01 June, 2013

SHORT TRIP : Kota Kinabalu - Kundasang, Sabah

DAY 1

3.30 pm - Safely landed di bumi Sabah. We are the second batch arrived. Actually, this trip involved 6 couples (2 couple with 2 kids, 2 couple with a kid and 2 couple kidless), 1 daddy-to-be and sorang tunangan orang. 

5 pm - Had our late lunch sebab tunggu next batch sampai. The last couple sampai malam around 10 pm. Masing-masing dah tak larat, anak dah bosan buat perangai bagai, so we need to check-in first and tunggu van sewa sampai. We stayed at Cititel Express, right in the middle of KK town. 15 minutes je dari airport with no heavy traffic.




8 pm - Lepas Maghrib, keluar nak gi dinner pulak. Decided nak gi Filipino Market, jalan-jalan tengok barang sebelum gi airport. Aku tak minat sangat since tempat tu like tempat lama, (tepi laut kot sebab tak perasan. Malam) agak kotor, tikus besar anak kucing sedap je merayau. Si Adri siap cakap.. Mouse.. Bu.. nak mouse! Adoi, takut aku. For those yang nak beli ikan masin, ikan bilis, kuih cincin, gelang mutiara ke apa tu, kat pasar ni lah. Aku masuk-masuk je, dah melekat. Macam nak beli tapi Munchkin tahan sebab datang nak makan, bukan shopping. Nak beli, balik nanti singgah lagi. Humm, ye baiklah.


Jalan-jalan cari makan. Murah gila, RM15/ekor


Lepas amek derang, terus balik hotel. Takde aktiviti sebab esok nak bangun pagi, ISLAND HOPING!!


DAY 2 

9 am - Had our breakfast kat jeti. Makan kasi kenyang sebab satgi nak berendam snorkel bagai, pastu tapau sandwich nak bawak gi pulau. Ada Dunkin Donut kat situ. Makan kat Sabah memang mahal pastu ehem.. tak sedap. Makan mee/nasi goreng dengan kopi/teh ais sampai RM18. Semalam pun gitu gak.

TIPS : Do apply and re-apply your sunscreen protection lotion after swimming. Cuaca memang panas tapi best. All the bapaks tak pakai, makanya kulit pedih terbakar.

Tengok jela gambar. Kalau ada soklan, baru aku edit and tambah. Hehe










Overall memang tak mengecewakan. We all tak amek pakej per head. Kitaorang sewa satu bot, RM400 completed with snorkeling set and life jacket (RM110) for 14 pax and 6 children.  Senang nak bergerak dari satu pulau to another sebab takyah tunggu. Call je pakcik tu. Kitaorang amek pakej 3 pulau which is Mamutik, Manukan and Sapi. Budget sejam satu pulau, yang last tu up 2 jam. Another tax must be paid when we enter the islands is RM 100.80 and RM42. Cair duit...

2 pm - Keluar ke darat. Cari lunch kat kawasan hotel je, jumpa this one restaurant. Ada serve Western Foods bagai, layan jela. As usual, mahal and tak sedap. Keciwa lagi. Tolong eh, bukan tekak aku yang mengada, masalahnya semua budak-budak ni pun kata gitu. Duhh

.
.
.
.
.
.
.
.
.

8 pm - Masing-masing pikir, celah mana nak makan sodap ni? Tak berbaloi datang jauh tapi tak pekena seafoods yang heaven kan? Maka, roger kawan-kawan yang tau tempat best. They recommend Kampung Nelayan Floating Seafood Market. 

Tapi sebelum tu, singgah Filipino Market lagi sekali sebab nak memborong. Aku beli sekotak penuh dengan ikan bilis, ikan masin, udang kering, and kuih cincin je. Pearls semua tu memang cantik tapi aku tak beli sebab tak pakai. Not my taste. Souvenirs fridge magnet pun tak beli sebab takde officemate. Eheks.


Wah gitu kau, kelas gambar! Ni rasa kari, aku tak berapa minat. Malam tu kitaorang order udang seperti dalam gambar, udang butter, udang crispy nestum, siakap stim lemon, sotong goreng tepung, kailan goreng and tomyam sorang satu mangkuk. Air amek bottomless Chinese Tea, murah. Nak jus tembikai limau bagai kang mahal plak. Haha saving gila! Sian, si Yan laki bini tak tertelan air tu, cannot handle katanya! Haha pasrah jela ye korang. Murah jugak makan malam tu, dalam RM700+.

11 pm - Balik tido sebab nak packing barang. Sok nak gi tido Kundasang plak.


DAY 3



9 am - Check-out and bergerak ke Kundasang. Breakfast dulu kat kedai mamak. Lahai sodap roti tolor bawang dia. Baru lah macam kat Key Ell. Ngahahaha. On the way ke Kundasang, kami singgah Rumah Terbalik di Tamparuli. Bayar RM10/pax and kids below 12 are free admission. Lebih kurang setengah jam dari hotel.









2 pm - View from top. Ni dah sampai Kundasang. Dua jam lebih oi perjalanan, dah la berbukit bergunung ganau. Aku dalam kete dah pening berpinau mata, Adri tak tido langsung. Dah nak sampai baru dia nak terlelap. Dah terlambat nak oii.

Cari tempat makan. To be safe, makan fastfood je. Jumpa KFC kat kawasan tu jugak. So makan sesiap sebelum check-in sebab kat kawasan Kundasang tu memang sunyi and terpencil. Kawasan kampung orang tanam sayur, susah nak jumpa kedai runcit apetah lagi restoran besar. Stok kiri kanan stall orang jual daging babi gantung and macam-macam lagi. Masjid susah nak jumpa kat Sabah ni. Sepanjang 3, 4 hari kat sana ada jumpa sebuah kat KK. Church punyalah berlambak. Every 5-10 minutes journey akan jumpa another church. Hmm gitulah ceritanya.

3 pm - Kami sampai di Kundasang Inn and terus check-in. RM100/day. Nice room, takde air-cond and tv but no worries, Kundasang ni memang sejuk tempatnya. kitaorang semua bersweater la gamaknya. Baik pakcik owner tu, orang Semenanjung yang kawin dengan orang Sabah. Siap bagi satu bilik free, the bapaks pun apa lagi? Buat tempat melepak meeting kononnya.

5 pm - Konon nak jenjalan tengok tempat orang, nak gi Poring Hot Spring, tengok bunga Raflesia, around 45 minutes journey. Budak-budak ni memang tak puas-puas lagi berendam. Aku dah malas nak menyalin bagai, lagipun alaa.. air panas je pun. Hewhewhew. Bunga Raflesia tak sempat tengok. Dah malam dah.


Ada jambatan gantung kat sini tapi kitaorang takgi sebab dah petang sangat. Malas nak masuk hutan, bawak anak-anak kecik. Pastu..ada...orang....tu.....gayat... Malas lah kan nak bagitau sape........ lalalalala


7 pm - Sebelum gelap, kitaorang dah bergerak balik. Petang tadi kat pekan ada pasar malam, so ingat nak gi singgah. Sekali dah takde, mengagau jugak cari dinner. Plan nak buat BBQ beli barang kat mini market tapi tak jadik. Nanti sorang dua tukang bakor, yang lain mengangkang tunggu makanan. So cancel plan. Para ibu plan beli je sardin, roti, baked bean and instant foods. Since pakcik owner tu baik, kita pinjam la dapur dia kejap, masak. Rumah dia belakang tu je. So derang pun okay. Siap tambah chicken wings, borong beli semua. Dah takyah nak bakor. Hehe. Brilliant tak?


Maka, ni jelah dinner kitaorang malam tu. Ada kopok jajan eskem segala cikedis la. Puas jugak makan. Ni semua setting sendiri, pakcik tu bagi pinjam kerusi meja. Makan kat depan hotel, tempat parking.

11 pm - Lepas kemas semua, semua dah ngantok. Sok dah nak balik, banyak lagi aktiviti, nak ngadap jalan pusing-pusing macam jalan kat Ulu Bendul tu. Aduh, kemain becinta.


DAY 4

6 am - Dah gi mandi, sebab kat sini kan hari cepat terang. Plan nak tengok puncak Gunung Kinabalu sebab boleh nampak dari bilik. Dah la cantik, sejuk plak tu. Hummm rindunyaaaaa kat Sabah.

8 am - Lepas check-out, kitaorang breakfast kat pekan. Kedai Melayu, ada nasi campur and mee goreng. Sup, soto semua ada. Alhamdulillah, kena dengan tekak. First activity nak ke Desa Dairy Farm, daki bukit almost half an hour. Tempat dia, masyaAllah cantik. Macam kat New Zealand je rasa. Can see here for more.



Para ibu. 
Walaupun laki-laki kami punya gathering, tapi kami pun gang satu kapla juga!

Fee entrance adalah RM4/head. Nak feed the baby goats pun boleh. Pay another RM1.50 kalau tak silap. Seronok derang makan. All these baby goats and cows kena kuarantin sebab kecik lagi. Takleh biar lepas kat padang.

Kat sini boleh tengok derang pump susu lembu (ada specific time), ada jual sourvenirs, fresh milks yang sangat sedapppp and also boleh bergambar ler. Hewhewhew


Comel sangat!



10 am - Dah kena bergerak ke next location. Limited time sebab nak kejarkan flight pukul 3.30 pm. This time, kami ke Mesilau Nature Park. Tak jauh dari Dairy Farm tadi, ada lah dalam 30 minit. Tempat dia memang cantik, ada air terjun, panjat bukit. Sejuk tu memang tentu lah. 





Tamatlah sudah cerita tentang Sabah. Lepas habis berjalan kat Mesilau tu, kitaorang terus straight away ke airport, dua jam lebih oi dari Kundasang tapi kena singgah Pasar Filipino lagi sebab ada budak-budak nak membeli. Last minute. Dekat je pun dengan airport. 

Tak rugi gi Sabah, cumanya takde makanan sedap. Heh

2 comments:

missyas said...

Assalamualaikum.wahh sgt menarik percutian ni.cm best , nk tanya, akak ada guna travel agent ke tuk trip ni, n transport cmne

Melin Fork said...

missyas:
sorry sangat lambat respond. Kami tak guna khidmat travel agent, redah sendiri and cari sendiri based from kawan-kawan. Plus, we go by group. So jimat belanja! Heh

 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T