22 December, 2011

SHORT TRIP : Cherating, Kuantan, Pahang

1. Sesampai je terus check in. We stayed in Holiday Villa, Cherating. Highly recommended tapi satu jer kurang, maintenance services agak sucks. Pantai kat situ pun bersih, tapi we all tak berani mandi sebab ombak rindu kuat. Tengah musim nak banjir.  
 kat main entrance
 The view
 Laut tengah surut.
Fefeeling jap.

Tempat breakfast.

2. Pastu gi makan kepok lekor, sata and otak-otak kat Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman. About 30 minutes dari Cherating. Kat situ banyak gerai, tapi kitaorang main serbu je kedai yang tengah bukak. Tepi jalan je pun tapi boleh nampak laut la.

 Mesti kau tak rasa terliur bila tengok kan?
Ahhh.... janji sedap mabeles!

3. Malam tu dinner kat Tanjung Lumpur, Kuantan. Apa tah nama kedai, lupa. Memang ramai orang, konsep kampung. Tapi tak berapa nak fresh ikan dia. Sebab tu harga murah. Takpelah, berbaloi lah tu.

4. Next day, pegi Turtle Sanctuary. Dah macam program rombongan sekolah. Agak sedih sebab time tu bukan musim penyu telor or baby turtle kedek kedek gi pantai. So gi muzium tengok baby turtles yang dikuarantinkan dari pelepasan ke pantai sebab lahir salah musim. Boleh?

 Big turtle.
 Banyak and comel.
Budak kecit ni melilau mata tengok orang lalu lalang, bukan tengok turtle.

5. Tu je kot nak cite, apa nak tanya boleh tanya. Kalau tanak tanya, sudah. nama kau bedah tetep kau sebelah. eh ok bai.


Wordless Wednesday - My milk booster




29 November, 2011

Tentang Dia.


Straight hair like mommy
Kening tebal like daddy
Kuku gelas like mommy
Hidung sensitip like daddy
Big hazel brown eyes like mommy
Kentut kuat pott pott like daddy
Putih mat salleh (eh) like mommy
Tido berdengkur like daddy
Suka pouting like mommy
Pandai ngamuk like daddy
Suka mandi like mommy (hihi)
Cepat bosan like daddy
Mulut sexayy like mommy
Pipi labuh like daddy
Kurus like mommy (awww)
Tinggi like daddy
Kuat ngempeng like mommy
Pagi pagi dah berak like daddy
Suka berkerut like mommy
Bangun tido bau masam like daddy
Manja like mommy
Mengada like daddy (HAHAHAH)


26 October, 2011

The birth story : ADRI EZZUL HAQ

September 30th, 2011
The first contractions.

Still wondering, bila lah agaknya baby nak keluar. EDD dah nak dekat, labor signs langsung tak muncul, sakit pun tak rasa lagi. Dengar pasal induce, aku mula lah kecut perut. Orang kata sakit. Mak kata tak payah risau sebab dulu masa dia bersalinkan anak sulung pun dia cepat dua hari dari EDD. So, that means masa aku pun dah nak dekat lah kan? Konon bajet ikut jejak mak. Heh.
I dont take my dinner sebab tak lalu. Hati dah rasa lain macam tapi rilek lagi. Dah tengah malam, perut rasa lapar pulak. Terus makan Coco Crunch dengan susu. Time gini mata memang susah nak tidur, badan pun tak selesa nak baring. So, layan mata main game sampai pagi.
Around 2.30 am, perut memulas macam nak berak. Adeh, ni mesti kes makan Coco Crunch banyak sangat tadi ni. So, aku pun ulang alik ke toilet tapi takde lak membuang. Aku tak syak apa-apa lagi sebab bila sembelit aku datang, nak membuang tu memang makan masa. Heh. Mak aku dah start bising,

Mak: Ko jangan asek gi toilet jer, Long! Kang terberanak.
Aku: Mana ada. Sakit perut jer. Macam sembelit.
Mak: Dah nak bersalin kot?
Aku: Ishh, belum lagi lah. Takde keluar darah pun.
Mak: ....

Munchkin dah tidur masa aku main game. Aku tak puas hati, perut sakit lagi ni. Takkan dah nak beranak plak? Ishh, belum kot. So, aku sambung main game konon sambil timing contractions interval. 3 minutes gap. Erkk, tapi betul ke ni contractions?? Aku blur.
Mak aku asek lah masuk bilik aku. Tanya macam-macam.

Mak: Sakit perut lagi tak?
Aku: sakit tapi rilek jer. 
Mak: Tanak gi hospital ke? Jangan main main, entah entah dah nak bersalin.
Aku: Mak ni. Perut memulas jela. Takde apa pun. Perut lapar agaknya, tadi tak makan nasi.
Mak: ...

Off to the hospital.

Degil, sambung main game eventhough perut masih memulas. Ok, this time takleh buat apa sebab mak aku dok push suruh kejut Munchkin, ajak gi hospital. Aku tanak sebab kang kalau kena suruh balik semula, kan ke malu? Heh. Plus, aku tak rasa sakit yang menggila and darah/air ketuban pun tak pecah apa pun!
Munchkin call kawan dia who's a doctor and she suggested go to the hospital immediately. That time around 3 am, so aku nak mandi dulu. Derang semua kata takyah mandi, pegi hospital cepat and I'm like, what's the rush for? Ishh, sabar jelah. So, aku pun mandi jugak. Still, takde bloody show. Keciwa.
Then, me, Munchkin, mother and my younger sister gerak gi MMC at 3.45 am. Beg dah siap pack and letak dalam kereta. On the way ke hospital, hujan punyalah selebat lebat alam. Munchkin drive pun slow jer, plus hospital tu takdelah jauh mana. Lagi plak pagi buta, jalan lengang. Dalam kereta baru aku rasa sakit sikit. Asal contraction datang, aku cubit peha Munchkin. Heh, lega.
Around 4 am, sampai kat emergency entrance. Register bagai, then ada nurse tu nak bawak aku naik wheelchair. Aku tanak sebab aku bukan sakit pun. Boleh jalan sendiri. Pastu malu nanti orang tengok tengok. HAHA. Tapi mak aku suruh naik gak. Alahai, Mak.. Mak..

We are the champions!

Naik second floor, register lagi, timbang berat, and bla bla bla.. Then, as usual, nurse nak buat VE. Adeh, malu.

Nurse: Ada turun tanda tak?
Aku : Belum lagi tapi contraction every 3 minutes.
Nurse : Ok, takpe. Kita check dulu yer. Buka panty.
Dan dan aku bukak sepender, ada plak lendir warna merah darah.
Aku : Eh nurse, dah ada bloody show! (jakun gila!)
Nurse : Haa, takpe. Kita tengok dah berapa cm ya!

Again, kena seluk. Luckily it's painless. Phew!

Nurse : Dah 5 cm dah. Dah boleh masuk Labour Room.
Aku : Haa? HUHUHU. Apesal cepat sangat? Betul ke ni??
Nurse : Awak ni muka rilek jer eh! Memang champion betul! Biasanya, patients lain dah menjerit jerit sakit.
Aku : Iye? Heh. Belum sakit sangat kot! 
(Dalam hati pikir, eh betul ke dah nak dapat baby?? Macam tak percaya!)
       : Nurse, saya nak bawak masuk iPod boleh tak?
Nurse : Tak perlu. Tak boleh bawa apa apa ya!
Aku : Humm.. Ok.


Meeting Adri Ezzul Haq.

Lepas kena seluk, contractions in 3 minutes gap, aku still mampu berjalan sendiri ke Labour Room dengan Munchkin. Time ni aku dah rasa sakit, nak terberak sangat but it's bearable. Alhamdulillah. Mulut tak berhenti baca Ayat Kursi and surah-surah pendek. Dari berani terus jadik takut, sebab the baby is coming really really soon!
Masuk jer LR around 5 am, nurse suruh salin baju and baring. Kena bukak segala apa yang ada dari bra sampai ke barang kemas.

Nurse : Ok, saya nak masukkan air limau, ubat untuk buang air besar ya!
Aku : Uh? Hmm, ok. 
Dan dan tu jugak aku terasa nak terberak!
     : Eh nurse, saya dah nak gi toilet dah ni!
Dia buat muka terkejut, cepat sangat kesan ubat tu kat aku! HAHA
Nurse : Ok, boleh ke toilet ya, buang air besar dulu.

Masa kat toilet, aku pun projek macam biasa. Time tu baru darah banyak keluar. Aku dah panik tapi nasib baik tak sakit. Means, the pain is still in the same degree la. So, aku pun rilek, buat cool jer.
Masuk LR balik, baring, nurse nak seluk lagi. Dah 8 cm. Dia pun terkejut dengan kepantasan jalan aku terbuka. Biasanya, orang mengandung sulung ni katanya lambat, sakit and ambil masa nak bersalin. Entahlah, syukur Tuhan permudahkan segala urusan aku.
Since aku pun dah 8 cm, nurse dah suruh push kalau nak push. Eh boleh ke? Dr. Selva belum sampai lagi ni. Tapi tapi tapi, aku pun memang dah tak tahan sangat. Rasa nak teran jer dah! 
So, the push began. There were times aku gave up, tak larat sebab takde energy. Aku lak tak sempat makan apa untuk preparation.
Everything went so fast! Munchkin sangatlah supportive. Kiss and bagi moral supports. I cant thank him enough. I love you, dear! 
Bila Munchkin kata kepala baby dah nampak, aku lagi bersemangat waja nak push tapi macam keletihan. Aku rasa aku push more than three times. Some of the techniques ada yang betul, ada jugak yang aku ter-push ikut tekak. HAHAHAMPEH. Both nurses pun sangat supportive, baik hati and takde garang garang. Aku pun tenang jer dalam tu walaupun dah lembik. 
Bila dah crowning, aku still takleh push all out. Aku dengar nurse cakap nak standby vacuum. Ouh damn, aku tanak! Aku nak natural birth! Tak lama lepas tu, doctor pun sampai. Dengan segera dia salin baju, tengok condition aku, paed pun dah sampai, masing masing dah macam pom pom girls, aku terus push sekuat hati. Tadaaaa, my baby pun keluar dengan selamat tepat on 6.15 am. Syukur. Munchkin dah sebak, nangis tengok baby. Pegang tangan aku dari mula sampai habis. Aku? Speechless. Perasaan bercampur baur tapi tak nangis. Alhamdulillah jer yang mampu keluar dari mulut. Sakit? It's gone automatically right after the baby popped out. Fuyoo magic!
Lepas paed bersihkan baby, dia baringkan baby dekat dada aku. Ya Allah, cute and feel dia lain sangat. Terasa sayu hati aku. Tengok rupa anak sendiri. Hmmm.
Since aku check in pagi, so aku kena stay one night for monitoring the baby and me. Alhamdulillah, baby takde masalah and aku pun takde any complications and the next day, kitaorang pun dah boleh balik. TAMMAT.

The chronology of the birth.

0230 - My first ever contraction. Dah three minutes gap.
0345 - Off to the hospital.
0500 - Had my bloody show. VE check, 5 cm dilated. Straight went to the LR.
0530 - VE re-check, 8 cm dilated. The nurse asked to push.
0615 - The baby popped out.



I had a very good pregnancy. In fact, I really enjoyed being pregnant and my birthing moment. Alhamdulillah.


21 October, 2011

Pengalaman anak pertama. {Husband's version}

September 29th, 2011

Pagi tu dah nampak muka ibu lain macam. 

Yang, nape menung je ni? Mengenangkan nasib..

Gelak besar pa. Haih sayangku ni, tapi dalam hati dah tergerak. Dah nak dekat ni.. Then petang pa tanya lagi kat ibu.

Yang ok tak ni? (muka ibu hari tu lain dari pagi tadi) Ok jek.. (muka selamba) 

Hurm sayang..sayang.. Pa salu tengok yang.. Pa tau muka yang lain hari tu..
Then, malam pa tengok ibu tak senang duduk.. Pa tanya lagi.

Yang ok tak ni? Ok jek.. Takda pape.. Cuma perut tak berapa nak selesa.

Pastu ibu lepak luar, ambil angin. Pa pun join skali.

Papa : Yang, yang rasa bila nak bersalin? Yang lebih tau.. You know your body better right? Ada rasa rasa hari ni ke besok ke?
Ibu : Entah la.. Macam lambat lagi jek.. Takde show pun.. Rasanya due date nanti kot baru deliver.

Sebelum tidur, pa tengok ibu dah tak senang duduk.

Papa : Yang ok tak ni?
Ibu : Hurm perut macam memulas la plak.. macam nak berak tapi tak keluar.

Haih.. Hati dah berdebar ni.. Macam dah nak bersalin je ni.. Hurm takpe lepak dulu.. Then pa masuk tidur.

Papa : Meh baring sebelah pa. (Sambil pegang tangan ibu) Yang kalau sakit or tak selesa, genggam kuat-kuat k?
Ibu : ok..

Dalam genggam tu, pa kira..1,2,3,4... Tetiba, uish..selang 3 minit die sakit ni.. Confirm dah dekat. Pastu pa terlelap.

Tiba-tiba, jeng jeng jeng! Lampu bilik terbukak.

Ibu : Pa, sakit lain macam la.. Takleh nak tidur.
Papa : Yeke? Yang nak gi hospital tak?
Mak : Eh ko ni.. Ulang alik masuk bilik air.. Nak beranak dah ke?
Ibu : Entah la.. Tanda takde lagi.. Kang gi hospital kang buat penat jek.
Mak : Gi je la check kang terberanak kat rumah kang, lagi kelam kabut.

Pa diam jek.. Pastu mak bebel.

Papa : Yang ok tak? Nak gi hospital? Yang decide..or yang nak pa call kawan-kawan pa?
Ibu : Entah la ek.. Takde tanda lagi.. Hmmm. Try jer lah call kawan pa dulu..
Papa : ok.

Sambil SMS Dr. Diyana (Hospital Besar Klang) and Dr. Ziana (Hospital Putrajaya).

Papa : Yang sure taknak gi hospital?
Ibu : Hmmm, tunggu kejap kot..

Padahal sebelum tidur tadi dah contraction 3 minutes gap. Haih!
Pukul 3.15 pagi,

Papa : Hello? Ziana? Hurm aku nak tanya sikit.. Bini aku ni dah 3 minit contraction tapi takde tanda lagi.. Macam mana ek?
Ziana : Owh ye ke? Ok gini, bawak je gi hospital.. Dah dekat dah tu.
Papa : Ok roger. Thanks doc. Sorry kacau pepagi ni.

Papa : Ok yang siap.. Jom!
Ibu : Haa? Yang nak mandi dulu boleh? 
(humakhai.. Selamba..)
Papa : Haa..mandi cepat.. Tak payah cantik-cantik.. Siap jer terus gerak.
Ibu : Yelahh!

45 minit berlalu.. Papa dah siap, tunggu kat luar and amek camera and everything.. Bukak gate start enjin kereta.. Ibu dengan selambanya ber-makeup dalam bilik.. Haih, bini aku!
Kami pun bergegas ke hospital. Masa ni hujan lebat beserta ribut. Aku pun saja meregangkan suasana yang memang agak tegang.

Papa : Yang, hari ni kan akhir syawal. Pastu hujan lebat. Pastu subuh pagi.. So kita namakan anak kita, Akhir Syawal Subuh bin Amir Rizal.

Mak and adik ibu berdekik ketawa.

Ibu : Mula la tu merepek. Tanak lah. Tak sedap.
Papa : Hahahhahahhaha.

Sampai hospital, aku masuk park kat tempat ambulan (emergency sangat la katakan)

Papa : Bos, parking sini takde hal?
Pengawal keselamatan : Takpe. Pagi kang tolong alih jela.

Check in wad bersalin, Bilik 25B.

Nurse : Ok, awak boleh keluar dulu. Saya nak check dia kejap.
Papa : Owh saya ke? Ok..
Ibu : Pa tengok ni. (sambil tunjuk panty yang ada show. Mak aih, aku nak muntah kot!

Dalam tunggu tunggu tu ibu tergelak.

Nurse 1: Uish, dah 5 cm awak boleh gelak lagi.
Nurse 2: Saya tak penah jumpa lagi orang macam awak. Biasa, dah jerit dah ni.. Awak memang champion.
Papa : HAHAHA, tahan sakit la tu.

Terus kena masuk labour room. 

Nurse : Awak salin baju. Pakai baju ni.
Ibu : Kena bogel ke? Ke baju dalam tak bukak?
Nurse : Bogel la.

Papa dengar dari luar jer masa tu. KIHKIHKIH, hampeh bini aku. Tau la tak penah masuk wad.

Nurse 1: Ok awak siap-siap masuk labour room terus.
Papa: Nak bawak apa siap-siap?
Nurse 1: Baju baby 1 pasang, pastu air selusuh.
Ibu : iPod boleh?
Nurse 1: Tak boleh.
Papa : Camera boleh??
Nurse 1: Tak boleh.. Takut ganggu electrical equipment.
Papa : Ok (syahdu dan sayu)

Lepas masuk labour room, air selusuh dah boleh kasi minum.. Baring rest.. Tahu-tahu nurse dah masukkan ubat untuk berak dan kencing awal-awal. Ibu masuk tandas, berak terus tak sampai 10 saat..kat dalam bilik air..ibu cakap air ketuban dah pecah.
Then, ibu baring balik. Papa kasi minum air selusuh. Nurse pun check.. Dah 8 cm!! Nurse pelik. Bagus la, mudah nak bersalin ni (pa pikir). Then proses menge'push' pun berlangsung.

push!!push!!
push!!push!!
push!!push!!
push!!push!!
push!!push!!
push!!push!!
push!!push!!

Dekat sejam. Time tu papa tengok ibu, hurm..kesian pun ade tapi kepala anak dah nampak. So pa pun support. Kiss dahi ibu, kiss pipi, pegang tangan ibu. Bukaan pun dah maksimum. Nurse tolak pa.

Nurse : Awak boleh ke tengok darah?
Papa : Takpe, saya ok.. InsyaAllah 
(dalam hati, waktu tu ada gak rasa nak pitam. HUKHUKHUKK. Hampeh..)

Dalam hati terdetik, macam ni rupanya beranak. Bertarung nyawa hanya nak keluarkan satu nyawa pemberian Allah. Terdetik gak, macam ni rupanya mak aku susah payah beranakkan aku, tanpa ayah kat sisi. Time tu dah sebak.
Pa tengok jam, dah pukul 5.30 pagi. Baby pun dah nampak sangat nak keluarnya.

Ibu : Pa..dah tak larat. Nak pitam dah rasa..
Papa : Yang nak air? Meh..pa bagi air. (sambil kiss dahi ibu) Yang dah dekat sangat anak kita yang. Kasi all the best you can. All the efforts yang ibu ada. Pa tau..  Yang mampu.

Sekali push jer, keluar baby. Ya Allah, Allah saja yg tahu betapa sebaknya hati aku ni. Pa terus nangis nampak baby. Terima kasih ya Allah, kau kurniakan aku seorang bayi. Sebak pa. Terus kiss ibu..

Papa : Terima kasih sayang. Anak kita comel (sambil sedu-sedu)

Ye, aku sangat happy nampak baby. Then ibu pegang pa..

Ibu : Pa, dah tak sakit dah..

Air mata pa pun terus menitik. Haih, drama plak aku ni tapi nak buat macam mana. Hati lembut. Hehe
Aku dengar baby nangis, then nampak dia pegang tiub. Memang seronok aku nampak anak aku sendiri. Doctor baby tu cuba untuk lepaskan tiub tu. Dia genggam kuat. Kuatnya anak aku (cakap dalam hati).

Papa lap air mata. Papa cium ibu lagi.
Terima kasih ibu.
Then, aku tunggu baby kat bilik kaca. Nurse bagi pegang baby.

Nurse : Anak awak 3 kg.
Papa : Aik? keciknya.

Pa azan, iqamah dan juga mengucap di telinga anak papa. Time pa pegang, punyalah kekok. 
Haih, cane nak pegang ni?? Dapat tune baby gerak dengan lincah.. Hypernya anak aku.
Azan berkumandang, baby terus senyap sampai habis azan. Iqamah pun camtu. Dua kalimah syahadah pun macam tu.
Then tunggu ibu habis jahit. Settle jer, ibu masuk wad semula. Pa pun temankan.
Mak dari KL pun dah sampai. Wah, rasa nak peluk jek mak sambil nangis!! tapi aku tahan, sebak beb!! Sebak yang gembira. Everytime nampak muka anak aku, mesti aku nak nangis masa kat hospital tu.
Time aku gi solat subuh, aku buat sujud syukur. Nangis lagi aku time tu. Allah jek yang tau, apa yang aku syukurkan sangat. Lepas solat, papa terus call ustaz, dimana papa dah rancang, lahir jek anak papa nanti, papa nak tanya tentang maksud nama anak papa. Alhamdulillah, katanya sedap nama yang dibagi. Ada nama Allah.

Pukul 10 pagi macam tu, aku kena balik rumah kejap. Setel benda sini sana. Sampai rumah, aku terus tido sebab demam. Bangun-bangun jek dari tidur, aku terus nak setelkan uri. Sebelum bukak plastik, aku anggapkan uri ni macam daging lembu. Tanpa pikir panjang, terus cuci and tanam. Siap jer, terus mandi and terus gerak jumpa ibu. Malam tu pa stay sana, teman ibu tidur kat hospital.

Itu lah pengalaman papa.
Ye, papa amat hargai pemberian Allah, iaitu kehadiran ibu dalam hidup papa serta baby Adri Ezzul Haq. Papa cintakan sangat ibu and papa sayang ibu sampai nafas terakhir papa.
Anyway yang, di hari aniversary kita jugak baru pa dapat habiskan cerpen pendek ni. Apa-apa pun, thank you sayang. Thank you Allah. Alhamdulillah.




05 October, 2011

The Arrival

Day 1
Name : Adri Ezzul Haq
Meaning : (Saya) mengetahui kebesaran Allah
Birth Date : Sept 30th 2011
Mode of Delivery : SVD
Time : 6.15 am
Weight : 3.0 kg
Height : 50 cm
My Doctor : Dr. Yip S.O (Mahkota Medical Centre, Melaka)

The birth story?? Coming soon..

27 September, 2011

Last entry before the labour, I guess.

As usual, weekly checkup on Tuesday.
Everything's in good condition and yes, another VE. Alhamdulillah, memang tak sakit.

Doc: Sikit hari lagi nak bersalin ni. Maybe 2,3 days. Nak admit ke nak tunggu sakit??
Me : Ouh gosh, are you.. like seriously?? (monolog jer)
Doc: You prefer being induced or tak kesah kalau baby overdue? (Long pause) Takpe, take your time. Discuss.

Kalau ikut EDD is Oct 1st. Next checkup is on Oct 4th, which is overdue. Tu yang dia offer induction since aku pun dah ada bukaan. Me and Munchkin dah penah discuss all these things, so we decided nak balik rumah dulu and tunggu sakit datang menyerang. Tadi sempat lagi mintak opinion kat nurse. A Malay friendly one.

Me : Akak rasa cane??
Nurse : Better ko balik rumah dulu. Tunggu tanda. Akak tengok muka ko pun rilek jer lagi. Laki ko pun memang ada kat rumah kan?? Kalau dia jenis keje jauh, susah sikit. 
Munchkin : Dari rumah nak ke sini tak sampai setengah jam. Sempat kalau dah nak terberanak.
Nurse : Haa, ok lah tu.

Then, pegi bilik sebelah.

Me : Doctor, kitaorang balik rumah dulu lah. Tanak induction or any drip yet. 
Doc: OK, boleh but before that kena pergi Tingkat 2 dulu untuk monitor baby's heartbeat. Kalau cantik, baru boleh balik.
Me : Oh, ok.

Dah naik (tangga) gi Tingkat 2, jumpa midwife and nurse kat situ. Then nampak baby dalam bilik kaca, excited gila tapi nervous. heh.

Me : Dr. Selva suruh check jantung baby.
Nurse : OK, mari ikut saya! (Aceh, macam nak ajak gi mana jer)

Rupanya masuk Labour Room. OK, first time! Serious, labour room itu tidaklah se-scary mana.

Nurse : Baring dulu eh. First baby ke?? Bila due?
Me : A ah. First baby. InsyaAllah Oct 1st. (dah muak aku nyebut Oct 1st ni, sebenarnya..)
Nurse : Nak gi kencing, gi kencing dulu. Lama ni nak kena monitor, dalam 20 minit.
Me : Eh takpe, tadi dah kencing. heh.
Nurse : Ok, baring yer.

So aku pun baring. Munchkin tunggu, duduk kat sebelah. Nurse pasang alat tu kat perut and dengar heartbeat. Kejap kuat, kejap macam perlahan. Entah, aku pun blur tu bunyi apa sebenarnya. HAHA.

Borak punya borak dengan Munchkin, bosan tunggu takde buat apa, usya lampu, katil, TV, pegang itu pegang ini, tengok surrounding, amek feel.. then aku pun suggest, apa kata snap gambar sekeping dua?? HUHU. Baru lah terasa macam orang sakit. Aku memang jakun, tak pernah dok hospital. Penakut pun ye.



OK, dah 20 minit.

Nurse : Bacaan cantik, Dr. Selva takde kata apa? (dia pun macam suruh aku dok hospital)
Me : Dia offer dok hospital, tapi saya tanak lagi.
Nurse : OK, takpe. Lepas VE mungkin akan ada bloody show. Kalau tak sakit, tak perlu ke hospital dulu tapi kalau air yang keluar, kena cepat cepat datang hospital eh!
Me : OK!
Nurse : Kalau ada air selusuh, jangan minum dari rumah eh. Bawak ke hospital dulu, then bila dah betul sakit baru minum. 
Me : (Eh, makcik nurse ni memang terbayekk lah! Macam paham jer dia yang aku memang tak tahu nak tanya kat sape) ok, baik! 

Now? I have a lil bit brownish discharge for the first time. Am I have to worry? or what? Hmmmm.. Hopefully, semua dalam keadaan selamat dan dipermudahkan-Nya. Amin.



26 September, 2011

Life After Married.

A lot different, I tell you. When we live as a unit,


1. everything is double. Happiness, loneliness, including your expenses.

Long before, every single month I go for shopping like hell. Excited, but plain one I guess. Tatau nak describe how, tapi that's the truth. Mungkin, sekadar membabi buta membeli anything mata rasa lawa. Wasting some money to spend on. Memenuhi kehendak nafsu semata.
Now, bila dah berkeluarga. Like almost a year. Sangat lah jarang ke shopping mall. Being a fully housewife is such a living in a boring place sometimes. Takde buat benda lain, mostly is stuffing myself with snacks in front TV and watching my body getting fat. At certain points, your financial were in a big tight bila punca rezeki adalah satu. Haiyo, nak ganti toothbrush pun pikir 3, 4 kali. Tanak membazir punya pasal and seeing nice dresses, bags, and shoes are big torturing when what you can do is nothing but just see. Lebih-lebih lagi bila you're expecting. Things for yourself? Never cross in mind lagi dah. Asyik dok imagine baby pakai tu, baby main ni.. Kalau boleh semua nak complete. All mommies want the best for their child kan? That's a lumrah hidup wanita sebagai bakal ibu. Teeheehee. Kalau nak kira baby punya preparation expenses, memang beriban. First child, semua nak kena standby. Luckily duit tak banyak berabes masa majlis kawen dulu. Ahaks.
Bila tiba masa rezeki datang bergolek, duit melimpah ruah..
Apa lagi? We straight away shop for groceries (and shopping) whichever needed most, masih belum boleh bershopping sakan tapi bila dapat green light from husband, nak beli apa??
Ouhhh that 3 magic words! Time tu mula lah dengan rakus keluarkan wishlist! I scan dulu, then pick mana betul betul nak sebab ada certain things dah tak rasa nak. (HAHA, boleh macam tu?) Bila dah dapat, the excitement lain macam. Maybe sebab benda dah lama idam, pastu surprisingly dapat lak kan. It's like a present. Haaa, that's what I called double happiness! 
Heh. Pandai laki aku main saiko..

Bersambung..



20 September, 2011

Another updates in week 38.

1. Baby don't pop out yet!
2. Masih sihat kuat lagi gagah perkasa untuk berjalan for last minute shopping. Yay, it's 99% complete!
3. My condition now is tip top. No cramping, no heavy backache and not so puffy feet. Tadi gi check up pun all the BP, urine, and weight are okay. Unsurprisingly, berat badan naik another kilo but still in average. Thanks baby. You are now around 3.1 kg.
4. Went through a VE procedure just now. Alhamdulillah, tidaklah sakit. Already 2 cm dilated. Mungkin minggu ini atau minggu depan akan deliver. Next week has another check up. Doc pesan, kalau dah ada rasa sakit, sila terus ke hospital. ya Allah, permudahkanlah segalanya.
I may be the smallest, but seeing on my week? Don't play play haa!

5. I attended a Birth workshop last Sunday at Bangsar. Amazing class, meeting new cool friends, and it's a whole new exposure for me. Seriously worth the money. I'm looking forward for another great class. Weeee.

Nak sambung tido. Dengkuran Munchkin sangat mengoda. OK, zzzzzzzzz.

14 September, 2011

Wordless Wednesday - Baby Preparation.

Big fat elephant pegi last minute shopping.


08 September, 2011

Week 37 updates

1. Current weight : 58 kg!!!!!
2. Sudah 4 hari berperut keras macam batu, berkaki saiz mak gajah. Mak kata, once dia surut (lebih kurang seminggu), dah dekat nak bersalin. Pheww, nebes!
3. Baby sudah 2.8 kg. Dr. Selva kata, anytime you nak deliver pun boleh sebab baby besar tapi disebabkan takde gesa or rasa sakit plus kalau ikutkan REDD, baby belum cukup matang... kita tunggu another 2 weeks!
4. Sudah dikuarantinkan di rumah parents sejak first Raya. HUHU.
5. Gemuk tak hengatt. Sekian.
Second Raya at kampung. 
Not so baju Raya. Tskk.


22 August, 2011

Labor: What it feels like


No one can predict what your own labor will be like, but hearing from those who have been there can help you get familiar with the possibilities.
Labor is like a box of chocolates
Our survey results made one thing clear: Labor is different for every woman, with pain ranging from mild to extreme. Even the epidural reactions varied widely. As one mom put it, "Labor is like a box of chocolates, you never know what you're going to get." Here's a sampling of the different pain experiences reported.
  • My pain was irritating but not unbearable.
  • I had excruciating pain.
  • My contractions felt like muscle spasms and weren't very painful.
  • The pain was all-encompassing.
  • At first I didn't know I was in labor and thought I needed to have a bowel movement. By the time we got to the hospital, I was at 10 centimeters. It hurt, but it wasn't that bad.
  • I felt like I was being run over by a train.
  • I begged my hubby to throw me out of the car on the way to the hospital, it hurt so bad.
  • It was close to painless, thanks to all the training/prep work I did during pregnancy. Yay for Hypnobabies.
  • I was induced and got my epidural early, so I only felt minor contractions. It was all fairly easy!
  • The epidural didn't get rid of everything, like I had hoped. I felt the pressure of each contraction and the pain from the crowning.
  • I had period-like cramps until I got an epidural. Then I just waited.
  • Painful, until I got the epidural! It saved my life!
  • I still felt most of the pain even after the epidural was in.
Cramping
Many moms told us that their contractions felt like an extreme version of menstrual cramps, while others compared them to cramps from gas, the stomach flu, or a charley horse.
  • My contractions were like menstrual cramps on steroids.
  • The cramping went from the top of my stomach down to my pubic area.
  • It was like gas pains times a thousand.
  • A horrible cramp that started in my back and radiated into my stomach.
  • Very painful cramping and tightening that started at the top of my uterus and spread downward and through my back.
  • Strong menstrual cramps that came and went. They would start low and radiate up my belly and around into my lower back.
  • Like the cramps you get with a really bad stomach flu — but they last longer!
  • Labor feels like charley horses in your lower abdomen.
Tightening
Several women described the contractions as a "tightening" rather than a cramping.
  • It felt like my entire stomach was tightening down into a painful little ball. But the contractions were not unbearable at all.
  • I literally felt my uterus muscles tightening.
  • The contractions felt like my whole body was clenching up.
  • It was like someone was grabbing all the skin in my back and pulling very slowly until it was tight, then holding it for a minute and releasing.
  • I had tightening all over my belly, radiating into my lower back and rectum.
  • It felt like someone was squeezing my belly every two or three minutes.
  • It was like someone was squeezing my insides as hard as they could.

Source : Here.

14 August, 2011

Pengalaman Bersalin.

I have gone through a lot of mommy's experiences on how they deliver their babies. From my reading, what I can gather here is:


1. Mostly mothers deliver their babies at week 37-39.
If you in less than 37 weeks pregnant, call your doctor if the contractions are followed by:
sticky and blood discharge;
sakit pinggang atau cramps.

These are signs of kelahiran bayi pramatang.

Premature baby. 

After 37 weeks, call your doctor if:
baby's movement semakin berkurangan;
pecah air ketuban;
experienced any bleeding.


2. VE (Vaginal Exam) tidaklah sakit mana.
Lain orang, lain tahap ketahanan mereka dalam menanggung sakit. That's why ada yang kata sakit gila nak mampus, ada yang kata tak sakit, hanya berasa tak selesa. It's hard to imagine or describe, unless you feel it yourself. Know how the VE is done? Mungkin begini.


3. Bloody show is painless.
Ramai cakap macam tu. Biasanya, bila dah turun tanda, lagi 2-3 hari akan bersalin. Depends on pembukaan serviks gak. Kalau dah 4 cm, kena tahan ward dah. Kalau baru 1-2 cm, doctor asks to go back home, tapi kalau dah pecah air ketuban.. go to the hospital immediately!


4. Full 10 cm dilation baru boleh push.
Bila jalan dah buka 8-10 cm, baru boleh push. For first time mothers, doctor normally tunggu sampai 10 cm. Bila push awal, nanti akan heavy bleeding and kepala baby bengkak. Kalau pandai push, 8 cm pun boleh start push.


5. Tak semua mommy akan ada susu selepas baby dilahirkan.
Ada orang keluar awal, normal. Ada orang seminggu lepas bersalin baru keluar susu. So, dont ever give up! Bila kena cara stimulate-nya, surely you manage to breastfeed your baby. How to express your breast milk?? Click here!


6. When the baby pops out, magically hilang rasa semua sakit.
Ouh, saya sangat menantikan saat ini! Each and every single mom shares the same thing!



12 August, 2011

Tidur yang sedapp!

Sejak masuk week 30, susah betul nak tido malam. Mata dok terkebil-kebil sampai ke Subuh. Kadang tu 10 pm aku dah start baring, konon nak tidur bagi mata cepat lelap, tapi mendapat.. golek kiri pusing kanan, semua tak berhasil. Nyudahnya, bila dah dapat tido, selagi Zohor tak masuk, selagi tu aku tak sedar lagi. Kadang sampai terlajak 3.30 pm! Peh perghhhh.. Bila dah dapat tido, punya lah qada'.... =)

Nak bagi biasakan diri dengan berjaga malam gamaknya, nanti bila dah ada baby.. heh


P/S: Agak-agak bersyukur tak jadik housewife, takyah bangun pagi gi opis?


28 July, 2011

Berpuasa ketika hamil

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur.

Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan. Antaranya:
buah-buahan segar,
kurma,
jus buah-buahan segar, 
kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (seperti apam beras, popia basah), 
yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar,
telur rebus atau ayam yang dipanggang,
kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.

Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti:
roti bijirin yang berintikan telur dan tomato,
ayam rebus atau panggang dengan salad, 
keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.
pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, 
bebola daging dan salad, 
mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, 
nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran,
laksa Penang dan sayur-sayuran, 
mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam/daging dan sayur-sayuran.

Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.

Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan peluh baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin.

Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lain. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda.
Jangan minum air dinginsejuk atau berais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air sejuk.
Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. 
Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin.

Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat.
Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut. Diet paling mudah is nasi, kurma and susu. Take daily. Mari kita cuba yer!!




22 July, 2011

Cara Membuat Selusuh

Sumber : 
- Air selusuh yang paling baik adalah dari air zamzam, kalau tiada cari air suling, air hujan malam Jumaat atau air hujan biasa. Air biasa yang telah dimasak juga boleh digunakan jika air berkenaan tidak diperolehi.
- Minyak selusuh pula sebaik-baiknya yang diperbuat khas daripada kelapa dan seeloknya dibuat sendiri.

Langkah-langkah untuk membuat selusuh:

Cara A

1. Al Fatihah
2. Surah al Hasyr ayat 21
3. Selawat Syifa (Penyembuhan)
4. Bacakan doa : 
"Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". 
Kemudian ditiup pada air/minyak dan perlu di minum 7 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
5. Sapukan air/minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7x)
6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin.

Cara B

1. Beristighfar (3x)
2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya.
3. Al Fatihah (1x)
4. Selawat (11x)
5. Alam Nasyrah (7x)
6. Al-Ikhlas (3x)
7. Al Falaq (3x)
8. An Naas (3x)
9. Al Fatihah (1x). Kemudian berdoa apa yang dihajati.

Cara C

1. Al Fatihah. 
Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalah hati memohon dimudahkan bersalin sebanyak 3x.
2. Selawat Syifa (7x)
3. Surah al Hasyr, ayat 21 (3x)
4. Surah al-A'raf ayat 54 (3x)
5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Kalau air akar fatimah???
Sama jugak fungsinya, cuma rendam dalam bekas berisi air sehingga kembang kemudian minum airnya. Boleh mula minum seawal kandungan 7 bulan, namun ada yang kata bila dah minggu ke-36 baru boleh minum. Wallahua'lam.

Semua kuasa Tuhan, tak salah kita ikhtiar.


P/S: Air selusuh = Air bacaan doa yang dibuat oleh ustaz/suami moga senang bersalin.





07 July, 2011

Of Baby Gender.

Kes 1.
A : Pompuan, kau ni asyik makan seafoods jer.. konfem anak laki!
Aku : Iye???

Kes 2.
B : Perut kau terjojol ke depan, tengok dari belakang memang tak tau kau pregnant. Ngandung anak laki ni.. Kalau anak perempuan, lebor ketepi..
Aku : Tu ahh.. siap ada curve lagi nehh! ( sambil tayang body macam model )

Kes 3.
Aku dengan family balik kampung last month, Pakngah ada buat kenduri. So, jumpa lah little cousins and anak-anak buah.

i) Main dengan Que aka Bulat (14 months baby boy)
Aku : Cane, Bulat?? Gaya ''Kita bakor jer, kita bakor jer''..
Bulat : ( Takde respon, buat muka toye. )
Ziqah (adik aku) : Bulat, buat gaya ''Kita bakor jer, kita bakor jer''..
Bulat : ( Terus tersengih sambil buat gaya Usop Wilca menari zapin. )
Aku : Ouhhhhh, sombongnya dengan akak!!!
Bulat : ( Takde respon. )
Aku : Sabar jelah aku dengan budak ni.. Buat tak layan jer dia!
Mak Bulat : ( Gelak. ) Ko tengok, Bulat tanak dengan ko, ngandung anak laki la tuh!
Aku : Gitu eh??


ii) Main dengan Fatihah (8 months baby girl)
Aku : Nak dukung Fatihah!!
Mak Fatihah : Dia melalak kang. Dia dah kenal orang. Dengan sape-sape pun dia tanak, kecuali mak ayah dia.
Aku : Takpe, nak dukung jugak. Geram, comel sangat! 
Aku terus amek dia dari tangan mak dia, elok jer. Tak nangis. )
Mak Fatihah : Eh, nak pulak dia! Sah, kau ngandung anak laki, Long..
Aku : Ishhh, yeke?? 
Ziqah : Meh, nak try plak!
( Fatihah terus nangis. )
Aku : HAHA. Fatihah tanak dengan ko!

Kes 4.
Sepanjang hidup, aku tak penah sentuh wasabi and half boiled eggs. Since pregnant, kemain menggila pulak makan. Kalau boleh nak makan hari-hari. Terikut selera munchkin.
Adakah ini petanda aku pregnant baby boy sebab suka TELUR?? 



P/S: Aku?? Tere gak derang ni main teka-teka..



06 July, 2011

 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T