photo anigif_zps7d2f0644.gif

16 May, 2012

SHORT TRIP : Kuching, Sarawak

It was a 5-day nice getaway for us, and our first time to be there! Munchkin je dah penah pegi tapi when he was in Standard 4 macam tu. Actually, dia ada job photography kat sana. So mommy and baby apa lagi? Jalan makan angin lah. 

Yang best-nya
1. Cheap yummy seafoods.
Dah nama dekat dengan laut, so kena lah layan seafood yang memang murah. Udang sotong ikan ketam, tu semua dah common kan? Kat sini, please try sayur Midin, Siput Buluh and Umai. Humakhaiiii, sedap gila, terliur dah ni. Rasa nak makan lagi. Cano?
Umai, the nyum nyum jellyfish!
RM 10/plate

My recommendation is Topspot. Other than that, boleh try dinner kat Barok, naik perahu (bayar RM1 pegi balik) ke seberang. Masa tu kitaorang takde rezeki, stok banyak habis so pegi Topspot 2 kali. Kat Barok tu, boleh lah borong kek lapis sekali. Heaven, poning nak pilih. Macam-macam flavor and colour yang ada, tapi tekak aku rasa sama jer semua tu. HAHA

Kalau masih nak carik selera Semenanjung, boleh try RJ Ayam Bakar. Ayam penyet dia terangkat habesss! Ada 2 choices, nak ayam bakar or ayam penyet (goreng).


For lunch, aku recommend Greenhouse Cafe. Menu dia yang famous is Nasi Ayam penyet and Nasi Ulam but I prefer the Ayam Penyet.  Yummy!

orang Sarawak memang suka minum air campur-campur eh? This time aku order Blackcurrant Sprite. Kat Topspot, ada air Tebu Lemon. Sedap gak, try lah!

For breakfast plak, korang kena singgah Pak Amit Cafe. Dia punya Mee Kolok dengan Laksa Sarawak terbayekk. This is my first time experience. Memang sedap. Kedai ni pun famous, penah masuk JJCM, ramai orang tapi good service. Dont worry. Heh.
Mee kolok yang sedap, rasa macam megi tapi lagi sedap!

2. Many must-go interesting places.
Ada Kampung Budaya (tak sempat pegi, sobs), India Street (tempat shopping barang murah), Jalan Gambir tempat shopping souvenirs, museums, Semenggoh Wildlife Centre (tengok semi-wild Orangutan, best!!!), Pasar Satok (macam downtown uptown jer aku rasa, jual telekung baju and hasil kraftangan yang memang murah, tapi kena pandai pilih kedai and bargain.)



Must-have photo

3. In the middle of town.
Senang kalau nak carik barang or beli apa-apa. 7-11, shopping malls, fast food restaurants semua dekat, senang nak carik. Hotel, taxi pun senang. No problem. 

4. Nice people, bad drivers.
My experience, masa kat toilet Boulevard Shopping Mall, si Adri poo poo. Pastu boleh tertinggal towel and tissue lah plak kan. Ingatkan dah ada. Hmm, so dengan terkial-kial aku cuci dia kat sink, ada auntie sorang ni dok tadah and curahkan air (pakai tangan) sambil aku gosok montot dia. Ouh senangnya keje! hehe, pastu dia hulur satu paket tisu untuk lap-lap. Baiknya hati dia, suka tau! Tapi bab-bab bawak kete, Sarawakians memang failed! Tu apa yang kawan aku selalu complain laa.. Heh

5. Such a nice place to sight see.
Memang tak rugi kalau datang sini. Nak bandar, ada. Nak mandi laut, ada. Nak masuk hutan? pun ada. Macam macam ada. Next year? Kita pegi KK plak. Tiket dah beli. Yeeeha!

Yang tak best-nya
1. Toilet takdak air!!!!!
Paling aku benci bila toilet takde pili, paip, getah, air pancut segala. Tak suka tau pakai tisu-tisu ni!!!! Most of the shopping malls memang cenggitu. Geram jer. Tu yang aku terkial-kial cuci montot Adri!!! Unless kalau gi toilet kat petrol pump, then okay. haha aku rasa lah sebab aku tak pegi pun. Balik hotel baru aku kencing berak.

2. Show me the money!
Sedia maklum, barang kat sana memang a bit expensive. For example, aku beli magazine kat sana RM13.50 (kalau kat Semenanjung, RM10 je) Makanya, sediakanlah duit manyak-manyak untuk anda bershopping.

3. Safety and security.
Bahaya kalau jalan sensorang. Ada tempat-tempat 'gelap'. Orang asing orang Iban Melanau bagai pun banyak, non-muslim muka ganas-ganas pun ramai. Aku ni penakut sikit, nak pandang sebarang pun risau. Takut kena pukau. My friend penah kena. Jalan sorang (siang), ada orang tepuk bahu dia. Dia terus jadi macam orang bodoh, gi ATM and cucuk keluarkan semua duit. Nasib baik dia dah keluarkan duit pagi tu, so rugi almost RM1000. Lepas tu, baru dia macam tersedar. 

4. Lupa bawak Moby wrap.
Paling disaster. Atas kecuaian diri sendiri, aku (and Munchkin) terpaksa dukung anak sepanjang kitaorang berjalan, shopping and backpack. Sakit badan pinggang semua. Nak bawak stroller? memang tak lah kan! Kau hengat nak jalan dedekat, nak angkut segala benda naik belon?


Penat backpack. Sangatt

5. Be careful in search of halal foods.
Kat sana, Malays adalah kaum minority. Lagi-lagi orang Semenanjung, derang anti sikit. So kadang, kau akan jumpa daging babs jual gantung-gantung jer kat tepi jalan. Kedai cina memang banyak, nak carik kedai melayu (and sedap) susah sikit. Kalau nak senang, gi makan fast foods jer, takpun masak sendiri. Heh

P/S : actually banyaaaaaak sangat gambar, tapi tak mampu nak upload semua. haha

9 comments:

farahfatihah said...

lenguhkan dukung anak, lg2 la semangat mcm hafiy n adri huhuhu sengal je tangan kan tp xpe, anak punya pasal kan

Atiqah Adnan said...

seyes skrg da larat nk dukung amel yg 7kg.. err nikan plk adri.. mummy very strong lorr...

Anonymous said...

hai..nak tanya sikit.. kat sana awak stay kat hotel mana ye? ok tak hotel tu? thanks sudi share review. :)

hidayah jasmi said...

thanks for the review adzlin! kiteorg pun plan nak gi kuching first time bulan 9 ni. still wonder nak bawak stroller or just carrier naik belon nnt.huhu

Melin Fork said...

FF :
memang lenguh, tapi demi anak.. langsung tak rasa sakit. dah malam nak tido baru badan rasa bisa2!! huhu

qah adnan :
yeahh! supermommy! tihihi

aisyuhada :
eh sorry tak inform. we stayed at Tune Hotel. best, sebab strategic location, jalan kaki jer nak gi 7e, parkson, kedai makan and etc. heh

dayah :
wahhh! have fun there, dayah! best tau gi kuching, macam nak gi lagi. hehe better bawak carrier jer sebab nanti leceh nak angkut stroller kemana-mana. if kat mall, u boleh sewa je. otherwise u pinjam ke from your friends yang duduk sana. kan?

QueenBz said...

Kau dah cuba umai? aku tak terlalu nak makan. kembang tokak den!

Bad driver?? of course! paling aku setuju.
oh well, ckp pasal pili/kepala paip, aku kalau keluar, bawak air paip dlm beg. kalau kat the spring, aku sanggup bayar Rm2, or naik kat MBO level 3, sebab situ ade 2toilet ade paip!

Gambar depan kucing tu aku nak amik bile nak balik sini. HAHA.

Anti orang Malaya? sudah semestinya! nasib aku dah pandai speaking.

Kesimpulannya, aku sengsara hidup kat sini. Nak balikkkkkkkk T_T

Melin Fork said...

balkidz :
oi sedap lah oi. mesti kau tak makan sushi kan? lebih kurang je rasa dia!

padanlah masa kat toilet spring aku pasan ramai bawak botol, aku pelik tapi malas kepoh2 tanya. haha dah masuk aku keluar balik, that time tu je toilet boleh pakai. lain tengah renovate tak silap.

hahahah, opkos lah! dah tentu tentu kau kat sana. apa kejadah nak bergambo bagai? =P

haihh, dia ingat kita penjajah tu. ekeke. 5 hari aku kat sana, otometik lidah aku speaking sarawak!! baru dapat harga murah!

kahkah, seminggu dua sedap lah. nak dok menetap sana, boleh keras jam kepala otak.. =D

Aty Fared said...

i teringin nak pergi sarawak...tunggu anak besar sikit..may be lagi senang..yang sebulan ni pon dah rase berat sangat nak berdukung..huhu

Melin Fork said...

aty_fared :
pegi lah! memang best! ehh sebulan tu small the pieces u know. i dukung sebelah tangan jer. now? mahu patah tangan. hahaha

 

m e l i n n n © C O P Y R I G H T