photo anigif_zps7d2f0644.gif

21 October, 2011

Pengalaman anak pertama. {Husband's version}

September 29th, 2011

Pagi tu dah nampak muka ibu lain macam. 

Yang, nape menung je ni? Mengenangkan nasib..

Gelak besar pa. Haih sayangku ni, tapi dalam hati dah tergerak. Dah nak dekat ni.. Then petang pa tanya lagi kat ibu.

Yang ok tak ni? (muka ibu hari tu lain dari pagi tadi) Ok jek.. (muka selamba) 

Hurm sayang..sayang.. Pa salu tengok yang.. Pa tau muka yang lain hari tu..
Then, malam pa tengok ibu tak senang duduk.. Pa tanya lagi.

Yang ok tak ni? Ok jek.. Takda pape.. Cuma perut tak berapa nak selesa.

Pastu ibu lepak luar, ambil angin. Pa pun join skali.

Papa : Yang, yang rasa bila nak bersalin? Yang lebih tau.. You know your body better right? Ada rasa rasa hari ni ke besok ke?
Ibu : Entah la.. Macam lambat lagi jek.. Takde show pun.. Rasanya due date nanti kot baru deliver.

Sebelum tidur, pa tengok ibu dah tak senang duduk.

Papa : Yang ok tak ni?
Ibu : Hurm perut macam memulas la plak.. macam nak berak tapi tak keluar.

Haih.. Hati dah berdebar ni.. Macam dah nak bersalin je ni.. Hurm takpe lepak dulu.. Then pa masuk tidur.

Papa : Meh baring sebelah pa. (Sambil pegang tangan ibu) Yang kalau sakit or tak selesa, genggam kuat-kuat k?
Ibu : ok..

Dalam genggam tu, pa kira..1,2,3,4... Tetiba, uish..selang 3 minit die sakit ni.. Confirm dah dekat. Pastu pa terlelap.

Tiba-tiba, jeng jeng jeng! Lampu bilik terbukak.

Ibu : Pa, sakit lain macam la.. Takleh nak tidur.
Papa : Yeke? Yang nak gi hospital tak?
Mak : Eh ko ni.. Ulang alik masuk bilik air.. Nak beranak dah ke?
Ibu : Entah la.. Tanda takde lagi.. Kang gi hospital kang buat penat jek.
Mak : Gi je la check kang terberanak kat rumah kang, lagi kelam kabut.

Pa diam jek.. Pastu mak bebel.

Papa : Yang ok tak? Nak gi hospital? Yang decide..or yang nak pa call kawan-kawan pa?
Ibu : Entah la ek.. Takde tanda lagi.. Hmmm. Try jer lah call kawan pa dulu..
Papa : ok.

Sambil SMS Dr. Diyana (Hospital Besar Klang) and Dr. Ziana (Hospital Putrajaya).

Papa : Yang sure taknak gi hospital?
Ibu : Hmmm, tunggu kejap kot..

Padahal sebelum tidur tadi dah contraction 3 minutes gap. Haih!
Pukul 3.15 pagi,

Papa : Hello? Ziana? Hurm aku nak tanya sikit.. Bini aku ni dah 3 minit contraction tapi takde tanda lagi.. Macam mana ek?
Ziana : Owh ye ke? Ok gini, bawak je gi hospital.. Dah dekat dah tu.
Papa : Ok roger. Thanks doc. Sorry kacau pepagi ni.

Papa : Ok yang siap.. Jom!
Ibu : Haa? Yang nak mandi dulu boleh? 
(humakhai.. Selamba..)
Papa : Haa..mandi cepat.. Tak payah cantik-cantik.. Siap jer terus gerak.
Ibu : Yelahh!

45 minit berlalu.. Papa dah siap, tunggu kat luar and amek camera and everything.. Bukak gate start enjin kereta.. Ibu dengan selambanya ber-makeup dalam bilik.. Haih, bini aku!
Kami pun bergegas ke hospital. Masa ni hujan lebat beserta ribut. Aku pun saja meregangkan suasana yang memang agak tegang.

Papa : Yang, hari ni kan akhir syawal. Pastu hujan lebat. Pastu subuh pagi.. So kita namakan anak kita, Akhir Syawal Subuh bin Amir Rizal.

Mak and adik ibu berdekik ketawa.

Ibu : Mula la tu merepek. Tanak lah. Tak sedap.
Papa : Hahahhahahhaha.

Sampai hospital, aku masuk park kat tempat ambulan (emergency sangat la katakan)

Papa : Bos, parking sini takde hal?
Pengawal keselamatan : Takpe. Pagi kang tolong alih jela.

Check in wad bersalin, Bilik 25B.

Nurse : Ok, awak boleh keluar dulu. Saya nak check dia kejap.
Papa : Owh saya ke? Ok..
Ibu : Pa tengok ni. (sambil tunjuk panty yang ada show. Mak aih, aku nak muntah kot!

Dalam tunggu tunggu tu ibu tergelak.

Nurse 1: Uish, dah 5 cm awak boleh gelak lagi.
Nurse 2: Saya tak penah jumpa lagi orang macam awak. Biasa, dah jerit dah ni.. Awak memang champion.
Papa : HAHAHA, tahan sakit la tu.

Terus kena masuk labour room. 

Nurse : Awak salin baju. Pakai baju ni.
Ibu : Kena bogel ke? Ke baju dalam tak bukak?
Nurse : Bogel la.

Papa dengar dari luar jer masa tu. KIHKIHKIH, hampeh bini aku. Tau la tak penah masuk wad.

Nurse 1: Ok awak siap-siap masuk labour room terus.
Papa: Nak bawak apa siap-siap?
Nurse 1: Baju baby 1 pasang, pastu air selusuh.
Ibu : iPod boleh?
Nurse 1: Tak boleh.
Papa : Camera boleh??
Nurse 1: Tak boleh.. Takut ganggu electrical equipment.
Papa : Ok (syahdu dan sayu)

Lepas masuk labour room, air selusuh dah boleh kasi minum.. Baring rest.. Tahu-tahu nurse dah masukkan ubat untuk berak dan kencing awal-awal. Ibu masuk tandas, berak terus tak sampai 10 saat..kat dalam bilik air..ibu cakap air ketuban dah pecah.
Then, ibu baring balik. Papa kasi minum air selusuh. Nurse pun check.. Dah 8 cm!! Nurse pelik. Bagus la, mudah nak bersalin ni (pa pikir). Then proses menge'push' pun berlangsung.

push!!push!!
push!!push!!
push!!push!!
push!!push!!
push!!push!!
push!!push!!
push!!push!!

Dekat sejam. Time tu papa tengok ibu, hurm..kesian pun ade tapi kepala anak dah nampak. So pa pun support. Kiss dahi ibu, kiss pipi, pegang tangan ibu. Bukaan pun dah maksimum. Nurse tolak pa.

Nurse : Awak boleh ke tengok darah?
Papa : Takpe, saya ok.. InsyaAllah 
(dalam hati, waktu tu ada gak rasa nak pitam. HUKHUKHUKK. Hampeh..)

Dalam hati terdetik, macam ni rupanya beranak. Bertarung nyawa hanya nak keluarkan satu nyawa pemberian Allah. Terdetik gak, macam ni rupanya mak aku susah payah beranakkan aku, tanpa ayah kat sisi. Time tu dah sebak.
Pa tengok jam, dah pukul 5.30 pagi. Baby pun dah nampak sangat nak keluarnya.

Ibu : Pa..dah tak larat. Nak pitam dah rasa..
Papa : Yang nak air? Meh..pa bagi air. (sambil kiss dahi ibu) Yang dah dekat sangat anak kita yang. Kasi all the best you can. All the efforts yang ibu ada. Pa tau..  Yang mampu.

Sekali push jer, keluar baby. Ya Allah, Allah saja yg tahu betapa sebaknya hati aku ni. Pa terus nangis nampak baby. Terima kasih ya Allah, kau kurniakan aku seorang bayi. Sebak pa. Terus kiss ibu..

Papa : Terima kasih sayang. Anak kita comel (sambil sedu-sedu)

Ye, aku sangat happy nampak baby. Then ibu pegang pa..

Ibu : Pa, dah tak sakit dah..

Air mata pa pun terus menitik. Haih, drama plak aku ni tapi nak buat macam mana. Hati lembut. Hehe
Aku dengar baby nangis, then nampak dia pegang tiub. Memang seronok aku nampak anak aku sendiri. Doctor baby tu cuba untuk lepaskan tiub tu. Dia genggam kuat. Kuatnya anak aku (cakap dalam hati).

Papa lap air mata. Papa cium ibu lagi.
Terima kasih ibu.
Then, aku tunggu baby kat bilik kaca. Nurse bagi pegang baby.

Nurse : Anak awak 3 kg.
Papa : Aik? keciknya.

Pa azan, iqamah dan juga mengucap di telinga anak papa. Time pa pegang, punyalah kekok. 
Haih, cane nak pegang ni?? Dapat tune baby gerak dengan lincah.. Hypernya anak aku.
Azan berkumandang, baby terus senyap sampai habis azan. Iqamah pun camtu. Dua kalimah syahadah pun macam tu.
Then tunggu ibu habis jahit. Settle jer, ibu masuk wad semula. Pa pun temankan.
Mak dari KL pun dah sampai. Wah, rasa nak peluk jek mak sambil nangis!! tapi aku tahan, sebak beb!! Sebak yang gembira. Everytime nampak muka anak aku, mesti aku nak nangis masa kat hospital tu.
Time aku gi solat subuh, aku buat sujud syukur. Nangis lagi aku time tu. Allah jek yang tau, apa yang aku syukurkan sangat. Lepas solat, papa terus call ustaz, dimana papa dah rancang, lahir jek anak papa nanti, papa nak tanya tentang maksud nama anak papa. Alhamdulillah, katanya sedap nama yang dibagi. Ada nama Allah.

Pukul 10 pagi macam tu, aku kena balik rumah kejap. Setel benda sini sana. Sampai rumah, aku terus tido sebab demam. Bangun-bangun jek dari tidur, aku terus nak setelkan uri. Sebelum bukak plastik, aku anggapkan uri ni macam daging lembu. Tanpa pikir panjang, terus cuci and tanam. Siap jer, terus mandi and terus gerak jumpa ibu. Malam tu pa stay sana, teman ibu tidur kat hospital.

Itu lah pengalaman papa.
Ye, papa amat hargai pemberian Allah, iaitu kehadiran ibu dalam hidup papa serta baby Adri Ezzul Haq. Papa cintakan sangat ibu and papa sayang ibu sampai nafas terakhir papa.
Anyway yang, di hari aniversary kita jugak baru pa dapat habiskan cerpen pendek ni. Apa-apa pun, thank you sayang. Thank you Allah. Alhamdulillah.




18 comments:

shaheeda said...

speechless, rasa nk nangis pon ada.. apa2 pon Adri Ezzul Haq, kamu sgt bertuah mempunyai ibu & papa yang sebegini.. so jgn naughty2! n be a soleh boy okay!!

~YUN~ said...

uwuaaa!nak nangis baca,xsangka amir ader talent buat novel..hukhukhuk! (tgh lap air mata >_<)

Luv like this.... said...

so sweet :)

bby comel

QueenBz said...

Nangesssssss okeh! T_T
Syahdu!
Congrets melyn :)

fana said...

warghh syahdunyer baca proses bersalin awak.. anyway congrats

farahfatihah said...

syukur..mudahnyer melyn bersalin....alhamdulillah =)

sarah shamsyul said...

touchingnya....menitis air mata

cik tie@ibtisam said...

kuar air mata cik tie baca.. huhuh~

Atiqah Adnan said...

touching laaa... tentunya daddy laa paling seronok n teruja sambut baby kan..? congrats amir n lyn! adri ezzul haq sihat dan sempurna.. ^^

my hubby baca ur writing.. and he smiling n said.. "kagum n pandai menulis perasaan" hee~

Unknown said...

hukk..hukk..hukk
mengalir air mata..amer ni pndai wt org touching le..de talent..huhu
senangnye lyn deliver..yumie neves!!!

Melissa said...

Awwww this is sooo sweet !! *nangis*
Alhamdulillah semuanya selamat. :)

LisaLisut said...

awwww terharu baca. sobsobs. cutenya baby u :)

Aty Fared said...

terlambat nak ucap tahniah..:) baby sangat comel..!! bace pengalaman orang bersalin rase sangat shadu..setiap kali bace mesti ley menitik air mate..:)

Fariza said...

alhamdulillah. terharunya baca T_T. take care ya :)

adda_shariff said...

apsal aku mcm terharu baca citer ko nih wehhh....tskk tskkk....

Lyana MK said...

trust me! i dah nanges bace entry nie!!!!!! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Hidayati Farhan said...

sebak gila baca entry ni. huwaaaa. mmg terasa smpai ke ulu jantung. tahniah lyn n amir :D

nurul_luq_luq said...

terharu n sgt klakar baca post ni...tahniah dear

 

m e l i n n n © C O P Y R I G H T