31 December, 2013

Current obsession

Dari kecik sebenarnya, aku tak suka menjahit.
Rasa macam tak cool langsung pegang jarum benang bagai ni.
Kalau kat sekolah dulu kan ada projek mata pelajaran Kemahiran Hidup, ERT semua tu kena jahit buat sarung kotak muzik lah.. Baju kurung kedah la.. Kan?
Mana penah aku usik? Semua mak yang settlekan. Yang aku tau aku dapat A. Hewhewhew

Tapi..tapi..
Since dah kawen ni.. Since dok umah lama sangat ni... Specifically, since now aku stay umah mertua ni...
Aku macam geram je nengok mesin jahit dia tu. Tangan macam gatal je nak buat itu ini.
Alter baju kecik jadik besar.
Alter baju besar jadik kecik.

So as starter, last July aku nekad nak try jahit baju raya sendiri. Haha tinggi cita-cita!
Padahal pegang mesin pun tak penah ni!!!!
Carik kain kat Jakel, zass terus projek.
Dapat basic dari MIL sikit how to use the sewing machine, usya contoh design, study kat Youtube sikit.. Siap!!! Aku plak, ada satu pe'el yang bila tengok je, dah boleh buat/tiru.

Contoh,
Aku tak penah masak asam pedas.
Tapi bila dah rasa and tengok, aku jadik tau macam mana nak buat and apa ingredients dia.

Contoh,
Aku tengok gambo baju kurung, aku terus boleh agak cara nak buat dia macam mana.

Something like that la.

So bila dah siap depan mata, hmm takdelah susah mana pun. Huhu kerek gila bunyi. Tapi serious cakap, Sewing is fun! and addictive. Nyesal tak belajar dari dulu. Kalau tak, mesti now dah jadik fashion designer, sama macam Hatta Dolmat. Ekekeke

So nak dijadikan cerita, aku ada banyak sangat baju. Stended ar pompuan, kuat shopping. So bila dah bertahun beli beli dan beli, bilik jadik semak. Padat dengan baju, sampai takde tempat nak letak.
Bila baju dah banyak sangat, konfem-konfem ahh husband tak kasik shopping lagi. Lain lah korang yang punya wang sendiri, boleh beli sesuka hati, anytime anywhere. Hehe Aku lak jenis beli banyak pastu banyak tak pakai. Langsung.

Stended ar pompuan. Heh

So last year, aku bukak ati untuk letgo and jual most of them. Sayang sangat sebenarnya tapi kugagahi jua. Unexpected, more than 50 items terjual. Pakcik kayo lah sekejap. Huhu

Makanya, baju-baju yang paling sayang tanak jual and yang tak terjual tu.. Aku alter and refashion.

Itulah puncanya aku start menjahit. 
Baju aku yang dah ketat, kujadikan baju anak aku. Baju papa dia yang dah tak muat, kujadikan baju aku. Huahuahua

Ni bawal Aidijuma plain. Aku gatal tambah lace and handmade 3D fabric flowers.

Ni romper Adri yang plain stripes. Aku geram tambah kitten, made from kain felt.


Ni plak my old skinny jeans. Aku alter jadik size dia.

Tak ingat apa lagi yang aku dah buat. Lagipun malas nak take pictures.


Now my current project is, buat shirt for Adri from kemeja lama husband. Leceh sikit, part collar tu. Bagi aku lah. Tapi normally aku siapkan within 2 or 3 days je. Sebab tak sabar nak tunggu hasil, nak siapkan cepat-cepat. Hewhewhew

Okaylah, panjang dah celoteh. Nak selongkar baju dalam bilik, carik idea for next project. This time, for the new baby plak. Hehe. Daa



18 November, 2013

Nama anak.

Nama anak, Justin Haziq b. Aron Ajis
Nama mak dia Rokiyah bt. Selamat.

Nampak macam tak kena, tapi takpelah. Semua orang ada hati nak namakan anak canggih-canggih eventhough nama mak pak kampung abes. Baru rasa macam artis. Puiii. 
Sekarang ni, yang lebih penting nama tu membawa maksud yang baik. Bukan sekadar nak berlumba-lumba, tiru bagi nama anak sedap-sedap sampai tak membawa maksud apa-apa.

Ada jugak kononnya nama yang memang membawa makna yang baik tapi tak berapa elok untuk dibagi kepada anak, dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang. Sebabnya adalah jin suka dengan nama-nama tersebut. Wallahu alam.

Adri Ezzul Haq.

Nama tu dah lama kitaorang plan nak bagi. Since zaman bercintan kat U dulu. Haha gedik gila je bunyik, time bercintan dah fikir nama-nama anak. Takpe, orang kata think of the future. Hewhewhew  
Yang best tu, standby 3 nama boys and 3 nama girls. Yelah, masa tu plan nak 5 orang anak. Elok je bahagi laki pompuan. Kelas kau, besar selera. Bila dah kawen, takda maknanya. Nak 3 orang jer kot. Kalau dapat lebih, pun alhamdulillah. Hehe

Aku suka nama Adri tu. Plus, a bit gabungan from our names. Makna pun elok, so it's perfect for our babies. Pastu plak, nama tu agak rare. Laaaaagi aku suka. Sebab?? Aku benci tak suka nama anak aku sama or tersama dengan sesape yang aku kenal or penah dengar. Voley?

Ingat lagi masa tengah carik nama. Husband ada sebut few names.

Ali? Tanak, tu nama jiran lama.
Sherry? Tanak, tu nama kawan orang masa sekolah menengah.
Talib? Tanak lah, tu kan nama pakcik awak?
Senah? Ishh, tanak la. Tu nama anak Paklong.
Mamat? Tanak. Nama tu anak Cik Liza sebelah umah atok tu dah pakai.
Haikal? Tanak. Tu nama cikgu Aziqa (adik aku) masa kat Melaka dulu.
Ok, ni best. Kamalia? Hello? Lagi tanak, bukan tu nama ex awak ke??????????

Hahaha, lagi kau nak bagi nama-nama yang sensitip, memang tak ahhh kan?
Aku pun of course ada propose few names, nak make sure nama tu betul-betul rare, jarang orang pakai.

Awak ada kawan nama Izzat tak?? Ada, masa kat matrik dulu. 
Ok, cancel.
Syasya pernah dengar tak? Alah, bersepah masa kat sekolah orang dulu. 
Ok, cancel jugak.
Haaa, Khalis?? Hmm, ada. Nama anak kawan orang.
Adoi. Hmm. Alia? Bukan tu common ke?
Tapi best.

So, memang boleh buat gaduh masa nak pilih nama. Makan berbulan gak lah, pick A, later bila terjumpa nama baru, nak gabung dah tak sedap, amek B. Pastu esoknya, dengar nama C, B dah takleh pakai. Guna balik A. Cenggitu ler jadiknya.

Nama untuk anak kedua, dah tak serabut nak cari-cari lagi. Pakai and pilih mana yang dah ada dalam list. Cuma masa yang pertama dulu, ada perubahan sikit. Papa dia ngada nak tambah Haq tu sebab cerita Haq ke Hulk. Boleh?? So kena adjust balik.

Tapi rasanya kena tukar sikit-sikit kot, sebab nama yang kitaorang decide tu macam dah trending, dengar sana sini. Back 7, 8 years memang nama tu rare. Now dah tak exclusive. Saddd.

Makanya, drama pencarian nama baru mungkin akan berlaku. Kita tunggu.


P/S: Nama-nama kat atas tu aku main petik jer. Jangan ada yang terasa plak. 


 

01 October, 2013

Second time

............. being pregnant.

Alhamdulillah, di beri kesempatan, rezeki for having another baby in tummy. Yes, I'm with a child again!


Where should I start? Hmm, the good ones la better. Hehe
Talking about the moment
I'm now in week 12. Still early kan? In syaa Allah, semua baik-baik ajer. Dah buat buku merah, went to clinic for the scan and yada yada. Though this is my second time, the excitement is still like the first! Teruja habis. Dah berangan nak beli itu ini.

It all started masa Raya. Aku perasan perut agak buncit, baru lepas puasa kot. Takkan tak kurus? Period tak datang pulak bulan tu, so aku macam nak suspect aku pregnant tapi watlek je. Makan melantak bagai so maybe buat perut makin buncit. Hmmm makan banyak sangat ni. Oklah then.

Suddenly, last month, aku bangun pagi loya pening nak muntah. Husband dah gelakkan. Kwangja. Pastu sapu minyak angin, and sambung baring. Tak tahan lak rasanya badan ni. lembik semacam. Time tu lak kat rumah mertua, bau bawang ayam kat dapur dah mabuk. Confirm, dulu pun masa pregnant Adri pun takleh bau bawang! 
Tapi buat diam je. Malas nak kecoh-kecoh dulu. Balik rumah sendiri, husband dah belikan pregnancy test kit. Ok, Subuh kang kita project.
Dia tak tido sebab nak tunggu result. Haha menggelabah betul laki aku ni. So that's it. POSITIVE.


Talking about the nausea and tastebuds
This time, mabuk macam over sikit. Maybe kurang rest sebab ada anak bujang yang langsung tak bagi chance mommy dia lelap//rest.
Last time, I eat like nobody's business, everything everywhere at any time. Benda yang tak pernah makan pun aku berselera nak try and takda masalah langsung. Tak rasa macam pregnant! Gila punya best.
Now?? Kurang sangat selera makan. Bau pun takleh. When it triggers me, melepek jela aku loya nak muntah. Seksa jugak. Lose some weight masa checkup hari tu. Good huh? Yeah, at least for me. Wiwiwi
I can't tolerate any kind of foods with chicken, beef or lamb. I CAN'T eat meat at all except fish and prawns. Sedih gila bila husband kata kali ni aku mengada sangat. Bukan aku sengaja mengada. Dia gak yang buat aku cenggini. Hmmmmmmpppphhhhhhh.

So what I eat? Nasi putih with telur goreng cair sikit sebijik, cili potong buh dalam kicap. Settle 2 pinggan. Takpun jemput kosong cicah sambal tumis cili api ikan bilis. Buat lunch.
Aku perasan kali ni aku hantu pedas, nak bagi hilang rasa loya. Pastu tak suka makan benda manis. Dengar je kek, muffin ke cookies ke terus rasa nak muntah. Air manis-manis pun tak suka. Selalu kena bebel dengan husband sebab buatkan dia air tawar kurang gula. Haha, selfish sangat kan? Buat air husband ikut tekak sendiri. 

Is it hints for the gender?

I secretly hope for another boy. HAHAHAHAHAHAHAHAHA
Yeah, I know all the cute gowns, nice leggings and the headbands!! Entahlah, I never get myself tempted eventhough I force to. Used to buy baby girl's clothes for my friends yang baru dapat newborn, usya-usya..so it's more than enough kot. Hehe

Sad story.
Last time my pre-pregnancy weight is 40+ kg. Been 2 years non-stop eating for the sake of breastfeed, I unconsciously gain 10 kgs. *tikam diri sendiri*

Tapi..tapi.. semua orang (kecuali husband!!!) kata aku kurus. Ehh nak jugak bagitau tu. Ngahhhhh Bersyukur jelah kan?










 

28 August, 2013

Rough days 2.0

Anak demam time raya, tapi nasib lah dah nak abes. Hehe 

Sabtu - 18 Aug 2013 
Ada tiga open house kena pegi tapi pegi dua je. Last rumah, lepak paling lama sebab ada gathering kawan sekolah. Anak-anak dah bosan, so main lari-lari depan rumah. Tepi jalan, panas-panas petang. 
Balik tu, ada perasan badan si Adri macam nak mula panas. Aku suspect aktif sangat main panas, pastu minum air sejuk time panas-panas. Contact ramai orang. Masuk air cond, panas balik. So cenggitulah. Sampai malam, badan dia macam panas. Still lagi aktif. Thermometer tak bawak pulak, tinggal kat rumah, cause now kami di rumah mertua. Hmm

Ahad
Pagi tu rasa badan dia panas gila. Aiseh, dah agak dah. My instict kata, dia nak demam tapi takpe. Rilek je. Merengek sikit-sikit, tapi main tetap main. Handal.

Isnin
Badan still lagi panas gila, sampai dia menggigil. I'm start worrying about it sebab this is our first time experience. Basahkan towel and kepala dia every 2 hours. Kemain susah, dia tak suka. Masa ni dah kurang main, lembik je badan. 

This time takde muntah..takde batuk..takde cirit..takde flu. Senang keje kan? Monitor suhu je. Hehehehehe

Selasa
Still the same. Makan, susu semua tak selera. Asal masuk mulut je, dia keluarkan balik. Bukan muntah, tapi dia luahkan, tak telan. Sakit tekak agaknya. Takleh jadi, mengalah jugak bagi makan syrup 2 ml.

Rabu
Alhamdulillah, panas dah kebah. Masa nak mandi, aku perasan badan dia naik rashes. Sikit je kat bahagian atas belakang, tepi telinga. Last time demam misteri HFMD pun cenggini gak pattern dia, CUMA rashes dia je yang lain. Last time, macam berair and bulat-bulat berkuping. Now, macam kena gigit ulat bulu. Biji takde air. Then aku rilek lagi. Ngadu kat sister in-law (doctor), dia kata maybe demam campak. Then I said okay. Kalau macam makin teruk, aku ajak husband gi KK Bandar Putra sini. 5 minit je sampai. Nak amek ubat free. Hewhewhew


See?? See??

Khamis
Rashes makin penuh satu badan. Depan, belakang, kepala and kawasan diaper. Aku bajet ruam biasa sebab panas dalam keluar tapi macam risau. Alang-alang dekat, gi jelah KK. So, pagi tu angkut Adri gi jumpa doctor. Dengan tak mandinya dia. Haha belasah. 

Doctor tengok rashes, macam demam campak. So kena check darah. Adehh, budak tu dah lah penakut, macam mak dia. Aku dah panik, kena buat jugak ke? Procedure demam campak katanya. Oklah oklah.

So, ameklah darah. Banyak pulak tu. Aku pun tak pernah buat seumur hidup, dia dah merasa. Kesian sangat. Lima minit gak lah bertarung, bersilat bagai. Then, tunggu kejap for the results.

Results kata, bacaan platelet rendah, 36. Tahap bahaya. Doctor suspect je dengue sebab dia kata kena dua bacaan yang rendah, tapi dia punya satu je yang rendah. Aku tak ingat pebenda nama satu lagi. So katanya kena emergency masuk ward, dia takleh lepas patient balik. Ahh sudah, aku dengan tak masak lagi (time tu dah pukul 12 tengahari, Adri tak berbaju tak mandi, pebenda semua tak bawak. Sebab dekat dengan rumah kan, kejadah nak bawak semua benda. Time tu, mula lah rasa menyesal datang jumpa doctor KK. If not, mesti tak kena tido spital, mesti tak kena tahan ward, mesti tak kena amek darah, measti takkan tau platelet dia rendah. Mesti...mesti punya.. Hmm 
Kalau nak diikutkan, pagi tu Adri sangat aktif, badan tak panas dah. Aku just nak doctor tengok rashes dia aje.

Panik, kitaorang mintak hold kejap, nak amek barang sikit. Derang kata tokleh, husband je pegi. Amboi, strict kemain. Aku hilang gi nursing room pun mengagau derang cari. Alah bukan nak lari pun. Plus, bukan ada benda nak kena buat, tunggu driver ambulance je. Hmmmmmphh

Around 3 pm after lunch hour, Adri dah kena drip. Standby untuk ke Hospital Serdang. Naiklah aku ambulance tu, husband drive sebab nak bawak kereta ke sana. First time wooo naik ambulance!!! Hah

Tukang cucuk, bagus keje dia. Perfecto

On the way, Adri tido dalam ambulance, penat nangis. Kesian sangat. Sakit benor la tu. Pagi tu je dah dua kali kena cucuk.

3.30 pm sampai Hospital Serdang, straight away masuk emergency ward. Penuh, kena tambah bed. Mostly kat situ elders and newborn babies with Jaundice. Aiseyman, kena tunggu lama lagi sebab kat ward pun full, so kena tunggu katil kosong.

Tertidur lagi sementara dalam Emergency Ward.

I think almost 4 hours kitaorang kat situ. Yup, you heard me. Rasa macam nak lari je, tapi what to do. Hadap jelah.
Lepas dah timbang berat and checkup semua, baru dapar rehat kat katil dalam ward. 4 patients in a room, not bad la. Dalam tu pun budak dah 4,5 tahun so senang sikit Adri tidur. Hewhewhew
Every 4 to 6 hours, nurse akan datang monitor his temperature and BP. Memang takde demam panas, as they all know we came just because of the rashes. Tak sangka plak platelet rendah tu. Hmm

At 10 pm, kena cucuk lagi. Procedure for Dengue, kena ada 2 drip berasingan for darah and drip masuk air. Gitulah lebih kurang. Doctor tu plak agak ampeh, cucuk sampai 4 lubang, semua takleh pakai. Adri dah nangis meraung macam apa, tambah lagi dua orang nurse tolong pegang. Memang tawakal je aku nengoknya. Lastly buat kat kaki sebab kat tangan dah hancussss. Kus semangat!

Lepas settle, aku umpan dia dengan susu, terus lelap. Aku pun join naik atas baby cot dia. Haha, dah takkan nak tidur atas kerusi? Kang dia nak susu, aku kena naik turun. Alang-alang, baring jelah sekali. 


So the next day, early morning ada this one young Chinese doctor datang buat review. Dia kata boleh discharge sebab platelet dah normal. 180 and no Dengue. Just a viral infection. I knew it. I'm like, woww bagus gila. Naik 5 kali ganda, and lagi best dah boleh balik rumah! Tapi dia kata kena tunggu Adri's Paed datang finalize bagi full result and cakap memang dah boleh balik. Fuhh, lega.

Masa Paed datang, aku pun macam tanya la ada kemungkinan ke result salah masa kat KK tu? Dia kata tak jugak, cuma dia cakap result from hospital is more accurate. Gittew. Baiklah, after all the q and a session, we all pun tunggu surat kebenaran untuk discharge. See? Macam sia-sia je kan tido spital?  Hewhewhew





 

01 June, 2013

SHORT TRIP : Kota Kinabalu - Kundasang, Sabah

DAY 1

3.30 pm - Safely landed di bumi Sabah. We are the second batch arrived. Actually, this trip involved 6 couples (2 couple with 2 kids, 2 couple with a kid and 2 couple kidless), 1 daddy-to-be and sorang tunangan orang. 

5 pm - Had our late lunch sebab tunggu next batch sampai. The last couple sampai malam around 10 pm. Masing-masing dah tak larat, anak dah bosan buat perangai bagai, so we need to check-in first and tunggu van sewa sampai. We stayed at Cititel Express, right in the middle of KK town. 15 minutes je dari airport with no heavy traffic.




8 pm - Lepas Maghrib, keluar nak gi dinner pulak. Decided nak gi Filipino Market, jalan-jalan tengok barang sebelum gi airport. Aku tak minat sangat since tempat tu like tempat lama, (tepi laut kot sebab tak perasan. Malam) agak kotor, tikus besar anak kucing sedap je merayau. Si Adri siap cakap.. Mouse.. Bu.. nak mouse! Adoi, takut aku. For those yang nak beli ikan masin, ikan bilis, kuih cincin, gelang mutiara ke apa tu, kat pasar ni lah. Aku masuk-masuk je, dah melekat. Macam nak beli tapi Munchkin tahan sebab datang nak makan, bukan shopping. Nak beli, balik nanti singgah lagi. Humm, ye baiklah.


Jalan-jalan cari makan. Murah gila, RM15/ekor


Lepas amek derang, terus balik hotel. Takde aktiviti sebab esok nak bangun pagi, ISLAND HOPING!!


DAY 2 

9 am - Had our breakfast kat jeti. Makan kasi kenyang sebab satgi nak berendam snorkel bagai, pastu tapau sandwich nak bawak gi pulau. Ada Dunkin Donut kat situ. Makan kat Sabah memang mahal pastu ehem.. tak sedap. Makan mee/nasi goreng dengan kopi/teh ais sampai RM18. Semalam pun gitu gak.

TIPS : Do apply and re-apply your sunscreen protection lotion after swimming. Cuaca memang panas tapi best. All the bapaks tak pakai, makanya kulit pedih terbakar.

Tengok jela gambar. Kalau ada soklan, baru aku edit and tambah. Hehe










Overall memang tak mengecewakan. We all tak amek pakej per head. Kitaorang sewa satu bot, RM400 completed with snorkeling set and life jacket (RM110) for 14 pax and 6 children.  Senang nak bergerak dari satu pulau to another sebab takyah tunggu. Call je pakcik tu. Kitaorang amek pakej 3 pulau which is Mamutik, Manukan and Sapi. Budget sejam satu pulau, yang last tu up 2 jam. Another tax must be paid when we enter the islands is RM 100.80 and RM42. Cair duit...

2 pm - Keluar ke darat. Cari lunch kat kawasan hotel je, jumpa this one restaurant. Ada serve Western Foods bagai, layan jela. As usual, mahal and tak sedap. Keciwa lagi. Tolong eh, bukan tekak aku yang mengada, masalahnya semua budak-budak ni pun kata gitu. Duhh

.
.
.
.
.
.
.
.
.

8 pm - Masing-masing pikir, celah mana nak makan sodap ni? Tak berbaloi datang jauh tapi tak pekena seafoods yang heaven kan? Maka, roger kawan-kawan yang tau tempat best. They recommend Kampung Nelayan Floating Seafood Market. 

Tapi sebelum tu, singgah Filipino Market lagi sekali sebab nak memborong. Aku beli sekotak penuh dengan ikan bilis, ikan masin, udang kering, and kuih cincin je. Pearls semua tu memang cantik tapi aku tak beli sebab tak pakai. Not my taste. Souvenirs fridge magnet pun tak beli sebab takde officemate. Eheks.


Wah gitu kau, kelas gambar! Ni rasa kari, aku tak berapa minat. Malam tu kitaorang order udang seperti dalam gambar, udang butter, udang crispy nestum, siakap stim lemon, sotong goreng tepung, kailan goreng and tomyam sorang satu mangkuk. Air amek bottomless Chinese Tea, murah. Nak jus tembikai limau bagai kang mahal plak. Haha saving gila! Sian, si Yan laki bini tak tertelan air tu, cannot handle katanya! Haha pasrah jela ye korang. Murah jugak makan malam tu, dalam RM700+.

11 pm - Balik tido sebab nak packing barang. Sok nak gi tido Kundasang plak.


DAY 3



9 am - Check-out and bergerak ke Kundasang. Breakfast dulu kat kedai mamak. Lahai sodap roti tolor bawang dia. Baru lah macam kat Key Ell. Ngahahaha. On the way ke Kundasang, kami singgah Rumah Terbalik di Tamparuli. Bayar RM10/pax and kids below 12 are free admission. Lebih kurang setengah jam dari hotel.









2 pm - View from top. Ni dah sampai Kundasang. Dua jam lebih oi perjalanan, dah la berbukit bergunung ganau. Aku dalam kete dah pening berpinau mata, Adri tak tido langsung. Dah nak sampai baru dia nak terlelap. Dah terlambat nak oii.

Cari tempat makan. To be safe, makan fastfood je. Jumpa KFC kat kawasan tu jugak. So makan sesiap sebelum check-in sebab kat kawasan Kundasang tu memang sunyi and terpencil. Kawasan kampung orang tanam sayur, susah nak jumpa kedai runcit apetah lagi restoran besar. Stok kiri kanan stall orang jual daging babi gantung and macam-macam lagi. Masjid susah nak jumpa kat Sabah ni. Sepanjang 3, 4 hari kat sana ada jumpa sebuah kat KK. Church punyalah berlambak. Every 5-10 minutes journey akan jumpa another church. Hmm gitulah ceritanya.

3 pm - Kami sampai di Kundasang Inn and terus check-in. RM100/day. Nice room, takde air-cond and tv but no worries, Kundasang ni memang sejuk tempatnya. kitaorang semua bersweater la gamaknya. Baik pakcik owner tu, orang Semenanjung yang kawin dengan orang Sabah. Siap bagi satu bilik free, the bapaks pun apa lagi? Buat tempat melepak meeting kononnya.

5 pm - Konon nak jenjalan tengok tempat orang, nak gi Poring Hot Spring, tengok bunga Raflesia, around 45 minutes journey. Budak-budak ni memang tak puas-puas lagi berendam. Aku dah malas nak menyalin bagai, lagipun alaa.. air panas je pun. Hewhewhew. Bunga Raflesia tak sempat tengok. Dah malam dah.


Ada jambatan gantung kat sini tapi kitaorang takgi sebab dah petang sangat. Malas nak masuk hutan, bawak anak-anak kecik. Pastu..ada...orang....tu.....gayat... Malas lah kan nak bagitau sape........ lalalalala


7 pm - Sebelum gelap, kitaorang dah bergerak balik. Petang tadi kat pekan ada pasar malam, so ingat nak gi singgah. Sekali dah takde, mengagau jugak cari dinner. Plan nak buat BBQ beli barang kat mini market tapi tak jadik. Nanti sorang dua tukang bakor, yang lain mengangkang tunggu makanan. So cancel plan. Para ibu plan beli je sardin, roti, baked bean and instant foods. Since pakcik owner tu baik, kita pinjam la dapur dia kejap, masak. Rumah dia belakang tu je. So derang pun okay. Siap tambah chicken wings, borong beli semua. Dah takyah nak bakor. Hehe. Brilliant tak?


Maka, ni jelah dinner kitaorang malam tu. Ada kopok jajan eskem segala cikedis la. Puas jugak makan. Ni semua setting sendiri, pakcik tu bagi pinjam kerusi meja. Makan kat depan hotel, tempat parking.

11 pm - Lepas kemas semua, semua dah ngantok. Sok dah nak balik, banyak lagi aktiviti, nak ngadap jalan pusing-pusing macam jalan kat Ulu Bendul tu. Aduh, kemain becinta.


DAY 4

6 am - Dah gi mandi, sebab kat sini kan hari cepat terang. Plan nak tengok puncak Gunung Kinabalu sebab boleh nampak dari bilik. Dah la cantik, sejuk plak tu. Hummm rindunyaaaaa kat Sabah.

8 am - Lepas check-out, kitaorang breakfast kat pekan. Kedai Melayu, ada nasi campur and mee goreng. Sup, soto semua ada. Alhamdulillah, kena dengan tekak. First activity nak ke Desa Dairy Farm, daki bukit almost half an hour. Tempat dia, masyaAllah cantik. Macam kat New Zealand je rasa. Can see here for more.



Para ibu. 
Walaupun laki-laki kami punya gathering, tapi kami pun gang satu kapla juga!

Fee entrance adalah RM4/head. Nak feed the baby goats pun boleh. Pay another RM1.50 kalau tak silap. Seronok derang makan. All these baby goats and cows kena kuarantin sebab kecik lagi. Takleh biar lepas kat padang.

Kat sini boleh tengok derang pump susu lembu (ada specific time), ada jual sourvenirs, fresh milks yang sangat sedapppp and also boleh bergambar ler. Hewhewhew


Comel sangat!



10 am - Dah kena bergerak ke next location. Limited time sebab nak kejarkan flight pukul 3.30 pm. This time, kami ke Mesilau Nature Park. Tak jauh dari Dairy Farm tadi, ada lah dalam 30 minit. Tempat dia memang cantik, ada air terjun, panjat bukit. Sejuk tu memang tentu lah. 





Tamatlah sudah cerita tentang Sabah. Lepas habis berjalan kat Mesilau tu, kitaorang terus straight away ke airport, dua jam lebih oi dari Kundasang tapi kena singgah Pasar Filipino lagi sebab ada budak-budak nak membeli. Last minute. Dekat je pun dengan airport. 

Tak rugi gi Sabah, cumanya takde makanan sedap. Heh

21 May, 2013

Cerita tentang HFMD?

Back from Sabah on Monday (May 13th), badan Adri tiba-tiba panas. Whole body. Aku suspect dia letih and might be a bit dehydrated. Later will update about the trip. So aku standby jela in case demam dia melarat but surprisingly his body temperature dah normal on the next day, without taking any medicine. I'm like.. Okay, baguslah tak jadi demam. Lega mak.

On Wednesday, both his tangan, kaki, celah kelengkang, mulut sikit and tapak kaki suddenly naik biji-biji like rashes ada air gelembung camtu. Aku pelik sebab selama ni dia tak pernah ada rashes history or whatsoever. Dia pun Alhamdulillah so far takde allergy ke apa. Bintik tu gatal buat dia tergaru-garu. Aku dah risau. Chicken pox kah? Maka refer to all my doctor friends. They said maybe allergy air laut. I don't think so sebab masa dia kecik dulu dah pernah masuk laut.
Ada yang kata demam campak tapi aku deny sebab kat badan dia bersih langsung takde. So Rabu malam tu jugak, we went to nearest clinic and doc kata takde apa. Frust gila dengar sebab macam tak membantu. I hate young doctors. Dia just bagi ubat makan (tahan gatal) which I omit and Calamine lotion.



Aku tak puas hati. My instinct kata tu HFMD sebab aku google their symptoms and saw all the pictures. Memang lebih kurang. Some friends said gi second opinion tapi masalahnya, papa dia busy ada job. We all planned nak gi Az-Zahra Bangi on Monday. Lambat la pulak kan.

Makanya, I search for other solutions. Rendam dalam air rebusan daun semambu. Aahh sudah, mano nak dapat? Rupa daun pun tak kenal. I asked Munchkin to cari by hook or by crook. Petang Khamis dia dah dapat, hasil dari usaha ke kedai pokok bunga.
Tiga hari berturut mandi dengan air tu. Nampak kesan positif, malam pun tido lena. Syukur Alhamdulillah.



Now? Isnin May 21st, dah takde naik biji-biji baru. Just parut kering hitam gitu, mana yang merah tu sebab dia dok kopek sampai tercabut dia punya kulit. Adoi sabar jela. Kesian tengoknya.

So is it HFMD? Masih lagi misteri sebab papa dia kata tak jadi la gi jumpa doctor sebab tengok dah baik. Tsk

16 April, 2013

Memori Anak.


Aku ingat lagi,
Aku kena patuk ayam sebab tangkap anak dia.
Mak suruh gi rumah sebelah, beli buah gajus.
Abah duduk atas kerusi, nyanyi sambil main gitar mainan adik.
Sebelum pegi kerja, abah kena upah jajan. Tokei kedai tegur, kasut abah kilat.

Kalau aku cakap benda ni depan abah, gelak besar dia. Sampai meleleh air mata.
Tak sangka agaknya, aku boleh ingat sebijik sebijan.
Malu lah tu.
Mak kata, aku belum mula sekolah lagi masa tu. Maybe dalam umur 3,4 tahun.

Aku ada pernah terbaca, tak ingat kat mana. This one mommy tanya pasal benda ni jugak, it's when her 2 years old son ternampak dia and laki dia are having sex while he opened the door.
(ada je nak nyelit kisah lucah kan? choiii)

It really caught my attention, so I googled.

Since when actually your child can start remember things?

I found none. Tak menjawap soklan, ke soklan aku yang macam bongok? Ok, rephrase.

When will my baby start remembering things?

Zasss. Dapat terus.
Here I share some of it.

Your baby's memory will develop in stages. It's a gradual process, and there's no specific age at which it happens:

When your baby was born, she will have recorded in her mind, but not really been aware of, things happening. Recognising your voice will have started in your third trimester. Your baby will know and be reassured by your smell from birth.Your baby will be able to tell your face from a stranger’s when she's just four days old. She'll also recognise her dad soon, if he's been present throughout your pregnancy.

At one or two years old she'll remember some facts and words, but these won't be related to her own experiences. She'll recognise other family faces and get excited when she sees them. In fact, as your baby grows up, she'll probably surprise you with just how much she can remember.

At aged two and above she'll be able to remember facts and events that have happened in her own life. This might be going to the zoo with her granny or visiting the swings with her dad.

Source: Babycentre.



That soon meh?
No wonder, at 18 months old my son dah boleh kenal huruf from A to Z, pakej one to ten.

Tiba-tiba teringat.
Dahla mommy dia ni suka berangan depan cermin.
Dok buat aksi Gwiyomi konon comel depan dia. Paling jahanam, mandi separa bogel dengan dia.

Shame on you, Amelyn!!!!!!!!!



07 February, 2013

I AM NOW

Saya adalah pengedar rasmi SHAKLEE (ID 913786). 

Terdapat pelbagai supplement bagi tujuan IBU MENGANDUNG, BERPANTANG, PENYUSUAN BAYI, MASALAH BERAT BADAN, KESUBURAN, ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT dan sebagainya. 

PERTANYAAN & PEMBELIAN 
1. PM Facebook : Adzlin Amelyn Adnan 
2. Email : amelyn85@gmail.com 
3. SMS / Whatsapp : 011-40006756

PENGHANTARAN 
Semenanjung Malaysia : RM10 
Sabah / Sarawak : RM20 

Proses penghantaran menggunakan perkhidmatan GDEX, Citylink atau PosLaju. 

 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

 

29 January, 2013

#kitchenmelin - Eggless Tiramisu Recipe

Ni antara dessert paling senang di dunia. Takyah tunggu depan dapur or oven, dok ngadap depan meja, buat layer then masuk fridge. Dah la senang, nikmat plak tu!! Rugi kalau tak try.

Source: Google


Bahan-bahan (serves 8) 
1 pack of Lady Fingers. 
Serbuk Nescafe (ikut instinct nak bancuh banyak mana) 
600 ml Whipping cream 
500-600 gm of cream cheese (aku guna balance Mascarpone yang ada kat rumah)
Milo (untuk tabur) 
Half cup of sugar 


Tu je? Yup, sikit je kan? Aku tak tahu la nak kata ada telur sedap takde telur tak sedap, sebab bagi aku kalau dah nama tiramisu..sedap aje! Tapi orang kata kalau pakai telur, hanyir sikit sebab tiramisu ni kan takde masak segala. Macam makan mentah. In fact, based on apa yang husband cakap, texture of the cream cheese tu pun lain. Bagi aku, dia berat and macam eskem. Wahh giteww. Takde telur kan? 


Cara-cara 
1. Pukul cream cheese, gula, whipping cream sampai kembang. 
2. Sementara tu, celup the Lady Fingers dalam air bancuhan Nescafe (without sugar) then susun dalam caserole. 
3. Pastu, layerkan dengan cream cheese--tabur Milo--Lady Fingers--cream cheese sampai 3 lapis (macam buat lasagna). 
4. Lepas tabur Milo on the top layer, dah boleh terus masuk dalam fridge. Chill overnight or at least 12 hours.





 

16 January, 2013

#kitchenmelin - Homemade Lasagna Recipe



Source Google

Lama tak share pasal resepi. This is my version. Have a try!

Bahan-bahan 


1 box of Instant Lasagna (aku guna San Remo, ready sheet takyah rendam) 
700g daging kisar (balance ayam and daging kisar, so aku campur je) 
Half bottle Prego sauce (aku beli yang besar punya) 
1 tin kecik tomato puree (tak jumpa tomato merah ranum so aku pakai ni) 
1 tin button mushroom
*1 biji bawang besar 
*5 ulas bawang putih 
200g butter 
3 sudu tepung gandum 
1 liter susu full cream 
Half block Cheddar cheese 
Oregano, Basil, Black pepper
Mozarella and Parmesan cheese untuk ditabur. 
Garam secukup rasa 
Oilve oil

*Bawang dicincang kasar.


How to: 

Make the meat sauce. 
Cara dia macam buat kuah spaghetti je aku rasa. 
1. Tumis bawang sampai naik bau guna olive oil. 
2. Masukkan daging cincang dan kacau. 
3. Tuangkan sos prego (dan tomato puree) gaul sehingga sebati. 
4. Masukkan garam, oregano, basil, and black pepper secukup rasa. 
5. Masukkan cendawan butang dan kacau lagi. 
6. Tunggu sampai masak, pastu tutup api. Settle! 

White sauce. 
 1. Dengan menggunakan api kecil, cairkan butter. 
2. Masukkan 3 sudu besar tepung gandum dan kacau sebati. 
3. Masukkan susu, keju cheddar dan garam. 
4. Kacau sehingga sebati. Pastu siap. 

Nak susun pulak?? 

1. Preheat your oven 180'c. 
2. Sapu butter kat dulang caserole. 
3. Cara aku, tuang meat sauce dulu pastu curah white sauce banyak. Nyum! 
4. Pastu baru lapik dengan kulit lasagna, menutupi permukaan daging tadi. 
5. Curah lagi meat sauce--white sauce--kulit lasagna until 3 layers. 
6. Make sure the top layer is white sauce, then you can tabur the Mozarella and Parmesan penuh satu dulang. Lagi banyak, lagi sodap. 
7. Then, bakar dalam oven around 20-30 minutes. Done!
Oh lupa, aku wrap the caserole with foil sebab tanak cheese kat atas tu keras terbakar sangat.

Sonang kan? Resepi aku ni dapat 2 large caserole tau! Up to 8 serving.



 
 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T