photo anigif_zps7d2f0644.gif

31 March, 2011

#kitchenmelin - Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

source : Google


Bila ada kat rumah, teragak nak makan pape, terus gi pasar, Giant or Tesco yang paling dekat, beli barang untuk masak pastu simpan buat stok seminggu.
So, hari ni rajin sikit nak share, if korang google pun boleh, yang aku buat tadi  ni tak banyak beza pun dengan kat internet punya, cuma this is my version.
Gigih gak ar tadi aku menyiang siput tersebut, dah la kotor berlumpur, kalau ikutkan hati tadi memang nak termuntah, tapi ku tahan.. teringin punya pasal. Nak tunggu balik Melaka mak buatkan, entah bila masa nak balik.. so sendiri buat jelah.. First time try ni!



Bahan-bahan
1 plastik siput sedut. (beli kat pasar, RM6)
*2 ulas bawang besar.
*2 ulas bawang putih.
*15 biji cili api. (aku prefer pedas, kalau tak pedas aku cepat loya)
*sedikit halia
*sedikit kunyit.
sedikit serbuk kunyit. (aku tambah bagi colour dia kuning sikit)
1 cawan santan.
2 asam keping
1 helai daun kunyit (koyakkan)
2 biji lada merah (aku potong tengah, buat hiasan jer)
1 batang serai (dititik)
garam secukup rasa
sedikit gula


*sila blend bersama yer


Cara-cara
1. Letak air hingga setengah periuk dan masukkan bahan bertanda *.
2. Masukkan santan, lada, asam keping dan serbuk kunyit. Masak dengan api sederhana supaya tidak pecah minyak.
3. Masukkan garam dan gula, kacau sampai mendidih.
4. Masukkan siput, daun kunyit dan kacau lagi 2-3 minit. Then, siap.. Senang gila kan???


Tambahan:
Aku tumis tanpa minyak, so tak rasa oily sangat.



5 comments:

Unknown said...

wow!!! mommy lyn teringin siput sedut plak.. :) yummy2!!!! caya lh, masak sendiri mommy 2 be neh.. :P

qurin said...

sedaapppnya siput sedutt....tq amelyn coz share resepi ni :)

Melin Fork said...

syuhaila:
i memang masak hari2 okayy!!! =)
kadang2 sampai pening takde idea nak masak apa lagi.. HAHA.

qurin:
sedap kannnnnnn??? i suka gila.
you're welcome. selamat mencuba yah!

Iryani Azlan said...

okay ini sudah bagus. aku akan cuba. terima kasih atas perkongsian. ke kau nak cabar aku masuk malaysia masterchef jugak nie??!! chehs saingan!

Melin Fork said...

yanie:
you're welcome!
HAHAHA. jom! tapi bukan gempak mana pun, yang pasti hari2 kena masak.. =D

 

m e l i n n n © C O P Y R I G H T