14 October, 2014

Err..hello?

Fuh fuhh.. (tiup habuk) 
Err tapi bukan habuk je ada ni, segala keladak daki semua dah lekat. Heh
Hi everyone! Miss me, not?


Bila dah pegang title mother of two, most of the time spent kat anak jer. Haha Nadra pun dah almost 6 months old. Makanya, dah 6 bulan jugaklah aku tak sentuh keyboard laptop ni. Ya Ampun.

Alhamdulillah, semuanya sihat-sihat belaka. Lagi-lagi si emak, sihat bagai di pam. Rasa macam dah gemuk la. Huhu nangis tengok diri sendiri. 

Firstly, yes. Anak dara dah nak masuk 6 bulan uolls. I'm typing while she's on my lap. Believe it or not?

Her milestone so far, dah roll over. A bit late compare to Adri. Eh don't be mean, pleaseee. No good. Kesian anak. My blog my diary. Betul ke apa aku cakap ni? Hentam.

She's very hyperactive (since in my tummy), tak reti duduk diam. Kalah si abang. Sebenarnya memang doa kat tuhan, kalaulah dapat baby girl, mohon takmo anak yang kuat nangis. Allah Maha Mendengar, Nadra susah nak nangis tapi diuji dengan anak yang maha lasak. Ye, rasakan!

Little Miss Sunshine.


Adri plak? 

Alhamdulillah, he turned out very well. Feels like 3 going on 13, haha ada je akal dia. Sejak dah abang-abang ni, makin tak terdaya nak layan dia punya kerenah. Hari-hari mintak nak gi school. Oh I feel old. 

Latest. Kemain kau anak dara heret anak bujang iolls. haha

Gamba pun stok print screen je dari ig. Haha malas nak godek, Kalau sudi boleh la follow. Kat sana iolls aktif sikit. heh

Anyhow, I miss blogging. Banyak benda nak share, nak luah..hm tengokla macam mana. 



22 April, 2014

The birth story : NADRA ADELEA

April 9th, 2014
Checkup on Week 39

CTG and VE done. Dr. Fatimah said, 2 cm dilated and the baby is doing fine, still having no sign and contraction pain (yet). Getting so nervous sebab stressing myself by comparing previous experience with this coming one. Bodo sangat, even though dah tau lain anak, lain pengalaman. *tumbuk muka sendiri*
Set another appointment, selagi belum bersalin. Okay..baiklah.


April 14th, 2014
Another checkup on week 40.

10 am.
Okay, ini serious. My EDD: April 13th. The baby weight estimated 3 kg. Boleh sangat dah bersalin, sebab dah naik banyak. I've been asked to induce and admit today. Takut!!! Tak ready!!! Then I remember, Dr. Fatimah allowed me to carry the baby for another 7 days but no more.. since my blood pressure  is a little bit high. So the risk for baby is also high. Sad gila.

Took some time to discuss, ask opinions from close friends. Plus, aku lak dah dimomokkan dengan INDUCE ITU SAKIT GILA, so jiwa kacau sekejap time tu. Sempat juga fikir pasal bill, huhu sebab kalau boleh tanak la bayar mahal. Dapat gi private pun dah bersyukur kan? Daripada kena gi kerajaan, mak tak sanggup!
Husband kata tu semua dah tak penting, janji both mommy and baby selamat. Ok now rasa nak nangis.

So the decision has been made, which is serah diri for induction.
That's the best.
Mix feeling, tak sabar nak jumpa baby tapi seriau lebih sebab dah kena tahan wad walaupun belum sakit! Adeh, saiko gila. Rilek, stay positive..stay positive.

Mintak kat nurse nak balik dulu, dengan alasan nak amek barang. Padahal hospital bag semua memang dah dalam kete, yang benornya aku nak balik berak kat rumah. Tau-tau jelah aku ni. HUAHAHAHAH

Dah sampai rumah, tak jadi lak membuang. Tahi pun takut nak keluar agaknya.
Okay, takpelah.
Capai lagi barang-barang mana perlu sebab benda mengejut kan? Bagitau all family members, suruh standby sebab dah kena tahan wad. So off we go to the hospital.

2 pm.
Husband gi register dulu, aku tunggu mak and mertua sampai. Perut memulas ni sebab tadi tak jadi berak. Mesti mee goreng breakfast pagi tadi punya pasal. Settle register, duduk lah dalam wad tunggu turn for induction. Boring gila kot. Kat bilik dah huru-hara dengan adik-adik aku. Sempat lagi bergurau, borak tengok tv, selfie bagai sebab takde sakit kan? Haha

4 pm.
Baru teringat, aku belum Zohor. So gi surau. Mintak semua dipermudahkan-Nya. Alhamdulillah, tuhan tu Maha Mendengar. On the way ke bilik, aku terkucil. I mean, aku macam terkencing tapi watlek je. I thought it's nothing la sebab kadang aku memang suka tahan. Malas bagitau mak, nanti dia yang kecoh lebih. Haha


31 March, 2014

Still here, on week 38

The baby hasn't ready to come out yet. Sokay, Take your time, my little babeh!!
Alhamdulillah, so far so good. Mommy je yang macam dah tak larat sangat bawak perut. This time, at down below rasa sakit sikit la bila banyak berjalan. Renyah sangat agaknya.

Last week dah gi second checkup di An-nur Specialist, Bangi. Everything's fine. Baby in tummy weighted 2.35 kg from 2 kg but still below average. Sobs. The doctor asked to drink extra milk, haha up to 3 glasses per day. Dari rasa nak muntah sampai dah okay, alah bisa tegal biasa.

Multivitamins pun dah tak pernah miss, nak increase berat baby punya pasal. Alhamdulillah, ada jugak hasilnya. Phew.

Nak update apa lagi?

18 March, 2014

Full term.

Yes, the baby can come anytime by now. So nervous but excited more. Hehe

Talking about the gender? Ahah, not going to announce here. Surprise lah sikit.

Masih lagi mencari-cari nama yang sesuai. The more you browse, the more headache you got. Hewhewhew dah pening nak pilih mana satu. Now dah tambah another one criteria, nama yang Adri boleh sebut, means nama tu bukanlah nama yang berbelit lidah. Hihi

Of the preparation, rasanya adalah dalam 80%. Nampak sangat ketidakadilan disitu kan? Dulu masa first baby semangat beli itu ini awal-awal, sampai berlebih tak berpakai. So turun kat adik jelah. Tinggal nak cukupkan barang mommy dia jer. Pastu shop barang adik sikit. I iz seronok pegang baju kecik-kecik macam baby doll ni. Hehe

About my condition plak, Alhamdulillah so far so good. Current weight pun dah 58.5 kg. Membesar dengan jayanya tapi baby macam kecik sikit la. Last checkup doc kata baru 2 kg. Abehh macam-macam obat dia suruh makan, nak tengok ada progression ke tak. Redha.

Tunjuk gambar perut sikit.

Now selera makan dah kelaut balik. Aku rasa punca dia is aku masak kat rumah hari-hari. Aku taktau lah kalau ada orang yang berselera makan masakan sendiri, tak kira lah sedap ke tak sedap. Ke cane? Sometimes, kena request kat husband nak makan nasi goreng or bihun sup kat kedai. Takpun bubur McDonalds ke. Barulah okay, tapi takkan hari-hari nak makan luar? Boleh jemu jugekkk. Yang sebenarnya, mak sendiri masak yang takkan penah jemu. Mak buat sambal tumbuk ikan bilis goreng ikan masin pun dah boleh makan 3 pinggan. Hmmm sedapnyaaaa.

Okay, off topic.

Sekarang ni tengah teringin sangat nak makan bubur kacang ada durian. Macam best jer. Huhu dah request kat mak. Tak sabo lak kan?

Pasal hospital bersalin plak, hehe aku dah tukar plan. Insya Allah book di An-nur Specialist, checkup dengan Dr. Fatimah. Nice, friendly and soft spoken lady. Okay kot sebab aku taktau lah apa beza dia dengan Dr. Khamsiah.

Nak update abang Adri plak?
Huhu. Anak bujang aku sorang tu, makin menjadi-jadi loyar buruk dia. Makin banyak cakapnya. So far, I'm satisfied with his development. Bukanlah nak membeza-bezakan, cuma aku rasa, my opinion Adri got a great opportunity when his mother's around him every single time.
His first smile.
His first walk.
His first word.
Even his first tantrum, semua depan mata.
I feel blessed. #proudmom

Aku kan suka layan borak dengan dia. So macam-macam benda boleh cakap.

Ibu, nak ibu punya game.
No, I charge my phone.
How about papa punya game?
Also cannot, papa's charging his phone.
(Sebenarnya saja je tipu, tanak bagi dia main)
Semua charge, charge, charge....
(Sambil buat muka sedih)

Hahaha, rasa nak tumbuk je budak kecik tu tau!

Dia punya favourite is "Ibu nak makan apa?"
Aku rasa adalah in every 2, 3 hours dia akan datang kat aku and tanya benda tu. Kemain risau agaknya ibu dia susah nak makan. Haha tapi bagus jugak. Bila aku jawap, saja jawap kuat-kuat bagi papa dia dengar so that papa dia boleh gi beli. Hewhewhew

Ibu nak makan apa?
Ibu nak makan Ezzy!!! (saja nyakat dia)
Ibu nak makan Ezzy? Mana buwehh makan Ezzy!

Huhuhu, dia kalau cakap Malay, either baku or sebutan tak berapa betul tapi kalau English, jelas and perfect with the slang. Haha nasib lah nak, janji paham bila orang cakap. Kan?



posted from Bloggeroid

18 February, 2014

Hospital Bersalin Az-Zahrah vs An-Nur Specialist

In mind, decided to choose KPJ Kajang tapi need to have a second option la. Dah tepu nak baca reviews, plus benda tu semua lama punya. Kalau boleh nak yang recent experiences. Yelahh, mana tau dulu yang ni teruk tapi getting better, yang tu dulu best tapi dah tak best. It's all about maintenance and quality.

So mommies, willing to help me by sharing your experiences?

posted from Bloggeroid

14 February, 2014

#THROWBACK : Pengalaman berpantang.

Aku belum story lagi kan kisah berpantang bersalinkan Adri dulu?? That's also the best moment after delivery. I enjoy being pampered by my mom. Hehe

If you still remember, I've decided to berpantang di rumah my parents yang waktu tu di Melaka. That was about 3 years ago, back in 2011. I think, about 2 months before Hari Raya. Aku dah merengek kat husband, nak stay di rumah mak abah sementara menunggu hari, and kebetulan juga, tahun tu adalah giliran balik raya sana. Hehe ambek peluang kau! At first, dia macam tak berapa agree sebab lama sangat, lama-lama mengalah juga. Hihi

Based on researches and reviews (and budget, hehe)  I picked a whole Set Bersalin NR, without the bengkung sebab bengkung mak aku buat sendiri je. Taktau la nak komen apa about the set, sebab first time guna kan. So, tak boleh nak compare. Apa yang aku leh kata, minyak berubat tu ada lagi sampai la ni. Hehe aku jarang pakai. Dia punya pilis and ubat-ubat herba tu abesla aku makan. Orang kata, bagus untuk breast feeding mom. Betul kot, sebab the next day after delivery, aku dah start consume. Baby pun Alhamdulillah, takde masalah jaundice. At the same time, aku dah mula rasa bengkak susu. Dan dan time tu jugak, beli Spectra 3 online. Aku tak reti manual express. Failed, haha keluar beberapa drops je. Dengan sakitnya time tu, perghhh. Aku tak ingat husband beli kat website mana, sebab esoknya posmen dah depan rumah.

Back to the story.
Makanan berpantang sangatlah sedap, I tell you. Kalau ingat balik, boleh meleleh ayaq liuq. Haha tapi yang pasti, memang menu yang sama setiap hari. For lunch and dinner. Breakfast je mak kasi makan apa-apa, like karipap ke nasi lemak ke or soto ke.

My menu is as usual, nasi panas, lobak putih masak air, together with lada hitam untuk tambah susu and panaskan badan, sup ikan haruan masak rebus halia untuk pulihkan luka and buang angin dalam badan, also with ikan bilis kunyit apa entah resepi yang mak aku buat, plus kopi panas. Ya Allah, hari-hari aku makan dengan berselera. 

Masa berpantang, aku strict sikit bab-bab makan ni, aku tak minum langsung air sejuk. Lagipun lepas bersalin badan kan sejuk, pakai sweater and socks dari pagi sampai malam, so hari-hari minum air panas. Sedappppp je. Baby pun Alhamdulillah, tak pernah bangun nangis malam sebab kembung perut ke hape. Tido je lepas aku sumbat susu. Senang sangat jaga Adri Ezzul Haq ni. Syukur Alhamdulillah. Pastu plak, lepas bersalin aku dah mula menyusu and pump, minum banyak air suam and air manis. Hihi cukup je 40 days, aku dah minta izin husband and mak, nak keluar pi makan pizza. Tak tahan. 

Gi Jusco kau! Haha

Alhamdulillah juga, susu aku melimpah ruah. Rezeki anak. Adri bangun nyusu every 2 hours, every day without fail. Aku kosongkan breast before and after breastfeed. Anak aku plak kuat nyusu, you know boys. Dia minum 5 oz each feed. Kalau bagi 2, 3 oz dia akan nangis, tak cukup. Bila dia makin besar, I still remember masa dia around 4 months. Aku kena standby 8 botol x 5 oz untuk dia satu hari. Just imagine, how la nak menampung keperluan banyak tu? Alhamdulillah, kena stay positive, jangan stress. Insya Allah ada rezeki. 

Nak cerita pasal makcik urut plak? 
Aku suka sangat. Dah la best, murah lak tu tapi kena jemput hantar dia sebab tak pandai drive. Anak-anak dia keje, dia pun busy dengan urusan bidan kat klinik kerajaan. Macam-macam program kalau dengar dia bercerita. Orang-orang dari KL pun ada datang rumah dia, nak berurut tapi kena buat appointment. 
Aku amek pakej 7 hari berurut sekali mandikan baby, RM250. Dia jugak ada buat bedak sejuk and jual barang-barang traditional. Oh bestnya kalau dapat berurut dengan dia lagi. 

Tentang penjagaan luka Episiotomy plak, aku sapu Iodin je dengan ubat tradisional yang makcik urut bagi. Aku tak ingat serbuk apa, dia kata just bancuh sikit dengan air pastu sapu kat luka. Alhamdulillah, cepat baik since aku pun kena jahit sikit je pun.
Baru 3, 4 hari berpantang, aku dah rasa macam sihat and tak sakit apa-apa. Jalan pun nak laju tak terkepit bagai, berjalan satu rumah sana sini, berak pun senang. Mak marah sebab berpantang, kena lah betul-betul. Badan orang pompuan ni, nak pakai lama. Heh baiklah mak.

For this time, kena carik makcik urut baru, carik set bersalin baru, carik pump baru. Eh no lah, so far aku suka Spectra 3 tu. Berkhidmat dengan jayanya, pagi petang siang malam. Haha tapi bila dengar orang kata Avent best la, Medela terbaik la, macam teringin tapi macam takpela. Rasa membazir plak, sebab I have both electric and manual pump. Yang manual tu, aku tak pakai pun. Konon nak standby bawak sana sini, since Spectra 3 tu bukan battery operated. Tapi tulah dia, biar membazir ada, daripada takde kan? Hewhewhew



 
 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T