photo anigif_zps7d2f0644.gif

07 March, 2011

Doa, zikir dan amalan ketika hamil.

Boleh dijadikan amalan ketika solat.


"Ya Allah, peliharalah anakku selama didalam kandunganku dan sembuhkan ia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar Mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik, berakal, berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkan akhlak,fasihkan lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w."

Wirid untuk mengelakkan keguguran. Baca selalu & hembus ke perut.

'Al-Muhyi' 

"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim"

Doa mengelakkan zuriat dari cacat/tidak sempurna.

Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna ( tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu 


Doa agar mendapat anak soleh/solehah.

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء


Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku
(Al-Imran: 38)

Other than these, korang boleh baca and amalkan surah ni..

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan proses bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman Ayat 14 (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)



وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahirkan anak yang berdisplin)


وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur."

* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu serta anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)




4 comments:

ReYNa said...

info yg berguna.thanks!boleh wat rujukan eventho x pregnant lg.huhu

Melin Fork said...

reyna:
you're welcome. =)
yup yup.sila. i pun cari2 surah n doa ringkas untuk baca setiap hari.. or masa2 terlapang. =)

Melissa said...

Thanks for sharing this ! ;)

Melin Fork said...

Melissa:
thanks for dropping by!! =)

 

m e l i n n n © C O P Y R I G H T