26 October, 2011

The birth story : ADRI EZZUL HAQ

September 30th, 2011
The first contractions.

Still wondering, bila lah agaknya baby nak keluar. EDD dah nak dekat, labor signs langsung tak muncul, sakit pun tak rasa lagi. Dengar pasal induce, aku mula lah kecut perut. Orang kata sakit. Mak kata tak payah risau sebab dulu masa dia bersalinkan anak sulung pun dia cepat dua hari dari EDD. So, that means masa aku pun dah nak dekat lah kan? Konon bajet ikut jejak mak. Heh.
I dont take my dinner sebab tak lalu. Hati dah rasa lain macam tapi rilek lagi. Dah tengah malam, perut rasa lapar pulak. Terus makan Coco Crunch dengan susu. Time gini mata memang susah nak tidur, badan pun tak selesa nak baring. So, layan mata main game sampai pagi.
Around 2.30 am, perut memulas macam nak berak. Adeh, ni mesti kes makan Coco Crunch banyak sangat tadi ni. So, aku pun ulang alik ke toilet tapi takde lak membuang. Aku tak syak apa-apa lagi sebab bila sembelit aku datang, nak membuang tu memang makan masa. Heh. Mak aku dah start bising,

Mak: Ko jangan asek gi toilet jer, Long! Kang terberanak.
Aku: Mana ada. Sakit perut jer. Macam sembelit.
Mak: Dah nak bersalin kot?
Aku: Ishh, belum lagi lah. Takde keluar darah pun.
Mak: ....

Munchkin dah tidur masa aku main game. Aku tak puas hati, perut sakit lagi ni. Takkan dah nak beranak plak? Ishh, belum kot. So, aku sambung main game konon sambil timing contractions interval. 3 minutes gap. Erkk, tapi betul ke ni contractions?? Aku blur.
Mak aku asek lah masuk bilik aku. Tanya macam-macam.

Mak: Sakit perut lagi tak?
Aku: sakit tapi rilek jer. 
Mak: Tanak gi hospital ke? Jangan main main, entah entah dah nak bersalin.
Aku: Mak ni. Perut memulas jela. Takde apa pun. Perut lapar agaknya, tadi tak makan nasi.
Mak: ...

Off to the hospital.

Degil, sambung main game eventhough perut masih memulas. Ok, this time takleh buat apa sebab mak aku dok push suruh kejut Munchkin, ajak gi hospital. Aku tanak sebab kang kalau kena suruh balik semula, kan ke malu? Heh. Plus, aku tak rasa sakit yang menggila and darah/air ketuban pun tak pecah apa pun!
Munchkin call kawan dia who's a doctor and she suggested go to the hospital immediately. That time around 3 am, so aku nak mandi dulu. Derang semua kata takyah mandi, pegi hospital cepat and I'm like, what's the rush for? Ishh, sabar jelah. So, aku pun mandi jugak. Still, takde bloody show. Keciwa.
Then, me, Munchkin, mother and my younger sister gerak gi MMC at 3.45 am. Beg dah siap pack and letak dalam kereta. On the way ke hospital, hujan punyalah selebat lebat alam. Munchkin drive pun slow jer, plus hospital tu takdelah jauh mana. Lagi plak pagi buta, jalan lengang. Dalam kereta baru aku rasa sakit sikit. Asal contraction datang, aku cubit peha Munchkin. Heh, lega.
Around 4 am, sampai kat emergency entrance. Register bagai, then ada nurse tu nak bawak aku naik wheelchair. Aku tanak sebab aku bukan sakit pun. Boleh jalan sendiri. Pastu malu nanti orang tengok tengok. HAHA. Tapi mak aku suruh naik gak. Alahai, Mak.. Mak..

We are the champions!

Naik second floor, register lagi, timbang berat, and bla bla bla.. Then, as usual, nurse nak buat VE. Adeh, malu.

Nurse: Ada turun tanda tak?
Aku : Belum lagi tapi contraction every 3 minutes.
Nurse : Ok, takpe. Kita check dulu yer. Buka panty.
Dan dan aku bukak sepender, ada plak lendir warna merah darah.
Aku : Eh nurse, dah ada bloody show! (jakun gila!)
Nurse : Haa, takpe. Kita tengok dah berapa cm ya!

Again, kena seluk. Luckily it's painless. Phew!

Nurse : Dah 5 cm dah. Dah boleh masuk Labour Room.
Aku : Haa? HUHUHU. Apesal cepat sangat? Betul ke ni??
Nurse : Awak ni muka rilek jer eh! Memang champion betul! Biasanya, patients lain dah menjerit jerit sakit.
Aku : Iye? Heh. Belum sakit sangat kot! 
(Dalam hati pikir, eh betul ke dah nak dapat baby?? Macam tak percaya!)
       : Nurse, saya nak bawak masuk iPod boleh tak?
Nurse : Tak perlu. Tak boleh bawa apa apa ya!
Aku : Humm.. Ok.


Meeting Adri Ezzul Haq.

Lepas kena seluk, contractions in 3 minutes gap, aku still mampu berjalan sendiri ke Labour Room dengan Munchkin. Time ni aku dah rasa sakit, nak terberak sangat but it's bearable. Alhamdulillah. Mulut tak berhenti baca Ayat Kursi and surah-surah pendek. Dari berani terus jadik takut, sebab the baby is coming really really soon!
Masuk jer LR around 5 am, nurse suruh salin baju and baring. Kena bukak segala apa yang ada dari bra sampai ke barang kemas.

Nurse : Ok, saya nak masukkan air limau, ubat untuk buang air besar ya!
Aku : Uh? Hmm, ok. 
Dan dan tu jugak aku terasa nak terberak!
     : Eh nurse, saya dah nak gi toilet dah ni!
Dia buat muka terkejut, cepat sangat kesan ubat tu kat aku! HAHA
Nurse : Ok, boleh ke toilet ya, buang air besar dulu.

Masa kat toilet, aku pun projek macam biasa. Time tu baru darah banyak keluar. Aku dah panik tapi nasib baik tak sakit. Means, the pain is still in the same degree la. So, aku pun rilek, buat cool jer.
Masuk LR balik, baring, nurse nak seluk lagi. Dah 8 cm. Dia pun terkejut dengan kepantasan jalan aku terbuka. Biasanya, orang mengandung sulung ni katanya lambat, sakit and ambil masa nak bersalin. Entahlah, syukur Tuhan permudahkan segala urusan aku.
Since aku pun dah 8 cm, nurse dah suruh push kalau nak push. Eh boleh ke? Dr. Selva belum sampai lagi ni. Tapi tapi tapi, aku pun memang dah tak tahan sangat. Rasa nak teran jer dah! 
So, the push began. There were times aku gave up, tak larat sebab takde energy. Aku lak tak sempat makan apa untuk preparation.
Everything went so fast! Munchkin sangatlah supportive. Kiss and bagi moral supports. I cant thank him enough. I love you, dear! 
Bila Munchkin kata kepala baby dah nampak, aku lagi bersemangat waja nak push tapi macam keletihan. Aku rasa aku push more than three times. Some of the techniques ada yang betul, ada jugak yang aku ter-push ikut tekak. HAHAHAMPEH. Both nurses pun sangat supportive, baik hati and takde garang garang. Aku pun tenang jer dalam tu walaupun dah lembik. 
Bila dah crowning, aku still takleh push all out. Aku dengar nurse cakap nak standby vacuum. Ouh damn, aku tanak! Aku nak natural birth! Tak lama lepas tu, doctor pun sampai. Dengan segera dia salin baju, tengok condition aku, paed pun dah sampai, masing masing dah macam pom pom girls, aku terus push sekuat hati. Tadaaaa, my baby pun keluar dengan selamat tepat on 6.15 am. Syukur. Munchkin dah sebak, nangis tengok baby. Pegang tangan aku dari mula sampai habis. Aku? Speechless. Perasaan bercampur baur tapi tak nangis. Alhamdulillah jer yang mampu keluar dari mulut. Sakit? It's gone automatically right after the baby popped out. Fuyoo magic!
Lepas paed bersihkan baby, dia baringkan baby dekat dada aku. Ya Allah, cute and feel dia lain sangat. Terasa sayu hati aku. Tengok rupa anak sendiri. Hmmm.
Since aku check in pagi, so aku kena stay one night for monitoring the baby and me. Alhamdulillah, baby takde masalah and aku pun takde any complications and the next day, kitaorang pun dah boleh balik. TAMMAT.

The chronology of the birth.

0230 - My first ever contraction. Dah three minutes gap.
0345 - Off to the hospital.
0500 - Had my bloody show. VE check, 5 cm dilated. Straight went to the LR.
0530 - VE re-check, 8 cm dilated. The nurse asked to push.
0615 - The baby popped out.



I had a very good pregnancy. In fact, I really enjoyed being pregnant and my birthing moment. Alhamdulillah.


37 comments:

^^Mrs_DeaNa^^ said...

dear,x sgka Allah tlah permudahkn sgala urusan...neway,baby adri sgt chomell!!!

RaMa-RaMa Fareeza said...

Cute baby nya....tapi bace kisah2 org deliver baby amat menakutkan bagi sy..muka pun dah tergeliat2 mcm menahan sakit hahaha

farhanna said...

cepat nyer terbuka 8cm.. amelyn awak ada tips ape2 x? air selusuh o pape? o u nyak exercise? n dr segi pemakanan pula mcm mn?

NoRr said...

once again, congratulationss!! suka baca ur birth story,and Alhamdulilah segalanya dipermudahkan...harap2 nasib i pun baik jugak nnt.amin..huhu takot sgt fikir nk beranak! again,ur baby sgt2 comels..sukaaa tgk pics dia smua...adorable~ congrats amelyn!

~LeeyanaRadhi~ said...

both story dr mu and amir, i cry babe..trase di jiwe gitu.. anyway million congrats..

p/s: rase baru je lg dok sblh u, berkenalan ms wedding adda n padil @ sremban 2..now u're a mommy..congrats again =)

Melissa said...

Cepat gila 5 cm ! Mine terbalik, jalan buka lambat (sangat !), but push a few minutes je. Hehe. Alhamdulillah, your labour experience dipermudahkan. Best kan jadi Mummy ? :D

nurul harnani said...

alhamdulillah.. great experience.. congratulation ya..

salam uhuwah dr nanie b2b selangor - bbf group...

http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Nak tau ape persamaan kronologi kite?
kau tukar je semua waktu ko AM to PM.
Isya pun lahir 6.15 in the evening :D
cumenya ko dilated 8cm, tapi time tue aku baru 5cm.
Hohohoho. Nurse yg jaga aku tue pegi sembayang asar jap, die balik aku dah bersalin. die pun terkejut! :)

btw, you have done super marvelous job on earth! congrets again!

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 said...

mudah nye bersalin.. congrats.. sgt cepat bersalain.. =)

farahfatihah said...

alolo senangnyer melyn.....hope nnti i pun mcm tu..nak doa byk2 lah huhuh takuttt nak bersalin sebenarnya hehehe

thezaila said...

Nurse : .... biasa nya pesakit lain dah terjerit2...

ok.. that's refer to me :)

seriously i scream like nobody business..

maisara my said...

alhamdulillah....menitis air mata saya bc post ni....FYI, sy skang tgh pregnant our first baby...tp br 24 weeks....n i love to read people experience ...terutama pasal pregnancy nih.....congrates!!

Diyana Didie said...

alhamdulillah. seronok baca ur birth story. senang u bersalin ;)

ReYNa said...

beshnyaa senang sgt bersalin:p.congrats dear..

amElyn said...

to all : thanks a million. jadik new mommy memang excited! challenging but it's tiring also. pressure comes in many ways.. =)

lovelyadibah said...

hi puan amelyn.dh bersalin!congrats ya!comella baby adri!:)

Reen Tart Nenas said...

owh sgt best baca entri nie. terus rasa cam beranak tu sebenarnyer tak sakit kalau kita tak panic :) tahniah dengan anak sulung ini. more to come :)

Byzura Mj (By) said...

Ya Allah senangnya. hope i macam u (berdoa kat tuhan)

Cikpuan rara said...

alololo sgt shomelssss oke! owh lelaki eh.siap nk bwk ipod lh dlm LR.hehehe

Melin Fork said...

Alhamdulillah, thanks dear. Bahagian masing-masing. I bersyukur sangat.

Melin Fork said...

Thankyou fareeza. Hehe sapa kata bersalin tak sakit? Semua org merasa. Cuma kuat xkuat je nak menahannya. Heww

Melin Fork said...

Sorry dear. Lambat sangat reply. Heh kita takde apa2 tips la dear. Air selusuh semua pun xsempat minum. Exercise pun takde cuma byk berjalan kt shopping mall. Hihi pemakanan pun xde amalkan apa2. Cuma apa yg boleh i cakap, prepare for your delivery. Be positive and alas perut. Insya Allah, smooth sailing.

Melin Fork said...

Thanks dear. Alhamdulillah. Amin.
Don't be too scared. Not good for u, heh nanti mentally unprepared.
Thanks again. Hehe baby semua comel2 la dear!!!

Melin Fork said...

Thanks a lot leeyana.
Insya Allah masa awak nanti merasa la.
Hihi kan? Thanks again!!

Melin Fork said...

U tere push!!! Ekekeke.
This time, insya Allah nak cuba sebaik mungkin. Hewhewhew best gilaaaaaaa

Melin Fork said...

Terima kasih dear. Alhamdulillah

Melin Fork said...

All mommies are great. Thanks babe

Melin Fork said...

Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan. Kalau aku ada enough energy nk push plus hebat meng-push baby, lagi cepat kot!! Huhuhu

Melin Fork said...

Jangan takut. Hihi yup. Doa banyak2. Insya Allah tuhan tolong.

Melin Fork said...

Hahaha kelakar lah mekla ni.

Melin Fork said...

Congrats for your pregnancy if im not too late. Heh semoga the baby membesar dgn sihat.

Melin Fork said...

Thanks dear. Heh everything went so fast. Tu yg mcm caya xcaya tu. Hihi

Melin Fork said...

Alhamdulillah rezeki. Heh thanks reyna!!

Melin Fork said...

Thankyou. Hehe

Melin Fork said...

Yes. It's true. Always be positive and calm.

Melin Fork said...

Alhamdulillah. Heh
Doa banyak2 kehhh!!

Melin Fork said...

Hihi. Konon nak push sambil layan music dengar Incubus ke apa kan?? Haha takde maknanya. Baik berzikir ingat tuhan.

 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T