol. Boleh? tapi ok lah sebab aku pun memang ada kat rumah. Asal dia haus jer, aku selak. Asal dia haus jer, dia selak. Pandai.

Pastu lak sejak berjangkit selesema hari tu, dia kena demam batuk. Pakej! Terbaru, sakit mata! Like banglong Aacim. Heh. Tak tido malam aku oi jaga anak, monitor temp dia. Dia lak nak tido berdukung, jenuh jugak pegang sampai ke pagi. Tu pun take turn dengan Munchkin. Sedih nengok dia nafas ikut mulut. Hidung tersumbat, tekak berkahak so bila batuk memang sampai termuntah banjir tilam. Pagi buta aku dah kena mandi sebab satu badan kena muntah dia. Alahai, sedih sangat, sampai menitik air mata.

Lama sangat tak balik Melaka pun ye. Jiwa kacau.
Hilang kejap tempat mengadu.
Hilang kejap tempat nak borak panjang sambil minum petang makan goreng pisang
Hilang kejap tempat gelak sakan membahan keji mengkeji adik behadik

Nangis jurai-jurai.

Bila dah lama sangat kat rumah mertua, gini lah jadinya.
Cabaran and dugaan dia kuat sangat bila sebumbung dengan family, tak kira lah keluarga sendiri or mertua. Ada baik buruknya tapi kalau boleh elakkan lah (bagi aku). Bukan apa, susah (bagi aku) nak jaga emosi, hati, perasaan or whatever sensitive issues yang related pada orang yang kita baru kenal. How far they can go? Ada terasa kah? Ada tersalah cakap kah? kena senantiasa topup sabar.

Sebaik mana pun mertua, takkan pernah sama dengan mak sendiri.
Seburuk mana pun mertua, takkan pernah sama dengan mak sendiri yang mungkin dua tiga kali buruknya.

Rindu famili oi.

OK OK Okayyyyyy. Apa kau merepek ni????? Lari jauh dah ni. Jauh sangat dah ni... =)

Sometimes, bila dok termenung sorang tengok anak tido, rasa bersyukur jadi mommy yang sentiasa ada depan mata anak. Membesar depan mata, each and every second depan mata but still rasa macam tak cukup. Rasa macam ngalit jer, alih alih tengok dia dah besar. Kadang tu nak masak kat dapur ke, sidai baju kat belakang kenalah tinggalkan dia dengan daddy. Takpun masuk dalam walker bagi dia tengok cartoon, mesti nak abeskan keje cepat-cepat. Rindu, takleh tinggal more than 10 minutes. Max. Bila dia tido lama sangat or lambat bangun pagi, pun gitu. Rasa nak kejut jer dia. Nak main peluk peluk cium cium. Rindu okay, rindu!

Hmm, macam mana lah agaknya mommy yang bekerja tu? Kadang terpikir gak.
Macam mana everyday they dok hantar anak gi nursery, school or rumah parents? Semangat gila kentang weh.
Anak mungkin excited nak bersosial. Aku? Mau menangis dalam car tiap pagi sebelum sampai opis. Sayang nak tinggalkan.
(Mana tak anak tu manja?? OK fine.)


Anak ibu,
Eventhough mommy tak bekerja takde duit lebih nak belikan awak books and toys, I just wish you would be much happier when I'm always there for you, be with you.
Pssst, dah besar nanti pandai-pandai lah mintak kat papa. Sekarang ni boleh la mommy tolong, jadi tukang ketuk. Heh.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang jelek."




29 February, 2012

Wahai anakku,


1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malam.. mengantuk.. etc… That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang… That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kepada anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang… That might be the last food that he/she eats.


Ouh, sayunya hati bila baca benda alah ni. Anakku Adri Ezzul Haq, mommy loves you! xx

Mode : Nangis dalam hati (lagi).



14 February, 2012

Mommy? Daddy? Mommy? Daddy??

Mommy Adri at 3 months old

Daddy cool!

So now is the latest pictures of baby Adri.



You be the judge!

23 January, 2012

The miracle of Air Zam Zam.

Last week, me and baby Adri ikut Munchkin gi buat job kat area Bahau. Gerak Jumaat, we stayed in hotel murah apekejadah entah nama dia, which is atas Pizza Hut and KFC (konon senang aku nak gi tapau bila Munchkin gi shoot, sebab aku malas ikut takut baby meragam panas tak selesa nak tido bagai so better aku lepak kat hotel ada air cond tapi mendapat.. whole day aku terperuk kat bilik melayan baby yang nangis tak benti sampai aku panik.)

Ok, sambung balik.
Cut in short, dari Sabtu petang sampai nak gerak balik KL (Ahad) pastu balik Melaka (Isnin), dia kalau nangis, menjerit macam kena cubit kena pukul. Non stop! Susah betul nak pujuk sampai kadang kadang mommy naik give up pastu leleh air mata. Sobs.
Kesian tahu tak? Bila dia terlelap penat, lega sikit. Dapat lah mommy and daddy rehat tapi kejap jer. Lepas 5 minit, terperanjat celik mata jerit sekuat hati.
Nak gi mandi, takleh.
Bunyi berdetik sikit, takleh.
Yang pasti, memang takleh tinggal dia sorang sorang. Nak bagi dia tido lama, kena pangku atas riba. Tu pun kalau kau tahan kejang sampai naik sarang semut semut kaki.

Takleh jadik.
Masa kat Melaka, aku ngadu kat mak. Story pasal perangai dia sejak dua menjak ni. Mak pun perasan anak aku asek nangis jer. Pagi petang siang malam. Mata sampai bengkak kuyu sebab tak cukup tido. Suara?? takyah cakap lah. Serak macam rockstar. Hilang suara dia. Kau bayang lah, nangis nak dekat seminggu. Sobs lagi..

Lagi satu perangai. A few times jugak, dia LANGSUNG tanak breastfed. Tengah malam mamai pun, dia tahu itu tetep so dia akan mengamuk and aku terpaksa pump dan dan tu jugak (sebab malas nak gi panaskan EBM) untuk kasi dia minum. Sedih gila nak mati bila anak sendiri tolak tetep mak dia. Sobs sobs lagi.

Sekali mak aku bunyi,
Dia ni kena 'kacau' agaknya.
Eh mak ni, boleh ke gitu?
Apa tak nya?? Budak budak macam ni lah dia suka! Kau gi kawasan kampung, tempat ceruk hari tu.
Abes tu cane ni? Nak buat apa?
Cuba try berubat.
Ishh, tanak lah. Ingat daddy dia suka menda menda gitu? Ngarut katanya.
(tapi dalam hati aku, nak gak usaha mana tau boleh baik)
Dah tu??
....

Adoi, apa nak buat ni?
Tetiba Munchkin teringat ada balance air Zam Zam aku, guna masa nak bersalin dulu. Dia suruh campur sikit buat syarat buh dalam EBM sambil selawat and baca ayat Kursi. I was like,
Ishhhh... boleh ke baby campur minum air selain susu ibu???
Alaa, sikit jer. Dalam 5 ml.
 
Aku tak berani nak buat. Aku prefer daddy dia yang buat. Aku redha and tawakal.
Lepas minum sebotol, dia senyap terus tido. Soundly.
Subhanallah, it works like magic! Kalau tahu gini, lama dah buat.

Tapi memang betul, until now dia takde lagi nangis macam hari tu. Alhamdulillah. Dengan izin-Nya. (atau mungkin kebetulan) Kalau nangis pun, mild jer. Behaving just like normal baby. Aku letak dalam 4 5 botol jer, so beberapa hari tu, total dia minum air Zam Zam dalam 20 ml. Now dah tak bagi dah.

To mommies, kalau rasa anak macam cranky jer, try lah bagi anak air Zam Zam sikit. (eh eh mengajar plak!)
tak salah cuba kan?



Quick updates of my little Pumpkin
Next week dah nak masuk 4 bulan. Kejap jer rasa!!
Kalau sayang cepat besar, nanti mommy kena shopping baju lagi (eh) nanti mommy kena tambah baby lagi. (eh eh)

Baru mengiring secara comel-comelan.

Makin kuat menyusu. Sekali minum maximum 5 ml tu sayo sayo jer, tutup sebelah mata. Kadang tu nak tambah lagi, tapi mommy dia catu. Ewahhh


09 January, 2012

More Reasons To Get Pregnant

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Source : Here

*Rindu nak pregnant lagi. (ya Allah, dengar baby Adri ni mau dia merajuk!)

 

m e l i n n n © C O P Y R I G H T