16 January, 2013

#kitchenmelin - Homemade Lasagna Recipe



Source Google

Lama tak share pasal resepi. This is my version. Have a try!

Bahan-bahan 


1 box of Instant Lasagna (aku guna San Remo, ready sheet takyah rendam) 
700g daging kisar (balance ayam and daging kisar, so aku campur je) 
Half bottle Prego sauce (aku beli yang besar punya) 
1 tin kecik tomato puree (tak jumpa tomato merah ranum so aku pakai ni) 
1 tin button mushroom
*1 biji bawang besar 
*5 ulas bawang putih 
200g butter 
3 sudu tepung gandum 
1 liter susu full cream 
Half block Cheddar cheese 
Oregano, Basil, Black pepper
Mozarella and Parmesan cheese untuk ditabur. 
Garam secukup rasa 
Oilve oil

*Bawang dicincang kasar.


How to: 

Make the meat sauce. 
Cara dia macam buat kuah spaghetti je aku rasa. 
1. Tumis bawang sampai naik bau guna olive oil. 
2. Masukkan daging cincang dan kacau. 
3. Tuangkan sos prego (dan tomato puree) gaul sehingga sebati. 
4. Masukkan garam, oregano, basil, and black pepper secukup rasa. 
5. Masukkan cendawan butang dan kacau lagi. 
6. Tunggu sampai masak, pastu tutup api. Settle! 

White sauce. 
 1. Dengan menggunakan api kecil, cairkan butter. 
2. Masukkan 3 sudu besar tepung gandum dan kacau sebati. 
3. Masukkan susu, keju cheddar dan garam. 
4. Kacau sehingga sebati. Pastu siap. 

Nak susun pulak?? 

1. Preheat your oven 180'c. 
2. Sapu butter kat dulang caserole. 
3. Cara aku, tuang meat sauce dulu pastu curah white sauce banyak. Nyum! 
4. Pastu baru lapik dengan kulit lasagna, menutupi permukaan daging tadi. 
5. Curah lagi meat sauce--white sauce--kulit lasagna until 3 layers. 
6. Make sure the top layer is white sauce, then you can tabur the Mozarella and Parmesan penuh satu dulang. Lagi banyak, lagi sodap. 
7. Then, bakar dalam oven around 20-30 minutes. Done!
Oh lupa, aku wrap the caserole with foil sebab tanak cheese kat atas tu keras terbakar sangat.

Sonang kan? Resepi aku ni dapat 2 large caserole tau! Up to 8 serving.



 

2 comments:

mrs kayrul said...

tak pernah lagi buat....menarik utk dicuba nie

Melin Fork said...

Mrs kayrul:
Cubalah!!! Seriously sedap. Terliur dah niiiii

 

e l i n n n a d n a n © C O P Y R I G H T